Sunday, 6 May 2012

Z Joy...part 1

Pagi tadi saya membaca satu novel pendek yang ditulis dalam bahasa Kadazan..biasanya saya tidak suka membaca apa2 pun cerita yang ditulis dalam bahasa Kadazan kerana ianya sukar untuk dimengerti...tidak seperti bahasa Dusun..ringkas dan mudah untuk diterjamah dalam bahasa Malaysia.

Berbalik kepada cerita pendek dalam bahasa kadazan tadi, ceritanya lebih kurang cam ni.....

Seorang kanak2 lelaki yang comel telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya dan kanak2 lelaki itu telah dipeliharadan dibesarkan oleh neneknya belah ayahnya. kanak2 lelaki itu telah diberi nama Z Joy oleh neneknya..dia membesar dengan baik dan menjadi kanak2 yang penurut dan juga kanak2 yang pintar. Dia berjanji pada dirinya agar menuruti segala kehendak neneknya yang telah menjaga dia dari kecil sehingga dia kini    menjadi seorang remaja lelaki yang sihat dan sempurna. Meskipun jauh disudut hati Z Joy dia ingin sekali bertemu dengan kedua orang tuanya tetapi niatnya itu tidak pernah dia suarakan kepada neneknya, kerana dia bimbang neneknya akan menjadi marah dan kecil hati terhadapnya.

Setelah tamat tingkatan 5, Z Joy tanamkan satu nekad untuk menjadi seorang Father. Niatnya itu dia kuburkan dalam hati kerana neneknya tidak bersetuju dengan kehendak Z Joy itu. Walaupun kecewa dengan sikap neneknya, namun Z Joy tidak membantah dan apabila mendapat keputusan yang baik, Z Joy meneruskan pelajaran diperingkat lebih tinggi dan didalam bidang perubatan. Dia terpaksa berpisah dengan neneknya kerana dia akan melanjutkan pelajaran diseberang lautan, iaitu di German dalam bidang kedoktoran.

Sebelum menamatkan pelajaran, Nenek Z Joy telah meninggal Dunia dan Z Joy kembali ketanah air untuk memberikan penghormatan terakhir kepada neneknya. Dalam masa yang sama, seorang ayah memperkenalkan dirinya kepada Z Joy sebagai ayah kandungnya dan memberikan Z Joy penjelasan mengapa dia terpaksa meninggalkan Z Joy kepada neneknya tanpa menghantar sebarang berita. Ayah kandung Z Joy menjelaskan padanya bahawa setelah berpisah dengan ibunya (Ibu Z Joy) dia (Ayah Z Joy) mengambil keputusan untuk bekerja di Arab Saudi untuk menampung perbelanjaan Z Joy dalam bidang pelajaran. Z Joy menjelaskan pada ayahnya bahawa dia tidak pernah marah pada kedua orang tuanya. Ayahnya sangat gembira dengan penjelasan Z Joy itu...

(cerita ini belum habis..akan disambung kemudian) selamat membaca...sorry2 kalau bahasanya kurang enak dibaca...

No comments:

Post a Comment