Thursday, 22 November 2012

Majlis perkahwinan anak saya

 Majlis diadakan d tempat terbuka yang menghadap laut..Majlis diadakan ala2 perkahwinan ditaman bunga.
Keempat-empat orang anak saya ada bersama saya ketika ini.Lelaki yang ada disebelah kanan saya adalah abang sepupu saya.
Baju yang dikenakan oleh anaklelaki saya ini ialah baju dari suku kaum dusun Kota Belud, di Tuaran Sabah.

 
Pada 11.11.2012, bersamaan dengan hari ahad, anak lelaki saya (my only son) telah melangsungkan perkahwinan di Habibah suite, Jalan bukit bendera kota kinabalu. Syukur kepada Tuhan kerana tidak menurunkan hujan disepanjang majlis berlangsung. Kalau hujan majlis akan lari dari konsep asal.

Wednesday, 7 November 2012

STRESS DAN KHUATIR

Semua orang pernah dan akan mengalami kekuatiran. Kekuatiran adalah tanda bahawa kita hidup dalam dunia yang tidak menentu dan penuh tekanan, Mari kita perhatikan makna stress dan kuatir ..

Setan menekan dengan masalah agar terjepit dan sesak, tidur tak lena kerana diganggu oleh sikap ragu2. Rohani dihimpit oleh kekuatiran, duka dan nestapa.Tidur tak lena kerana dihimpit oleh perasaan resah setiap waktu dan hidup dalam penuh kesuraman yang tak terkendali yang akhirnya membawa kepada kebinasaan diri seperti bunuh diri.

Bagaimana kita menghindarkan diri daripada dikuasai oleh perasaan kuatir ataupun stress?

Pertama...kita perlu menyerahkan hidup kita kepada Tuhan. Semua yang ada di dunia ini mudah berubah, hanya Tuhan yang tidak pernah berubah. Tuhan sering memberikan petunjuk kepada umatnya yang setia kepadanya dan meminta dengan bersungguh-sungguh. Jika sekiranya doa kita tidak didengar olehnya bermakna kita tidak meminta dengan sepenuh hati...justru itu hidup kita sering dikuasai oleh kekuatiran yang berpanjangan.

Kedua...kita perlu belajar untuk hidup pada saat ini. Bila kita mengerjakan sesuatu, kerjakanlah hal itu dengan sepenuh hati , kerjakanlah seperti untuk Tuhan. Jadikan diri kita sebagai pahlawan Tuhan yang perkasa.

Dalam menghadapi stress dan kuatir, kita harus memiliki semboyan iaitu "siapa takut pada tekanan". Ingat bukan dengan keperkasaan atau kekuatan kita sendiri melainkan kuasa Tuhan yang memimpin kita...

Sunday, 4 November 2012

Ayah...

Peranan ayah dalam keluarga amatlah penting. Banyak keluarga yang hancur kerana ayah tidak mengerti panggilan dan tugasnya dalam keluarga. Tugas ayah bukan hanya mencari nafkah bagi keluarga. Tetapi juga memimpin keluarganya untuk hidup dalam takut akan Tuhan. Seorang ayah memimpin dengan mengasihi dan melayani keluarganya.

Salah satu panggilan terpenting dalam hidup seorang ayah adalah mengasihi ibu dari anak2nya. Hubungan  yang terpenting dalam rumah tangga bukannya hubungan antara orang tua dan anak, tetapi hubungan suami dan isteri. Bila hubungan suami isteri tidak harmonis, maka hubungan ini akan mempengaruhi pertumbuhan jiwa dan emosi anak2nya. Bila suami dan isteri tidak sehati, anak akan merasa bingung mengikuti dua orang pemimpin yang berbeza pendapat.

Seorang ayah yang baik tidak hanya mencukupi keperluan keluarganya, tetapi juga menyediakan waktu bagi keluarganya.

Hayati dan fahami setiap bait kata2 ini...



Lawak dari Sabah...

Kalau tak reti nak baca....tengok jer lah yer...hehhehehe