Saturday 30 June 2012

EVERYBODY NEEDS A HUG

No matter who you are, you need one
no matter what you do, you want one
No matter if you are uptight or smug
everybody needs a hug


Even if you are up or even if you’re down
even if you’re flat on the ground
Even if you feel like you’ve got some kind of bug
everybody needs a hug


Maybe you’re a millionaire
or maybe you have no underwear
Maybe your life sucks and your beer is full of suds
maybe you just need some hugs


When you can’t seem to get around
when you have to look up to see down
When all you have to eat is one small spud
sounds like it’s time for a hug


If you’ve been dragged over the coals
if life is taking it’s toll
If you’re being chased by a thug
just open your arms and give him a hug


Sometimes people are very rude
just because they’re in a bad mood
You should get up close and snug
Then reach out and give their ass a hug


When everyday all you see is bad omens
when life keeps feeding you lemons
When for the things you are owed, you never get paid
Just give a hug and say it's all paid.

Baju tradisinol...

Rindunya aku pada blog aku ni...kerana kesibukan yang membelenggu diri..aku tidak punya waktu untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ni...namun aku sangat berterima kasih pada para pengunjung blog aku ni..meskipun tidak ada entri baru namun masih ada yang setia menjengkuk...

pagi tadi aku punya waktu terluang ...jalan2 di segama..window shopping...tiba2 mata ku tertumpuh pada satu kedai yang menjual peralatan menjahit..aku pun masuklah kedai tu..apa yang sangat menarik perhatian ku ialah baju2 tradisional  kadazandusun yang dijahit dengan begitu halus dengan hiasan yang sungguh cantik ....

                                     Pakaian tradisi dari suku kaum Lotud, Tuaran
                                            Pakaian tradisi dari suku kaum Lotud dan Papar
                              Pakaian tradisi bagi lelaki dari suku kaum kadazan/dusun
Pakaian tradisi dari suku kaum Papar dan kadazan/dusun

Pakaian2 tradisi seperti ini biasanya akan dipakai bila tiba masa perayaan..ataupun ada majlis perkahwinan..tapi bagi suku kaum dusun Lotud di Tuaran..orang2 Lama (warga emas) biasanya akan memakai pakaian ini bila mereka keluar pergi pekan...

Monday 25 June 2012

Renungan pagi...

Adakalanya menyendiri buat seketika waktu memberi ruang kepada kita untuk mengenali diri sendiri...mengimbas kembali prilaku yang kita tidak menyedarinya..tapi orang lain melihat dan merasakannya...memberi ruang untuk mengenali siapa kawan dan siapa lawan...siapa yang perlu dikekalkan dan siapa yang harus disingkirkan....

Sebagai umat Tuhan ...kita sentiasalah lah rendah hati...sentiasalah memandang pada orang yang berada dibawah dan yang kurang bernasib baik..mereka yang hidup dalam serba kekurangan...supaya hadirnya ketundukan hati dalam diri kita..menyedari bahawa semua manusia didunia ini adalah sama cuma dia dibezakan oleh status dan keadaan..justru itu hiduplah dengan penuh rendah diri jangan hidup dikuasai oleh kebongkakan dan kesombongan..kerana segala apa yang kita miliki tidak akan dibawa mati...semuanya itu milik duniawi...

Kiranya hidup kita sering ditimpa musibah..itu berarti Tuhan ingin menyedarkan kita agar lebih berhati-hati....didalam menjalani kehidupan harian..jauhi diri dari melakukan pekerjaan yang membawa kepada kemusnahaan...segala apa yang kita miliki melalui proses yang tidak betul tidak akan membawa berkat dalam kehidupan..malah itu membuat kita hanyut dan akan terus menerus melakukan kerja2 penipuan...rezeki yang tidak halal walau sebanyak mana pun kita perolehi pasti akan lenyap begitu saja..tanpa dirasai...

Belajarlah bersyukur..kerana segalanya akan kekal baik dengan adanya rasa syukur dalam diri kita..kerana segala sesuatu itu datang dari dia...

Sunday 24 June 2012

Morning ..

ucapan selamat pagi buat anda yang sentiasa mengunjungi Blog aku yang tidak seindahnya ini..sekadar tempat aku menghilangkan bosan dan mengutarakan apa yang ada didalam minda ini..boleh lah direnungkan bersama...

Anda Obesiti???

Kalau mengikut pengetahuan secara umum, obesiti selalunya dikaitkan dengan orang yang berbadan gempal dan gemuk..Tak kira dari golongan kanak2 ataupun orang dewasa.

Biasanya obesiti ini dikaitkan dengan genetik masing2. tapi sebenarnya obesiti boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan melakukan senaman...Kerana malu dengan struktur badan yang gempal ada yang mengambil jalan mudah dengan mengambil ubat2an yang tidak dijamin oleh jabatan kesihatan dan ini pasti akan meninggalkan kesan sampingan yang akan memakan diri sendiri.

Kalau boleh amalkan lah senaman yang sesuai dan jangan menyeksa diri..jangan mendera badan sendiri dengan menggamalkan diet yang tidak seimbang...

Kepada mereka yang obesiti...sayangilah diri anda..kerana terlalu gemuk akan mendatangkan berbagai masalah kepada diri kita..terutama sekali dalam kesihatan diri sendiri. Besar kemungkinan kita menghadapi penyakit kronik yang boleh membawa maut secara tiba2.."silence killer"..hindarkan diri dari mengambil makanan yang boleh menambahkan kegemukan....

Kegunaan Pandan

Selain digunakan secara sendirian, daun pandan yang telah dicampurkan dengan herba lain juga dikatakan berkhasiat untuk merawat masalah kesihatan lain. Antaranya ialah menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur.

Bagi menghitamkan rambut, caranya ialah dengan memotong kecil daun pandan.Rebus daun ini sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan air semalaman. keesokannya pasukkan air perahan 3 biji mengkudu kedalam air pandan tadi.

untuk menghasilkan rambut cantik dan menghindarkan rambut dari berkelemumur..oles ataupun cuci rambut dengan air rebusan pandan tadi selama 10 atau 15 minit. Laku kan ianya sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..

Pandai juga boleh digunakan untuk menghalau lipas..tak percaya..ambil lah beberapa helai daun pandai dan simpan di tempat2 yang ada lipas...pasti lipas2 tu lari... Disamping itu, daun pandan juga bertindak sebagai pewangi secara natural....caranya ialah dengan menggunting halus beberapa helai daun pandan..keringkan dan simpan dalam satu bekas..letak ditempat dimana saja anda mahu...

Selamat mencuba..chauuu dulu.


Thursday 21 June 2012

SUAMI UNTUK PAKAI SEWA...

Membaca artikel yang ditulis oleh DR. HM TUAH ISKANDAR di majalah wanita keluaran march 2011..menggatakan bahawa ada seorang kenalan dia  menjual suaminya dengan harga yang sangat murah...dengan membuat promosi dengan cara memakai t shirt yang bertulis "husband for sale"...wow sekarang macam2 yang boleh berlaku dan macam2 cara untuk mencari keseronokan hidup dan juga wang.

Sungguh menakutkan bila saja si suami melakukan perkara yang sama..memakai T shirt yang bertulis "Wife for hire"..apakah tidak ada perasaan cemburu diantara mereka bila saja melihat pasangan masing2 bersama dengan orang lain..apa lagi orang yang menyewa suami atau isteri mereka itu adalah kenalan terdekat mereka..

Menurut DR. HM Tuah...suami sewaan ini sudah menural di Malaysia..dimana mereka rela berkahwin olok2 dengan wanita asing...sesetengah "suami sewaan" ini  bekerja sebagai penoreh getah dan juga nelayan..dan si isteri pula tiada perasaan langsung..tiada rasa marah dan rasa cemburu malah mereka sendiri yang akan menemani si suami atau si isteri untuk menemui pihak ketiga...lebih tepat dalam urusan sewa menyewa...

Wednesday 20 June 2012

BAHAYA LANGSING MENDADAK

Ada sesetengah wanita sanggup menghadapi risiko kerana ingin menurunkan berat badan secara drastik...tapi apakah akibatnya bila seseorang susut berat badan dalam sekelip mata sahaja...

Kalau anda ingin tahu akan risiko yang bakal dihadapi  mereka yang ingin menurunkan berat badan secara mendadak:-

1.  kulit kedut dan mengeleber

2.  Berat badan juga akan cepat naik jika tiba2 anda berhenti dari diet yang anda amalkan selama ini..atau     berhenti dari mengambil supliment yang anda amalkan selama anda ingin kelihatan kurus..malah berat badan akan naik 2 kali ganda dari berat badan asal.

3. muka pucat

4. keletihan

5. Selalu sakit

6. Selalu pening

Justru itu jangan amalkan diet maut..yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan anda..kerana berat badan yang turun mendadak akan mendatangkan pelbagai komplikasi kepada tubuh badan kita dan kita bakal berhadapan dengan bahaya yang mana akan menyerang buah pinggang dan jantung.

Kesimpulan nya biar lah gemuk tapi bebas dari penyakit darah tinggi, diabetis dan penyakit2 lain yang boleh mengundang maut .

selamat membaca...chauuuuuuuuuu

Monday 18 June 2012

Sikap wanita masa kini...

Sesetengah wanita tidak suka dikritik meskipun kritikan itu sebenarnya membawa kepada kebaikan pada dirinya..agar dia boleh mengubah mana yang patut diubah..misalnya cara dia berkomunikasi dengar orang lain, penampila dan juga dari segi pergaulan..semua ni penting bagi seorang wanita.

Wanita punya sikap yang berbeda-beda, ada yang baik, peramah dan yang paling teruk ialah seorang wanita yang bersikap bongkak.sombong dan meletakkan dirinya yang paling hebat dengan tiada siapa boleh menandangi dia. Sikap seperti ini boleh mencacat kan image dia sebagai seorang wanita yang cantik dan berkelibar..

Biasanya wanita yang bongkak dan sombong ini terdiri daripada mereka2 yang berkedudukan tinggi, kaya dan cantik. mereka yang mempunyai wang banyak boleh melakukan apa saja untuk membuatkan diri mereka lebih cantik dan tidak akan dimamah usia..misalnya dengan menggunakan suntikan botox dan juga melalui pembedahan..tapi sekali silap langkah sendiri yang akan menerima padahnya.

Biasanya wanita yang berada dikedudukan klass pertengahan akan mengambil langkah berhati-hati dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil supliment sebagai langkah untuk menjadi kekal sihat dan awet muda..tetapi harus juga berhati hati didalam mengambil makanan tambahan..kerana sekarang ini banyak produk yang mempunyai kimikal yang tinggi..mereka tidak melalui proses pemeriksaan kerana hanya memikir kan keuntungan..bukan keselamatan pengguna.

Sekarang ini terlalu banyak persaingan produk dipasaran..dan bagi seorang wanita..mereka sukar untuk membuat pilihan mana satu produk yang perlu mereka ambil untuk mengekalkan kecantikan. Ada yang mengambil produk silih berganti..penggunaan yang tidak konsisten..maka hasil tidak dapat diperolehi dan produk mula dipersalahkan.

Untuk melihat hasil sesuatu produk, penggunaan harus lah konsisten..supaya kita dapat melihat perubahan dan berpuas hati dengan jenama produk yang kita ambil.apa lagi jika kita mahu menjadi wakil jualan bagi satu2 produk..jika kita tidak mengamalkan sendiri produk itu..bagaimana kita menjadi jurucakap jika kita tidak merasakan apa2 perubahan pada diri kita.

Saya nasihatkan kepada wanita yang mengambil supliment..gunakan lah dengan cara berterusan...jangan sering bertukar produk..kerana ini hanya akan mengundang penyakit..terutama sekali penyakit buah pinggang..amalkan pemakanan yang sihat agar sentiasa sihat..hadapilah kenyataan bahawa suatu ketika wanita akan jadi tua juga..

hehehehe..aku chau dulu...

siput sedut..

Siput ini dibeli oleh anak perempun saya..hanya kami berdua saja yang makan siput sedut ni...pada mulanya saya sememangnya tidak berapa pandai mkn siput sedut ni..tapi bila dah cuba beberapa kali..nampaknya ia cukup sedap..apa lagi kalau kena pada bumbunya...

Siput seperti ini banyak terdapat di Kuala Penyu..siput ni pun anak saya beli dari kawan nya yang datang dari Kuala Penyu..Harganya pun cukup murah hanya RM3/plastik..

Biasanya siput sedut ni boleh dimasak dengan berbagai cara..mengikut kehendak selera sendiri..dan yang paling sedap ialah bila ianya dimasak lemak cili padi..huhuhu..memang power gila...tapi ada juga orang memasak siput ni dengan mask kicap...sebenarnya dengan cara apa sekali pu..bagi mereka yang menjadi pengemar siput sedut ni..pasti akan sentiasa menyukainya..

Pelamin idaman

 setiap wanita infgin kan sebuah majlis perkahwinan yang meriah..yang akan menjadi pujian para jemputan..ada yang sanggup menghabiskan puluhan ribu hanya kerana mahu sebuah majlis perkahwinan yang sempurna...namun setiap yang dirancang pasti tidak dapat memuaskan hati para jemputan..apa lagi kalau jemputan terdiri daripada orang2 yang sememangnya kuat memberikan kritikan. terkadang kecacatan sesuatu majlis bukan terletak pada satu sudut saja..tapi terletak pada semua aspet..termasuk makanan, layanan dan cara penyelengaraan majlis.
 Majlis perkahwinan ini berlangsung pada 17.06.2012 (Ahad) di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli , Sabah. segala2nya sempurna...cuma kehadiran para jemputan kurang memuaskan..tapi itu tidak menjadi persoalan yang penting..kedua mempelai selamat di ijab kabulkan..dan rasmi menjadi suami isteri..Kebahagian mereka lebih penting..

Friday 15 June 2012

Poem..

Bagaimana harus di luahkan Perasaan ku pada mu
 Yang selama ini ku pendamkan 
Dalam diam ku Sukar untuk ku berterus-terang 
Tentang perasaan ini
 Bimbang seandainya tak kau terima
 Musnah harapan ku
 Bagaimana harus aku Menghadapi semua itu 
Sedangkan ku menyintai  mu sepenuh hati 
Tak mudah untuk ku melupakan diri mu 
Kau bagi ku segala-galanya
 Pada yang maha kuasa Ku panjatkan doa
 Moga dibukakan pintu hati mu
 Kan ku buktikan kejujuran cinta ku 
 Jangan biar keraguan Menghantui jiwa ku
 Dalam ku meniti sebuah kepastian Dari bibir mu…
oh kasih Kasih dan sayang Cinta dan rindu
 Tersemat di jiwa ku Usah biar ku kecewa Berbalut luka
 Agar kau mengerti Yang selama ini Aku menyintai mu…

10 perkara untuk kekal romantik..

1- "Saya merindui awak..." Kata-kata ini memperkukuh hubungan. Ia simpulan yang erat bagi hubungan yang diikat dengan perkahwinan yang sah. Kata2 ini membawa makna tersendiri, bermaksud kemahuan dan rasa hati bagi sentiasa bersama dan memperkukuh rasa cinta.

2- "Saya menghormati awak.." Menggambarkan rasa hormat dan juga merupakan simbolik cinta. Ia merupakan luahan hati atas dasar kesamaan. Kata2 ini akan banyak menyelamatkan keadaan dan mewujudkan semangat cinta

3- "Mungkin awak betul.." Mengurangkan tingkat konflik serta mengembalikan emosi yang stabil. Dalam erti kata lain, "Mungkin awak betul" adalah ayat tersirat bermaksud: "Memang saya yang bersalah" atau "Tidak apa, saya sokong pendapat awak.."

4- "Maafkan saya.." Ketika mana cinta berhadapan dengan konflik dan ujian, ianya dapat diperbaiki dengan mengakui kesilapan dan meminta maaf. Kita tidak lepas dari kesilapan. Meminta maaf juga adalah satu lambang seseorang yang bijaksana dalam membentuk suasana positif..

5- "Terima Kasih.." Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda penghargaan kita terhadap seseorang terutama pasangan atas kebaikan yang dilakukan pada kita. Nilai ucapan terima kasih meringankan beban dan susah payah yang dilakukan demi kita kerana menandakan kita pek aterhadap apa yang dilakukan..

6- "Jangan Bimbang... Saya bersama awak.." Kata2 ini bertindak sebagai gam emosi yang merapatkan hati pasangan. Dalam situasi yang penuh ketegangan, kekeliruan, ungkapan ini bagaikan satu tangan yang dihulurkan untuk bersama2 menghadapi masalah. Ia juga menandakan pasangan sedia bersama kita di kala suka, malah di kala berduka, si dia sentiasa menjadikan dirinya yang paling hampir bagi merasainya..


7- "Biar saya bantu.." Kata-kata ini memberikan gambaran sikap peka terhadap sesuatu dan bersedia memenuhi keperluan itu. Ungkapan ini memberi kesan yang mendalam apabila ia dilontarkan oleh pasangan tanpa diminta2 berbuat demikian.

8- "Saya memahami diri awak" Kata-kata ini mewujudkan keseronokan dalam perhubungan. Ia merapatkan hubungan yang sedia ada kerana melambangkan unsur penerimaan dan pemahaman.

9- "Awak dapat mencapainya!" Kata-kata ini menggambarkan sikap pasangan yang bersedia mencari keserasian dengan menyokong impian dan harapan. Dengan suntikan semangat itu, pastinya si dia akan bertambah energinya 200% dan akan melakukan sebaik mungkin demi insan tercintanya!


10- "Aku mencintai dirimu" Meluahkan kata-kata ini dengan membawa bersama nilai cinta sejati memberi kepuasan emosi paling dalam. Keinginan untuk memiliki dan dimiliki, rasa dihargai kewujudannya semuanya terangkum dalam tiga perkataan ini.



Pengorbanan

Tika aku membuka jendela diwaktu pagi...mentari mula menyinar..setitik demi setitik embun pagi mula mengering..tiupan angin sepoi2 menyapa rambut ku..dan tiba2 aku teringatkan seseorang..seseorang yang mengajar aku erti rindu yang sebenar...

Ya...aku merindui dia..dia yang berada jauh disana..terkadang hati ini menanggis tanpa air mata..kerana hati meronta-ronta ingin sekali menemui dia walau hanya sesaat ...namun keinginan hanya tinggal keinginan..kerana dia jauh disana..juga dia bukan milik aku...

Mampukah aku mempertahankan cinta jarak jauh ini???mampukah aku menepis setiap godaan yang datang???oh tuhan berikan aku kekuatan untuk menepis segala kemungkinan2 yang mungkin datang dan cuba membuat aku jatuh kedalam pencobaan..

Begitulah kata suara hati seorang wanita yang merindui kekasihnya yang berada jauh beribu batu yang dipisahkan oleh lautan cina selatan..dia ingin menjadi seorang yang setia pada cinta, walau dia tahu akhirnya dia akan kecundang dan pasti akan kecewa...dia milik orang lain..mana mungkin dia memilih wanita itu menjadi teman hidupnya..Namun wanita itu tidak pernah mengharap dan dia hanya mahu lelaki itu menyayangi dia bukan untuk memiliki dia.

Apa akan berlaku bila satu ketika perhubungan mereka dihidu oleh orang rumah silelaki!!!adakah lelaki itu akan mempertahankan dia.!!!kemungkinan2 seperti inilah yang bermain dikepala wanita itu..dia tidak mahu terus menerus berkeadaan seperti ini...dia mahu satu kepastian..walaupun nanti kepastian yang dia perolehi itu amat menyakitkan..namun dia sudah sedia untuk menghadapi kenyataan..

Kawan2 wanita ini banyak memberikan pendapat dan saranan supaya wanita itu berundur dan membiarkan siLelaki memberikan  tumpuan pada keluarganya..anak2nya masih memerlukan dia.. Wanita tadi rela berkorban demi kebahagian Lelaki kesayangannya..lelaki yang pernah bertaktha dihatinya hanya untuk beberapa waktu sahaja..setelah wanita itu mengetahui si lelaki sudah berkeluarga..hatinya sangat kecewa..

Namun Lelaki tadi tidak mahu berpisah..malah dia menyarankan agar wanita tadi menjadi isteri keduanya..si wanita tidak pernah terpikir untuk menjadi isteri kedua dan mana mungkin dia mahu memporak perandakan kebahagian orang lain...meskipun wanita tadi sangat menyintai si lelaki..dia rela mengundur diri..demi anak2 si   lelaki..maka berakhirlah episod cinta tiga segi diantara si wanita dan si lelaki tadi. Wanita tadi menasihati bekas kekasihnya itu untuk kembali kepada keluarganya, dan dia pula menjalani kehidupan seperti biasa..tanpa cinta dan tanpa siapa2 disisi dia...

Thursday 14 June 2012

Buang Bayi..

Mengapa ada orang yang tergamak buang bayi yang baru dilahirkan tanpa ada belas kasihan...nasib baik lah kalau bayi itu masih bernafas..kalau yang sudah tidak bernyawa...apa perasaan mereka????

Pagi tadi saya membaca satu artikle berkenaan dengan pembuangan bayi...mereka ditinggalkan lebih dari 24 jam..kulit lebam kerana digigit semut..nasib baik bayi itu masih bernyawa dan kini diletak kan dibawah jagaan kebajikan..sementara pihak polis menyiasat siapa pemilik bayi itu.

Mengapa mesti mereka melakukan perkara seperti ini..mengapa mereka tidak mahu memelihara bayi itu sedangkan bayi itu tidak bersalah..mengapa tidak meminta pembelaan dari kedua ibu bapa...

Sebagai orang tua..jika menghadapi setuasi seperti ini..orang tua sepatutnya memberi sokongan moral kepada anak itu...biarkan dia melahirkan anak itu dengan baik..jika mereka tidak mahu pada bayi itu berikan kepada mereka yang memerlukan dan sanggup menjadi keluarga anggkat pada bayi itu..Jangan lah menambah dosa dengan menjadi pembunuh pada seorang bayi yang tidak berdosa. Kita kena merenung diri sendiri..mengapa anak kita sampai terlanjur membuatkan dia melahirkan seorang anak..mungkin disebabkan kecuaian kita sebagai Ibubapa..terlalu mengejar harta duniawi sehingga melupakan tanggung jawab kita sebagai ibu kepada anak2 kita..membuatkan mereka rasa tersisih dan berjinak2 dengan dunia luar dan melakukan perhubungan intim cara rambang.

Apakah hukuman yang setimpal yang akan diberikan kepada mereka yang membuang bayi???kita harap agar mereka dijatuhkan hukuman yang boleh menyedarkan mereka betapa perbuatan mereka itu sangat2 salah disisi undang2...dan juga dari sisi agama. 

Wednesday 13 June 2012

Hari malang bagi ku..

Saya biasanya akan mengambil masa 10 atau 30 minit untuk online di Tagged satu ruangan yang boleh menghubungkan kita pada kawan2 yang ada diluar sana..sama seperti Face Book...tapi biasanya saya tidak akan menyimpan gambar di ruangan itu kerana bagi saya ruangan itu hanya untuk bermain game..iaitu jual beli pets..

Saya hanya mempunyai lebih kurang 35 orang kenalan dan hampir semua daripada mereka ialah kenalan lama...saya tidak suka menyimpan ramai kawan kerana bagi saya tidak guna menyimpan ramai kawan kalau hanya untuk display....so dipendekkan cerita, saya ni jenis orang yang menghargai sahabat..selalu menghantar tags and comments...mungkin salah saya kerana menghantar comments yang boleh membuat orang perasan..seolah-olah saya menyukai mereka dan menaruh perasaan terhadap mereka..tapi sebenarnya itu cara saya menghargai sahabat2 saya yang ada dalam friends list saya.

Tak ada niat untuk mempermainkan perasaan semua orang..sehinggalah seseorang meminta supaya saya memberikan pon number saya kepadanya..bila saja saya enggan memberikan pon number saya..dia menuduh saya seorang "LIAR" (PEMBOHONG)...apa yang mampu saya jawab..hanya berterima kasih pada dia...huhuhu sungguh malang nasib saya pada hari ini (13.06.2012)...saya berusaha untuk memberikan penjelasan..tapi dia tidak mahu mendengar penjelasan saya...terima kasih sekali lagi kepada orang yang memanggil saya LIAR...moga tuhan memberkati dia..hehehehe

Tuesday 12 June 2012

Mana 1 lebih cepat????

Jusoh telah di amanahkan supaya memilih calon-calon yang memohon untuk mengisi satu jawatan yang telah ditawarkan Dia dapati ada 4permohonan dan kelayakan mereka sama.Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka.Dia merancang untuk menanya satu soalan yang menentukan siapa yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Pada hari temuduga 4 orang pemohon itu hadir dan Jusoh terus bertanya,''Beritahu saya,apakah perkara yang paling cepat sekali berlakunya?"

Lelaki pertama dengan penuh yakin menjawab,"Fikir.Ia muncul tiba-tiba dalam kepala.Tiada amaran awal tentang kehadirannya.Fikir adalah kejadian yang paling pantas yang saya tau."

Lelaki kedua pula memberikan pandangannya," Saya rasa Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun.Itulah yang terpantas sekali berlakunya." "Tepat!,Sekelip mata...selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu."sambut Jusoh.

Dia berpaling kepada lelaki yang ketiga,"Apabila suis lampu di 'ON' kita dapati lampu segera menyala tanpa lengah walau sedetik pun.Pergerakan cahaya itulah yang paling tercepat dan terpantas yang saya tahu." Jusoh tertarik dengan jawapan pemohon ketiga tadi.Dia kemudiannya meminta pandangan pemohon yang keempat.

"Setelah mendengar ketiga -tiga jawapan tadi nyatalah kepada saya iaitu perkara yang paling pantas sekali berlakunya ialah 'berak cair'.

"Apa !" Jusoh terperanjat dengan jawapan yang diberikan. "Oh..biar saya jelaskan......Ceritanya begini,suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus lari ketandas.Tapi belum sempat saya berfikir,belum sempar saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ' ON' suis lampu tandas tu ,saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Kisah duda dan janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...

Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu... "ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko...

ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...


"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua, mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat!! Nasib baik ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa...?? "... Dan si janda menjawab.. "Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"

Monday 11 June 2012

Erti sebuah penghargaan

Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai!Pasangan yang tahu menghargai sumbangan masing2 dalam perhubungan akan membina sebuah ikatan yang kuat. Kesannya, pasangan tersebut akan lebih fokus bagaimana memperbaiki hidup dan bijak merancang masa depan.

Apabila sebuah ikatan itu kuat, anda akan mampu menerima kegagalan dengan minda yang lebih positif kerana anda tahu anda memiliki seseorang yang sentiasa menyokong anda. Hargailah dan berikan motivasi pada pasangan anda melalui kata-kata dan perbuatan. Ucapkanlah terima kasih walau pada ketika itu dia hanya membantu di jemuran.

Jadikan juga kebiasaan mengucup dahi pasangan tanda rasa anda menghargai pasangan anda..juga sebagai bahasa isyarat yang anda sangat menyayangi pasangan anda...

Mudah kan????mampukah anda melakukan perkara ini???hehehehe..tepuklah dada tanya selera..ok saya chauu dulu..jumpa lagi ..byeeeeeeeeee

Saturday 9 June 2012

Wedding Function...

Selamat pagi semua...dah beberapa hari saya tidak melawat Blog saya ni..coz terlalu banyak undangan kawin..kena lah attend..kalau tidak..nanti bila tiba anak sendiri kawin..mereka pula tidak datang kat function kita...

Sekarang tidak ramai yang menggadakan function kawin cara tradisional..semuanya mahu senang..kena pakai khidmat wedding planner...catering..dan macam2 lagi lah..tapi bila terambil catering yang makanannya tidak sedap..maka bersedialah menerima kritikan orang ramai ataupun tetamu yang hadir..almaklum ja lah..tetamu ni always right..mereka berhak menjadi pengeritik makanan bebas..hehehehehe

Yang paling menakutkan bila terlebih guest tapi makanan tidak cukup..ini salah tuan rumah..kerana tidak tau buat budget for their guest..saya pernah menghadiri satu function kawin yang diadakan di Dewan Kebudayaan Penampang..dimana banyak tetamu yang tidak dapat makanan kerana makanan tidak mencukupi..tuan rumah terpaksa buat tempahan sekali lagi dan para tetamu terpaksa menunggu selama sejam lebih..ada yang tidak dapat menunggu dan terpaksa pulang dengan perut kosong..

Saya amat bersyukur..semasa anak perempuan sulung saya naik pelamin..my expected guest ialah 700 hundred sahaja..tetapi yang hadir 1500 tidak termasuk kanak2...sungguh tidak diduga..tetapi walaupun saya pakai khidmat catering..saya standby makanan spare...untuk menghadapi kemungkinan2 yang mungkin berlaku..dan Tuhan memang sangat baik pada saya..makanan mencukupi..sehingga kemakan malam..satu rahmat yang tidak diduga...yang diberikan yang maha esa pada saya...

Bagi saya  untuk membuat kenduri kahwin..kita mesti iklas..jangan pikir mahu untung..seolah-olah kita menghawinkan anak untuk diperdagangkan..bersyukurlah jika kehidupan anak kita bahagia dan selamat dikahwinkan. Kebahagian anak lebih penting dari perkahwinanan yang grand tapi anak akhirnya menderita dipersia-siakan oleh pasangan..huhuhu...kesian kan..mari kita lihat foto2 yang saya ambil ketika function berjalan:-

 Pelamin orang bajau Tuaran..cantik pelamin ni..penuh dengan ciri2 tradisiPelamin ni saya snap ketika persandingan anak buah(anak kakak Hajah saya)persandingan dirumah mereka pada 07.06.2012 (Jumaat)
 Sekali lagi mereka menggadakan function kahwin di Grand Borneo Hotel 08.06.2012.
Ini adalah My sister in law & my mum..
 Ini adalah pasangan yang paling Happy go lucky..this is my Eldest bro & my sister in law
                                               Ni pula my eldest sister with her Husband
                                           ini pula my sister yang no 4 with her husband..
 Ni aku...kesian single mingle...semua orang berdua tinggal aku yang keseorangan...hehehehehe
Ni lah Grand Borneo ..siapa2 yang belum pernah ke Sabah..boleh lah mencuba tinggal di Hotel ni...

Thursday 7 June 2012

Percaya kah kamu?????

huhuhu..sungguh menakutkan..tapi itu lah kebesaran tuhan..

Wanita masa kini..

Selalunya kita dikaitkan dengan salah memilih jodoh jika kita berpasangan dengan seseorang yang pemalas, panas baran dan kaki botol. Bila kita berhadapan dengan situasi seperti ini, kita sering saja mempersalahkan takdir..atau salah mencari pasangan hidup.

Bila seorang wanita berhadapan dengan konflik rumah tangga, didera oleh suami, ada diantara mereka yang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri...kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan..tapi sampai bila harus bertahan?kalau dulu badan berisi..cantik menawan..tapi bila melangkah kealam perkahwinan..penampilan diri berubah mendadak..keadaan tidak terurus..kelihatan tua berbanding dengan usia sebenar. Kesian dengan wanita2 yang berhadapan dengan masalah seperti ini..

Saya banyak bergaul dengan wanita yang bermasalah seperti ini..didera oleh suami..tidak diberi kebebasan untuk menggunakan wang gaji sendiri..sedangkan si isteri yang kerja mati2an untuk menyara diri si suami dan anak2..suami hanya tau membuli isteri..kalau si isteri tidak menuruti permintaannya..dia mengancam untuk menceraikan si isteri. Pada suatu ketika dahulu..ada wanita yang rela didera kerana takut ditinggalkan suami dan taku menyandang gelaran /status JANDA..tapi sekarang wanita sudah semakin pintar berfikir..malah zaman sekarang lelaki yang merasa tergugat kerana wanita tidak lagi merayu-rayu untuk si suami terus kekal bersama nya jika sudah tidak ada keserasian.

Wanita masa kini tidak lagi mahu terperuk dirumah..menjadi hamba abdi si lelaki..mereka sudah bijak mengatur perjalanan hidup mereka, malah ada yang berkedudukan tinggi didalam apa jua bidang pekerjaan baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Wanita kini mampu berdiri sama rata dengan lelaki, berjalan seiring dengan lelaki..untuk menerajui apa jua bidang yang diceburi..Lelaki..jangan pula rasa terancam ya..sama2 lah kita melangkah kehadapan dan memajukan diri masing2..selamat berjaya wanita..

Wednesday 6 June 2012

Entri suka2

Semalam kira2 jam 12.30  AM...hujan lebat diiringi dengan angin kencang yang bisa membuat semua orang berada didalam ketakutan...dan saya merasakan zink rumah saya seolah-olah mahu tercabut..membuatkan saya tidak dapat tidur semalaman, berjaga..takut terjadi apa2 yang tidak diingini.

bila subuh menjelang, saya bangun dan melihat sekeliling kawasan rumah...banyak ranting2 patah, dan juga dedaun bertaburan dikawasan rumah...dibelakang rumah pula, zink store barang2 tercabut dan bertaburan dan separuh daripadanya tidak dikesan dimana...betapa kencangnya angin semalam..dan mungkin kawasan2 lain seperti dipersisiran pantai, pasti teruk dilanda angin ribut semalam.

Saya amat bersyukur kerana tidak ada perkara yang teruk terjadi...saya hanya bimbang keselamatan anak2 saya yang berada jauh daripada saya..hanya doa yang saya panjatkan kepada yang maha esa agar mereka terjauh dari sebarang bahaya...saya sangat risau pada anak saya yang bekerja sebagai pramugari yang sering membuat penerbangan luar negara..tapi kekuatan doa seorang ibu akan sering melindungi dia dari bahaya.

Pagi ini keadaan cuaca agak cerah..semoga ianya berlanjutan hingga kepetang..agar mereka2 yang mencari rezeki seperti penoreh getah dapat melakukan kerja2 mereka dengan tenang tanpa merasa ragu2 sama ada mahu keluar menoreh atau tidak...kasihan mereka kerana sudah beberapa hari ini hujan turun pada setiap pagi membuatkan mereka terpaksa duduk diam dirumah..bagi mereka yang punya punca pendapatan lain selain menoreh getah..itu tidak menjadi masalah..tapi jika menoreh getah saja yang boleh mendatangkan punca pencarian mereka..ini akan menyusahkan kerana purata pendapatan bulanan mereka akan berkurangan..sedangkan ramai anak2 yang perlu diberi makan.

Kadang2 ramai orang berkata, penoreh getah ini kaya kerana harga getah sekarang naik melonjak..tapi bila saya bersekemuka dengan penoreh2 getah ditempat saya, ramai diantara mereka yang merunggut kerana keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan pendapatan berkurang. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan pengahigan harga getah dimana harga getah semenanjung jauh lebih tinggi berbanding dinegeri Sabah.

Siapa yang harus menjawab persoalan ini.....saya juga kurang arif dalam soal perbezaan harga seperti ini, kerana ini semua diluar bidang pengetahuan saya..saya hanya berharap agar pihak tertentu dapat membela nasib mereka2 yang perlu dibela..jangan memandang hanya sebelah mata kerana keperluan rakyat seperti2 mereka ini harus ditanggani kerana merekalah penyumbang kemenangan seseorang YB...tanpa mereka seorang YB tidak akan dapat menjadi wakil rakyat.

Hehehe..nampaknya pagi2 saya sudah berpolitik...saya nak chau ni..perut sudah berkeroncong..kalau diikutkan hati..nak menulis panjang lebar..tapi takut kamu jadi bosan...ok lah chau dulu...byeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday 5 June 2012

Akhirnya cinta terlerai jua (cerita pendek)

Percintaan yang terjalin selama 8 tahun akhienya menemui jalan buntuh bila perbalahan terjadi antara kedua orang tua anatara kedua-dua pihak. Kerana kesalahan orang tua..anak menjadi mangsa. Anak2 yang setia dan menjadi penurut kata2 orang tua terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh orang tua walau jauh disudut hati anak2 sangat terluka. anak2 cuba untuk menyembunyikan perasaan kecewa dengan tertawa..menjalani kehidupan seperti biasa..namun tidak siapa yang bisa meneka apa yang berada didalam hati sianak sebenarnya.

Kerana kecewa dengan keputusan orang tua pihak perempuan..si lelaki merantau membawa diri yang luka..bayangkan, percintaan yang dibena selama 8 tahun putus begitu saja ..Si lelaki tahu akan kekurangan dirinya..dia hanya pekerja biasa walaupun dia juga adalah pemeggang diploma dalam bidang sience & computer..sedangkan gadis yang dia cintai itu bekerja dengan pihak kerajaan..perbezaan jawatan yang membuatkan si lelaki dikatakan tidak layak menyunting si gadis menjadi teman hidupnya.

Selang beberapa bulan sahaja..keluarga lelaki telah memperkenalkan dia dengan seorang gadis dan tanpa berpikir panjang..si lelaki menghantar lamaran kepada gadis itu walaupun dia tidak pernah menyintai gadis yang diperkenalkan oleh abangnya itu. Namun untuk mengubati luka dihati..dia serahkan segala-galanya kepada keluarga untuk urusan mencari jodoh untuk dia.

Segala persiapan telah dibuat, dan akhirnya si lelaki telah bergelar raja sehari..dia masih mampu tersenyum...tapi bagaimana pula bekas kekasihnya..adakah dia bisa tersenyum???satu yang menjadi tanda tanya..mengapa kedua pasangan kekasih ini sanggup menuruti kata kedua orang tua mereka..sedangkan yang bercinta adalah mereka..bukan orang tua mereka..mengapa mesti sanggup melukakan hati sendiri..apakah masalah yang timbul diantara kedua belah pihak tidak dapat dibawa berbincang...mungkin inilah yang dikatakan takdir..manusia hanya bisa merancang..sedangkan yang mengabulkan impian kita adalah yang maha esa...segala ketentuan perjalanan hidup manusia tertakluk pada ketentuan dia.

Apakah nanti perkahwinan yang dirancang keluarga itu membawa kebahagian kepada si lelaki?semoga perkahwinan mereka berdua akan kekal bahagia..walaupun perkahwinan dibena bukan atas dasar cinta sama cinta.

Yang tinggal hanya sebuah kenangan yang membawa seribu satu kelukaan dalam memori kehidupan si gadis..kini dia hanya berharap agar dia akan menemui seorang lelaki yang direstui oleh kedua orang tuanya..atau mungkin dia akan membujang seumur hidup...

Sekian..selamat membaca..

Sunday 3 June 2012

SAHABAT

Kecantikan seorang sahabat
bukan terletak pada baju yang di pakai
juga bukan pada warna kulit..
juga bukan terletak pada warna mata...

kebaikan seorang sahabat..
terletak pada kilauan yang memancar dari matanya...
pintu hati yang terbuka luas..
menempatkan sebuah persahabatan yang abadi..

Persahabatan akan kekal abadi
Jika ianya disirami dengan keiklasan..
Juga kejujuran...tanpa wasangka..
Persahabatan akan lebih bermakna jika saling mempercayai..
Tiada hasad dengki...tiada dendam...

Sahabat & Buah

Amat, Daud dan budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan "cannibal". Sewaktu dihadapkan ketua puak "cannibal", dia menggatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama sama beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka tidak akan lari. Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak "cannibal" itu kemudiannya berkata "kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam bontot kamu tanpa sebarang ekspresi di wajahkamu atau kamu akan dimakan"!. Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang2 asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbut jadi sup.

Daud pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak "cannibal" menerangkan perkara yang sama kepada Daud. Daud merasa tak ada lah susah mana. Dari jauh Amat mendengar orang2 asli menjerit SATU!!!!DUA!!!TIGA!!!!EMPAT!!!! LIMA!!!ENAM!!!TUJUH!!!LAPAN!!!, tiba2 Amat mendengar Daud ketawa terbahak-bahak.

Beberapa minit kemudian Daud diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.."Weiiii yang ko gelak apahal????....ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat kepada Daud. Daud jawab "tak boleh tahan lah..tengah aku sumbat anggur..Budin bawak balik 10 biji durian..bukan ke nak mampus tu..10 biji durian...belom sumbat dah mampus Kawan...hehehehe

Lokasi Pertemuan romantis

1. PANTAI

Pantai dianggap sebagai lokasi romantik...saat mendengar bunyi deburan ombak yg menghempas pantai, melihat mentari terbenam diufuk timur akan membangkitkan satu nostalgia dihati pasangan.Lebih indah lagi jika anda berjalan beriring sambil berpeggangan tanggan menyusuri pantai....hrmmmm romantis!!!

2. TAMAN REKREASI

Kalau sebut ja nama taman rekreasi..pasti terbayang dipikiran bahawa tempat ini hanya sesuai untuk pasangan yang berkeluarga membawa anak2 mereka bermain..tapi sebenarnya tempat ini dikira lokasi yang paling sesuai untuk membawa kekasi anda berjalan-jalan berpeggangan tanggan sambil menyaksikan karenah kanak2 yang bermain ditaman ini...oleh itu jangan segan2 membawa kekasih anda mengunjungi tempat ini...

3. BERKELAH DI AIR TERJUN

Bawa kekasih anda berkelah...bukan saja dipantai tapi juga di air terjun..nikmatilah keindahan alam semulajadi..ini membangkitkan suasana romantis...menikmati deruan air terjun, merasai sejuknya air tatkala anda berendam dengan suasana yang aman damai...pasti saat2 ini mampu membuat pasangan anda bahagia..dan akan menjadikan nya sebuah memori yang sangat berharga

4. MENONTON WAYANG

Menonton wayang antara perkara yang biasa dilakukan oleh pasangan2 muda masa kini..mungkin ini agak ketinggalan zaman..tapi ianya boleh membuahkan satu kenangan yang indah bersama pasangan..

Banyak lagi lokasi2 yang boleh membangkitkan suasana romantis ketika membuat pertemuan pertama dengan kekasih...hanya terpulang kepada individu bagai mana membuat pertemuan itu menjadi satu kenangan yang tidak akan luput dari dairi kehidupan seseorang...

Sekian dulu...selamat membaca

Konvensyen 2012 di Star city, api2 centre

 Dewan Star city dibanjiri oleh ahli SAPP yang hadir dikonvensyen party itu hari ini 03.06.2012 (Ahad)
 Ketua Wanita SAPP sedang memberikan ucapan dipersidangan Pemuda?wanita/mudanita dan GKB
YB.Melanie berkata bahawa wanita adalah sayap bagi pihak pemuda untuk memajukan politik masa kini..wanita tidak lagi berada ditakuk lama..yang dikatakan hanya layak berada didapur..memasak, melayan suami dan menjaga anak2..tapi wanita kini boleh berdiri seiring dengan lelaki...menerajui kepimpinan bukan saja didalam bidang politik tetapi juga didalam bidang pekerjaan dengan memeggang jawatan2 tinggi dalam mana2 sektor...baik diswasta ataupun kerajaan.
wahhhhhhhhhh...siapa pula ni....wanita yang masing2 dengan karenah sendiri...

Friday 1 June 2012

Pesta Kaamatan 2012

Petang ini aku tidak kemana-mana, kerana semalam aku rasa sangat letih setelah seharian duduk dalam dewan menyaksikan pertandingan Ratu Kaamatan yang berlangsung di mini dewan kampung kediaman ku..Banyak acara2 yang telah dipertandingkan termasuk pertandingan makanan tradisional, Bintang Kaamatan dan pertandingan Ratu cantik.

                                              Makanan tradisional kadazandusun
                    Pemenang Ratu Kaamatan peringkat kampung Mansiang, Menggatal
                                        Menunggu masa untuk pulang...keletihan