Wednesday, 8 May 2013
Friday, 26 April 2013
DAYANGKU INTAN TIDAK GENTAR LAWAN AZALINA OTHMAN
PETALING
JAYA: Penyanyi Dayangku Intan tidak gentar untuk menentang penyandang
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan
Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini kerana yakin terhadap pengaruh
yang dimilikinya sebagai seorang artis.
Dayangku Intan atau
nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, jika
Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan
Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenalisebagai penghibur.
“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang
Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada
dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanyakami,”
jelasnya yang berada di Pengerang ketika di hubungi mStar Online di sini
pada Ahad.
Pada PRU-13 ini, Parlimen Pengerang menyaksikan
pertembungan tiga penjuru apabila Azalina dari Barisan Nasional (BN)
akan ditentang oleh Dayangku Intan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat
(PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).
Azalina menang tanpa bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 2008.
Dayang berkata, dia berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di
kawasanberkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya
selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik
sekiranya memenangi kerusi berkenaan.
Katanya, artis-artis
masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar
pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.
Ditanya
tidakkah dia berasa sukar daripada seorang artis dan kemudiannya terjun
dalam bidang politik Dayang berkata, pada mulanyadia agak stres tetapi
selepas mempunyai pengalaman sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri
(DUN) Johor Bahru sejak setahun lalu, masalah itu dapat diatasi.
“Mula-mula tu agak susah tetapi selepas saya faham apa yang rakyat
mahukan daripada pemimpin politik mereka, barulah saya dapatmenyesuaikan
diri dalam dunia politik. Apa yang penting rakyat percaya terhadap
matlamat saya untuk memperjuangkan mereka,” katanya.
Dayang
yang popular dengan lagu “Berpaut Di Dahan Cinta” memberitahu,
keputusannya menyertai parti pembangkang juga didorong rasa kecewa
terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.
Katanya, hidup sebagai seorang artis sentiasa terbiar dan bantuan hanya datang apabila diperlukan.
“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya
itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari
ini,” jelasnya.
Dalam pada itu Dayang berkata, dia akan tetap
aktif untuk menyanyi walaupun bergelar ahli politik selain semua
aktivitinya mendapat sokongan padu daripada suami, Rosman Yahil, 50,
serta empat orang anak yang berusia diantara 15 hingga 30 tahun.
Info mStar
Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenalisebagai penghibur.
“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanyakami,” jelasnya yang berada di Pengerang ketika di hubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Pada PRU-13 ini, Parlimen Pengerang menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Azalina dari Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh Dayangku Intan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).
Azalina menang tanpa bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 2008.
Dayang berkata, dia berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasanberkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.
Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.
Ditanya tidakkah dia berasa sukar daripada seorang artis dan kemudiannya terjun dalam bidang politik Dayang berkata, pada mulanyadia agak stres tetapi selepas mempunyai pengalaman sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Bahru sejak setahun lalu, masalah itu dapat diatasi.
“Mula-mula tu agak susah tetapi selepas saya faham apa yang rakyat mahukan daripada pemimpin politik mereka, barulah saya dapatmenyesuaikan diri dalam dunia politik. Apa yang penting rakyat percaya terhadap matlamat saya untuk memperjuangkan mereka,” katanya.
Dayang yang popular dengan lagu “Berpaut Di Dahan Cinta” memberitahu, keputusannya menyertai parti pembangkang juga didorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.
Katanya, hidup sebagai seorang artis sentiasa terbiar dan bantuan hanya datang apabila diperlukan.
“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” jelasnya.
Dalam pada itu Dayang berkata, dia akan tetap aktif untuk menyanyi walaupun bergelar ahli politik selain semua aktivitinya mendapat sokongan padu daripada suami, Rosman Yahil, 50, serta empat orang anak yang berusia diantara 15 hingga 30 tahun.
Info mStar
PEREMPUAN KINI LEBIH SUKA MENIPU
LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.
Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan
menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.
Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama
mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga
mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu.
Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang
semata-mata untuk hamil.
Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki
akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan
12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang.
Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan
untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah
mempunyai hubungan istimewa. - Agensi
Monday, 22 April 2013
Rahsia Tahi Lalat...
1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman
51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
Friday, 19 April 2013
PENGANGGUR DITUDUH ROGOL ANAK TIRI BERUSIA 13 TAHUN
KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun, sejak setahun lalu.
Tuduhan terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Yusoff Yunus.
Mohd Faizal Mohd Shaupi dari Dabong didakwa melakukan perbuatan itu antara tahun 2012 dan 10 Mac 2013 di alamat Taman Sentosa, Ladang Kuala Gris, Bukit Abu.
Akibat tuduhan itu, Mohd Faizal berdepan penjara tidak kurang lapan dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan merogol kanak-kanak yang perhubungannya tidak dibenarkan undang-undang atau hukum agama atau adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.
Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon tarikh bagi menyelesaikan pengurusan kes dan menunggu laporan perubatan mangsa.
Sementara itu, beliau tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh. Kes bersambung 20 Mei depan.
MASJID PERTAMA DI JEPUN TERUS UTUH HINGGA KINI
Kobe
Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun
1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang
Tuhan.
Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan
Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah menyebabkan
kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama dalam
sejarah peperangan. Akibatnya Jepun menyerah kalah. Dua bandar di Jepun
Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika. Saat itu, bandar Kobe juga
tidak ketinggalan menerima kesan serangan pengeboman melalui udara
walaupun tidak dibom dengan bom atom seperti Nagasaki dan Hiroshima.
Boleh dilihat bandar Kobe juga menjadi rata.
Ketika bangunan di
sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri
tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua
kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana
asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah tanah masjid
terselamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang
disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat untuk mangsa
perang.
Pasca perang dunia II, Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait
menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca
tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca tingkap baru yang
didatangkan khusus dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di
tengah ruang solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di
masjid ini.
Sekolah yang hancur akibat perang kembali
diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam
kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim
Kobe.
Krisis kewangan sering membawa masalah kepada
jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi menyebabkan jawatankuasa
masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari tabungnya. Walaupun
demikian, ramai penyumbang yang bersedia memberikan bantuan untuk
menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid
ini. Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang dengan sumbangan
dermawan.
Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi
paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari
1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga
kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.
Para ahli menyebutkan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat
yang saling berlanggar, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan Eurasia.
Walaupun gempa berlaku cuma 20 saat, namun gempa ini memakan korban
orang awam seramai 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk
bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar
bandar seluas 20 km dari pusat gempa.
Gempa bumi besar
Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak Gempa bumi
besar Kanto 1923 yang menyebabkan 140,000 orang terkorban. Namun hingga
kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak goyah
meskipun didera berbagai bencana.
Seharusnya orang Jepun boleh
melihat keajaiban ini sehingga beralih kepada Islam tetapi tentunya
hidayah hanya milik Allah dan diberikan kepada siapa yang
dikehendakiNya.
Wednesday, 17 April 2013
Kegunaan senduduk putih
Senduduk
Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti
senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya
yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia
banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan
Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang
tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah
payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi
penawar bisa ular.
Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapat
mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak
henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan
dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat
boleh bercakap).
Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
Subscribe to:
Posts (Atom)