Tuesday 11 December 2012

KOPI TAHI GAJAH JADI IDAMAN


LELAKI KANADA BELANJA BESAR HASILKAN MINUMAN TERMAHAL DI DUNIA

BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, Utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.

walaupun sebilangan pengemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia.

ketika ini,sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1.100 (RM3.360)

justeru,hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaa.

penjual kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokai di seluruh dunia beberapa bulan lalu,bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kin Abu Dhabi..
secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50(RM153)

Pencipta kopi itu, Blake Dinkinm,berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah,
Dinkin - menghabiskan lebih RM900.000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata,apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan.

     "Akhirnya,anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya.
kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini,di kenali sebagai kopi luwak,yang terhasil daripada proses perkumuhan musang.

Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi.
kata lelaki berasal dari kana itu,gajah juga diberi makan pisang,tebu dan pelbagai bahan lain..
"ia memberi rasa tambahan yg menarik,"
Katanya.

No comments:

Post a Comment