Monday 31 December 2012

SEORANG GURU TAKUT GAMBAR BOGEL DAN VIDEO SEKSNYA DISEBAR OLEH BEKAS TEMAN LELAKI

Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah.

“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.-Kosmo

MANUSIA BERBIBIR PIRING



Jika di pedalaman Thailand wujudnya 'Manusia Zirafah', dan 'Budaya Pengikatan Kaki' di China, di Afrika pula wujud 'Manusia Berbibir Piring'.

Semuanya mempunyai persamaan di mana ianya diamalkan oleh kaum wanita sejak usia kecil hinggalah meningkat dewasa.

Tradisi melebarkan bibir ini diamalkan oleh penduduk Suku Saras-Djinges dan beberapa puak lain di Ethiopia.

Suku kaum ini menganggap seseorang wanita itu kelihatan cantik jika memiliki bibir bawah yang lebar.

Konsep kecantikan moden dengan cara bersolek langsung tidak dikenali di sini. Dikatakan bibir mereka mampu dimuatkan dengan piring berukuran 38 cm.

Peringkat awal bagi melebarkan bibir ini dimulakan ketika seorang wanita mencapai usia 4 tahun.

Caranya adalah melubangkan bibir dibahagian bawah dengan menggunakan pisau. Sungguh menyakitkan tambahan pula proses ini langsung tidak dibius.

Ianya juga boleh dikatakan sebagai salah satu penyeksaan yang kejam dimana seseorang yang mengamalkannya sukar untuk bercakap atau makan.

Mereka terpaksa memakan makanan cair dan bercakap perkara-perkara penting sahaja.

Selain bertujuan untuk kelihatan cantik, ada juga versi mengatakan bahawa ini adalah salah satu cara bagi isteri tidak hilang ketika tidur bersama suami.

Bagaimana caranya? Dengan menyangkut bibir si isteri pada KEMALUAN si suami.

Mungkin kedengaran agak pelik dan melucukan, namun inilah realiti yang diamalkan oleh mereka.

Wednesday 26 December 2012

CINTA ITU BUTA


BRASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.

Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. 

Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.

Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.

Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.

Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.

“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.

“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.

BAGI pasangan ini, perbezaan ketinggian tidak pernah menjadi masalah.

Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan.

Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.

Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.

“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.

“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas.

Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. - DM

Tuesday 25 December 2012

PERCAYAKAH TIDAK?

Gambar wanita-wanita cantik di bawah ini adalah lelaki sebenarnya?? 

Mereka dari segi luaran adalah wanita yang cantik dan mempersona tapi lahiriah mereka sebenarnya adalah lelaki...

Mereka telah menjalani transformasi yang besar untuk menjadi seorang wanita.

Kenalkan mereka dr kiri ke kanan

1. Harisu – Model terkenal dari negara Korea Selatan.


2. Sirapassorn Atthayakorn – Memenangi Miss International Queen 2011 di negara Thailand.


3. Nong Poy – Pelakon hebat dan pernah memenangi gelaran Miss Tiffany 2004 dan Miss International Queen 2044 di Thailand.


4. Alicia Liu – Model terkenal Taiwan.


5. Chen Lili – Penyanyi dan pelakon terkenal China.


6. Kayo Satoh – Orang biasa tetapi telah mengaku di televisyen secara langsung dia adalah lelaki tetapi mahu menjadi perempuan.








GADIS KAYA BAKAR DUIT DI FACEBOOK MENYEBABKAN KEMARAHAN ORANG RAMAI

Seorang gadis kaya di China menyebarkan gambar peribadinya bersama harta dan duit yang banyak. Kelakuan gadis ini telah menaikkan kemarahan banyak pihak.

Gao Yue Er, seorang gadis muda yang kaya di China telah melakukan sesuatu yang buat orang geram. Gao bersama wang yang dimilikinya dengan melambai depan kamera untuk menunjuk-nunjuk wang yang banyak miliknya dan membakar beberapa helai wang tersebut.


Kelakuan gadis ini telah tidak keseorangan tetapi bersama beberapa teman lain. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat dan pengguna internet berasa sangat marah dengan sikap gadis kaya ini yang dianggap sangat melampau.

Kelakuan bodohnya ini boleh mengundang kebencian masyarakat kepada orang kaya. Mereka akan lebih membenci kepada orang kaya disana akibat tersebarnya kelakuan-kelakuan seperti yang dilakukan oleh Gao.









Selamat Hari Natal.....




Sempena dengan hari xmas ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari natak untuk semua, terutama sekali yang beragama kristian...moga gembira dihari yang bahagia ini....

Monday 24 December 2012

CIRI WANITA DIMINATI LELAKI

‘Wanita itu hiasan dunia’ Itu kata-kata yang sering diperdengarkan tiap kali berbicara mengenai wanita. Betul ungkapan itu. Wanita dilahirkan dengan sifat yang cantik dan indah. 

Kalau tidak pada wajahnya, tentu sahaja mata, hidung mahupun bibirnya menggoda lelaki untuk mendekatinya. Begitu juga tubuhnya. Mungkin si lelaki tertarik pada reka tubuh yang lentik ataupun buah dada yang mekar. Ah, itu adalah pandangan lelaki mengenai aset wanita yang menarik dan menjadi idaman mereka


Bagaimana pula dengan perilaku dan sifat wanita yang diidamkan? Ada banyak pendapat, bergantung kepada latar belakang lelaki yang memberikan pendapat. 

Bagi yang latar belakangnya menjurus pada agama, tentunya hadis nabi yang menyebut mengenai keperluan wanita yang beragama (beriman), baik tingkah laku, cantik, dari keturunan yang baik serta kaya. 

Bagi lelaki moden, ciri seperti cantik, sedap mata memandang, berambut panjang, memahami kerja, pandai melayan dan sebagainya menjadi pilihan. Sebenarnya, walau apa pun pilihan, dan walau berbeza latar belakang, aqu percaya semua lelaki bersetuju bahawa wanita itu perlulah mengutamakan mereka, memiliki penampilan yang menarik serta tahu menjaga maruah suami walau di mana mereka berada. 

Jadi, pada semua kekasih dan bakal suami, telitilah senarai di bawah. Adakah pasangan anda memiliki ciri-ciri berikut? Dan kepada para wanita, adakah anda memiliki ciri tersebut?

1. JADI PENDENGAR SETIA
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. JANGAN BERSOLEK TEBAL
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

3. INGAT HARI PENTINGNYA
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

4. HORMATINYA
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Cium tangan adalah salahsatu cara yg boleh memikat hatinya.

5. JANGAN KEBUDAK-BUDAKAN
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

6. AGRESIF
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

7. JANGAN TERLALU SERONOK
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

8. JANGAN GANAS
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

9. JANGAN TERLALU BAIK
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

10. JANGAN PERASAN
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

11. SIKAP SEDERHANA
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

12. SIKAP KEIBUAN
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

13. LEMAH LEMBUT
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

14. SENSITIF
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

15. KENALI DIRINYA
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

16. JAGA KECANTIKAN
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

17. GAYA KEMAS
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

18. JANGAN KUNO
Jangan bersikap terlalu kuno. Perlu luas pengetahuan. Tapi jangan terlalu berlebihan menyebabkan dia rendah diri.

19. SERING TANYA KHABAR
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

20. JUJUR DALAM TINGKAH LAKU
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

21. SUKA YANG BERAGAMA
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

22. TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada

23. JANGAN TUNJUK LEMAH
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

24. TUNJUK MATANG
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

25. BELAIAN
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

26. MURAH DENGAN SENYUMAN
Lelaki akan terasa tenang bila melihat senyuman seorang wanita. 




musibahnya klu bersekedudukan tanpa ada ikatan


\PUCHONG: “Kami bersekedudukan hampir 10 tahun sejak 1998 dan hanya bernikah selepas mempunyai empat anak dan masa itu saya sedang mengandung anak kelima pada awal 2007 lalu.

“Setelah melahirkan tujuh anak dan bakal melahirkan anak kelapan pada Januari depan, suami pula menceraikan saya pada Mei lalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 30.

Menurut Wani, dia kini bingung memikirkan masa depan tujuh anaknya walaupun suaminya masih tinggal bersama dan berjanji akan rujuk semula selepas melahirkan anak perempuan dalam kandungannya itu.

“Suami pernah hanya memberikan saya RM2 sehari untuk perbelanjaan makan minum kami lapan beranak walaupun sebelum ini ada juga dia beri RM50 atau RM100 seminggu.

“Saya faham dengan kerjanya yang cuma bergaji antara RM500 dan RM700 sebulan, tetapi apa dikesalkan, saya diceraikan kerana perempuan lain,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Tuesday 11 December 2012

KOPI TAHI GAJAH JADI IDAMAN


LELAKI KANADA BELANJA BESAR HASILKAN MINUMAN TERMAHAL DI DUNIA

BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, Utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.

walaupun sebilangan pengemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia.

ketika ini,sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1.100 (RM3.360)

justeru,hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaa.

penjual kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokai di seluruh dunia beberapa bulan lalu,bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kin Abu Dhabi..
secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50(RM153)

Pencipta kopi itu, Blake Dinkinm,berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah,
Dinkin - menghabiskan lebih RM900.000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata,apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan.

     "Akhirnya,anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya.
kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini,di kenali sebagai kopi luwak,yang terhasil daripada proses perkumuhan musang.

Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi.
kata lelaki berasal dari kana itu,gajah juga diberi makan pisang,tebu dan pelbagai bahan lain..
"ia memberi rasa tambahan yg menarik,"
Katanya.