Pada 23hb. April bersamaan dengan hari isnin, saya dengan 3 orang kawan dari Kota Kinabalu, Sabah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Kami berlepas dari airport Kota kinabalu pada pukul 7.10 minit dan mendarat dengan selamat di LCCT airport pada pukul 9.35 awal 10minit daripada ketibaan yang dijangkakan.
Kami menaiki bas ke KL Sentral yang memakan masa selama 1 jam. Setibanya di KL Sentral saya diambil oleh anak saya untuk dihantar ke pejabat Malaysiakini, manakala kawan2 saya yang lain menaiki LRT hingga ke Bangsar LRT station. Setibanya kami di pejabat Malaysiakini, kami diberikan taklimat dan akan diberi tugas sebagai satu latihan untuk mmulakan tugas sebagai seorang journalis.
Tugas pertama yang diberikan kepada saya ialah, menghadiri satu pelancaran pertubuhan NGO yang dipanggil PERKASA. Saya tidak dibenarkan untuk mengambil apa2 statement, saya hanya diarah untuk menjadi pemerhati dan belajar cara2 seorang wartawan menemuramah seorang kenamaan. Banyak yang saya pelajari daripada journalis2 Malaysiakini. Mereka bekerja tidak mengira masa...dan yang paling menakjubkan sekali ialah selesai sahaja press conference mereka akan mula menulis berita dan menghantar berita ke Malaysiakini dengan tepat dan cepat. Cara mereka amat berbeza dengan wartawan disabah yang pernah saya jumpa.
Selepas krusus ini, saya berharap akan dapat melakukan tugas seperti journalis2 malaysiakini.
No comments:
Post a Comment