Sunday, 27 May 2012

Politik kedai kopi..

Ungkapan selamat pagi khusus buat para pengunjung blog saya ini..moga anda semua sihat dan akan punya waktu untuk mengunjungi saya selalu di sini...Saya happy bila  saban hari jumlah pengunjung meningkat..ini berarti ada juga yang sudi membaca blog ni..walau ceritanya rojak...ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kamu semua...

Sebenarnya saya tidak punya cerita yang menarik..kerana sejak beberapa hari ini saya agak busy dan tidak punya waktu yang cukup untuk menulis cerita...apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda disini ialah rasa terkejut bila membaca kenyataan Datuk Salleh diakbar tempatan yang menggatakan bahawa 20 perkara  perjanjian terhadapa negeri Sabah adalah tidak Sah...

Alasan2 yang telah dikemukakan oleh Datuk Seri Salleh itu benar2 tidak relevan dan amat mengecewakan rakyat Sabah. Mengapa mesti disaat akhir, hampirnya pilihan raya 13 isu2 seperti ini timbul?tapi mungkin ada hikmah disebalik pembatalan 20 perkara itu kerana nyata sekali Datuk Seri memberikan peluang kepada Rakyat Sabah untuk berpaling tadah pada Kerajaan...pihak pembangkang menyuarakan ketidak adilan kerajaan untuk mereallisasikan 20 perkara itu terhadap negeri Sabah..dan sekarang ianya dimansuhkan tanpa sebab yang kukuh...

Sesungguhnya Rakyat Sabah tidak lagi BODOH dan mereka juga sudah pandai menilai..mana kaca dan mana permata...Rakyat Sabah inginkan kesejeteraan bukan kesengsaraan...mereka tahu Negeri Sabah sebenarnya KAYA..tapi hasil yang diperolehi tidak dapat dinikmati oleh Rakyat Sabah kerana pengagihan royaliti minyak yang tidak seberapa membuatkan negeri Sabah berada dikedudukan tercorot diantara negeri2 di Malaysia...

Dan sekarang isu2 yang paling hanggat ialah rampasan tanah adat...yang dulunya menjadi penempatan sesetengah penduduk dipendalaman...mereka sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah adat mereka...namun tidak diberi sekelumit simpati dari pihak2 yang mahu merampas tanah2 yang telah diusahakan dan telah pun mendatangkan hasil dan menjadi mata pencarian penduduk2 dikawasan perkampungan tanah adat ini...dimanakah letaknya keperihatinan kerajaan terhadap penduduk yang kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang telah mereka mandatkan untuk membela nasib mereka tapi akhirnya mereka dipinggirkan tanpa sebarang pembelaan...kekecewaan rakyat terhadap kerajaan kini amat ketara...

Sekian dulu...selamat membaca..

No comments:

Post a Comment