‘Wanita itu hiasan dunia’ Itu kata-kata yang sering diperdengarkan tiap kali berbicara mengenai wanita. Betul ungkapan itu. Wanita dilahirkan dengan sifat yang cantik dan indah.
Kalau tidak pada wajahnya, tentu sahaja mata, hidung mahupun bibirnya menggoda lelaki untuk mendekatinya. Begitu juga tubuhnya. Mungkin si lelaki tertarik pada reka tubuh yang lentik ataupun buah dada yang mekar. Ah, itu adalah pandangan lelaki mengenai aset wanita yang menarik dan menjadi idaman mereka
Bagaimana pula dengan perilaku dan sifat wanita yang diidamkan? Ada banyak pendapat, bergantung kepada latar belakang lelaki yang memberikan pendapat.
Bagi yang latar belakangnya menjurus pada agama, tentunya hadis nabi yang menyebut mengenai keperluan wanita yang beragama (beriman), baik tingkah laku, cantik, dari keturunan yang baik serta kaya.
Bagi lelaki moden, ciri seperti cantik, sedap mata memandang, berambut panjang, memahami kerja, pandai melayan dan sebagainya menjadi pilihan. Sebenarnya, walau apa pun pilihan, dan walau berbeza latar belakang, aqu percaya semua lelaki bersetuju bahawa wanita itu perlulah mengutamakan mereka, memiliki penampilan yang menarik serta tahu menjaga maruah suami walau di mana mereka berada.
Jadi, pada semua kekasih dan bakal suami, telitilah senarai di bawah. Adakah pasangan anda memiliki ciri-ciri berikut? Dan kepada para wanita, adakah anda memiliki ciri tersebut?
1. JADI PENDENGAR SETIA
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
2. JANGAN BERSOLEK TEBAL
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
3. INGAT HARI PENTINGNYA
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
4. HORMATINYA
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Cium tangan adalah salahsatu cara yg boleh memikat hatinya.
5. JANGAN KEBUDAK-BUDAKAN
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
6. AGRESIF
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
7. JANGAN TERLALU SERONOK
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
8. JANGAN GANAS
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
9. JANGAN TERLALU BAIK
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
10. JANGAN PERASAN
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
11. SIKAP SEDERHANA
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
12. SIKAP KEIBUAN
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
13. LEMAH LEMBUT
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
14. SENSITIF
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
15. KENALI DIRINYA
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
16. JAGA KECANTIKAN
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
17. GAYA KEMAS
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
18. JANGAN KUNO
Jangan bersikap terlalu kuno. Perlu luas pengetahuan. Tapi jangan terlalu berlebihan menyebabkan dia rendah diri.
19. SERING TANYA KHABAR
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
20. JUJUR DALAM TINGKAH LAKU
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
21. SUKA YANG BERAGAMA
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
22. TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada
23. JANGAN TUNJUK LEMAH
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
24. TUNJUK MATANG
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
25. BELAIAN
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
26. MURAH DENGAN SENYUMAN
Lelaki akan terasa tenang bila melihat senyuman seorang wanita.
No comments:
Post a Comment