Monday 30 July 2012

Kraf tanggan dari Sabah..

Sabah merupakan salah sebuah negeri yang menjadi yumpuan pelancong dari serata dunia..banyak tempat2 yang menarik yang boleh dilawati disabah seperti National Park di Kundasang dan juga Hot Spring di Ranau..dua tempat ini sangat terkenal dan biasnya para pelancong akan memberikan keutamaan untuk melawat kedua buah tempat ini.


Antara kraftanggan yang biasa dijual untuk buah tanggan para pelancong ialah beg yang diperbuat daripada rotan yang di panggil barait..para pelancong suka membeli beg ini kerana ianya mudah untuk dibawa kemana saja mereka pergi..







Bakul yang dibuat daripada plastik yang berwarna warni..cantik dan cara membuatnya juga kemas...

Read this...so that u know what i feel right now...

It doesn't matter if u see me or not..I'm standing right here..with no emotion..
It doesn't matter if u miss me or not..The feeling is right there..
And isn't going anywhere..it doesn't matter if u love me or not..
Love is right here, and it is not going to change..
it doesn't matter if u r with me or not, my hand is in ur hand..
and i'm not going to let go..let me embrace u, or let me live in ur heart to eternity..silence...Love..Calmness..Joy...

Jalan2 cari makan..

Semalam saya pergi reflex kaki di Suria Sabah...yang unik dia, semua pekerja dia terdiri dari pada orang2 OKU yang cacat pengelihatan. Saya rasa mereka telah dilatih untuk menjadi tukang urut yang profesional..mereka melakukan kerja mereka dengan teliti berbanding dengan mereka yang masih sihat walafiat..buat kerja pun tidak dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Saya juga pernah buat urutan kaki di Mega long..tapi ianya sangat mengecewakan saya...pekerja nya banyak cerita tapi tanggan tidak bergerak..sangat2 menjengkelkan..pada saya pengalaman pertama itu tidak akan ada untuk kedua kali..cukup sekali saya ketempat itu.

Lepas buat urutan kaki..saya dan menantu perempuan pergi makan di upperstar..my daughter in law makan macaroni saya pula makan mexica taco lamb...huhuhu..sedap juga tapi disebabkan mahu kontrol makan ...makanan tidak dapat dingapp habis..

                                                     ready2 tuk keluar pergi Suria Sabah
 Makan D Upperstar..sambil menunggu makanan di hidangkan..anda boleh on9..boleh melayari internet...salah satu tarikan pelanggan yang ada di Upperstar restoran.
                                                   Ni lah makanan saya..Taco Lamb..

Tinjau2 dan dengar2...hehehehe

Nampaknya waktu begitu cepat berlalu...hari ini kita sudah berada di penghujung bulan Julai..dan besok kita akan berada diawal bulan merdeka..

Apa yang istemewa sangat dengan bulan merdeka ni?pertanyaan ini sering bermain di minda saya, kalau dulu, tiba saja bulan merdeka..semua orang akan mengibarkan bendera ..setiap rumah..setiap permis perniagaan dan setiap kenderaan..tapi kini hanya segelintir saja yang akan mengibarkan bendera di Sabah...mereka2 yang suka mengampu kerajaan saja yang akan mengibarkan bendera dan merupakan bukan penduduk asal Sabah.

Entah lah apa yang telah berlaku dengan kepercayaan rakyat Sabah terhadap kepimnpinan kerajaan yang sedia ada..parti baru timbul  seperti STAR yang diterajui oleh DTK. DR. Jeffery Kitingan...mereka masing2 ingin memperkenalkan parti kepada masyarakat di Sabah dan masing2 ingin mendapat penyokong dari akar umbi..

Seperti juga SAPP..parti ini diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa..seorang pemimpin yang berjiwa Rakyat..dan dia adalah pemimpin Idola saya..dia cukup bersederhana tapi banyak khabar2 angin yang cuba untuk menjatuhkan kempimpinan beliau sebagai Presiden Parti SAPP..pun begitu beliau kekal tenang dan menghadapi segala tomahan itu dengan hati yang tenang tanpa menyimpan rasa dendam dan benci.

Pemimpin yang dikehendaki rakyat ialah pemimpin yang sentiasa berada disisi rakyat bila rakyat memerlukan perhatian..terutama sekali didalam menanggani permasalaan rakyat  dalam hal2 seperti kekurangan air, tiada eletrik dan masalah jalanraya yang terlalu usang dan sukar untuk dilalui walaupun dengan pacuan 4 roda..sepatutnyalah permasalaan seperti ini yang harus didahulukan..buka berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit yang menelan belanja berjuta - juta.

kalau boleh tanganilah masalah rakyat luar bandar yang inginkan pembangunan terutama sekali pada mereka yang tinggal jauh dipendalaman..mengapa untuk membena tempat peranginan diatas bukit atau gunung kerajaan boleh iktiarkan..tapi untuk memberikan keselesaan penduduk Luar bandar mereka tidak dapat menyelesaikan nya..sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai..

Siapa saja yang akan menerajui kepimpinan Negara satu masa nanti lepas PRU13, harapan tinggi dari rakyat ialah memberikan kemudahan pada mereka yang sangat2 memerlukan..terutama sekali penduduk yang jauh dipendalaman..mereka juga ingin kan pembangunan..ingin menikmati kehidupan yang baik..itu lah harapan daripada rakyat dipendalaman..

Saturday 28 July 2012

Birthday Horry 27.07.2012 disekolah bersama kawan2 sekelas..



Pada 27.07.2007 lahir lah seorang insan yang comel dan diberi nama Hozyoena Ellysca Hormon dan nama panggilan Horry...dan pada 27.07.2012 yang lalu, Horry menyambut ulang tahunnya yang ke 5 Tahun..





Thursday 26 July 2012

Begini lah kehidupan.....

Hari ini sepatutnya saya attend meeting dan traning di HQ Luyang..tapi masalah timbul, terpaksalah saya cancelled for the last mnts..terkadang masalah tu datang tanpa di duga..kita hanya merancang..tapi segalanya di tentukan oleh yang maha Esa...

Begitulah adat resam dunia, terkadang apa yang kita inginkan akan menjadi kenyataan tapi terkadang akan kecundang dan diri sendiri akan merasa kecewa..tapi sebagai manusia biasa, kita harus belajar untuk menerima segala ketentuan yang telah ditulis untuk kita..tapi harus berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup..

Setiap kita banyak kelemahan, tapi jangan biarkan kelemahan itu menguasai diri kita sehingga sukar untuk membina kehidupan sendiri...belajarlah dari kesilapan sendiri..agar hidup akan lebih sempurna dan akan selalu berhati - hati didalam segala hal yang di hadapi dalam hidup.

Tuesday 24 July 2012

Belajarlah untuk bersyukur...

Awal pagi sudah hujan...tapi sekarang mentari sudah menampakkan bayangnya...syukurlah..kerana ini semua adalah anugerah Tuhan..hanya manusia yang tidak pandai bersyukur atas apa yang Tuhan turun kan pada mereka...bila saja hujan berlarutan..maka manusia akan mula mengomel..marah..kerana hujan dan kain basahan tidak kering..tapi bila matahari begitu terik..manusia juga akan mengeluh kerana terlalu panas...huhuhu begitu lah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi..

Terkadang tamak menguasi diri, tidak pernah bersyukur..bila dapat rezeki sikit..mula tidak puas hati..berbagai tanggapan akan bermain dikepala..tapi tau kah kita bahawa segala sesuatu itu tidak akan datang bergolek jika kita tidak mencarinya...minta agar Tuhan memberkati setiap perjalanan hidup kita agar dia permudahkan rezeki kita setiap hari..Kunci utama dalam mencapai sesuatu kejayaan ialah "RAJIN BERUSAHA", jikahanya memohon pada Tuhan tapi tidak berganjak dari tempat duduk...tiada usaha yang gigih, maka permintaan anda akan sia2...mengharap rezeki datang bergolek itu adalah satu perkara mustahil..

Bergembiralah dengan kehidupan kita, kerana dalam kehidupan manusia, tiada istilah meskin sebenarnya..selagi anda hidup dalam kecukupan dan sentiasa cuba untuk berusaha memperbaiki tahap ekonomi keluarga, maka selagi itu anda boleh meneruskan kehidupan walaupun bukan dalam keadaan bermewah mewah...

Bersyukurlah pada mereka yang hidup mewah...tapi dalam menjalani kehidupan yang mewah..jangan lah bermegah, jangan memandang orang yang kurang berkemampuan dengan hidung..tapi pandanglah dengan mata..kesombongan seseorang hanya akan membawa padah..kerana orang sombong biasanya tidak akan mempunyai kawan yang ramai..

Sekian dulu untuk kali ini....coretan ini hanya untuk renungan bersama...

AddThis Chrome Extension

AddThis Chrome Extension

Cheap Web Hosting 3X

Cheap Web Hosting 3X

Monday 23 July 2012

risik2 politik kedai kopi..

Cerita politik kedai kopi diSabah sekarang ini semakin hangat..apalagi sekarang ini dua nama besar dalam arena plotik di Sabah yang juga merupakan ada pertalian darah dijangkah akan berentap untuk mendapat sokongan rakyat di kawasan yang di menangi oleh abangnya pada PRU 12 pada tahun 2008.

Nampaknya benarlah bagai dikata, parti pembangkang di Sabah semakin mantap dan telah bersedia bila2 masa untuk menentang parti Kerajaan dengan dengan bantuan parti2 pembangkang yang lain...Andai kata parti yang sedia ada sekarang akan mengalami nasib malang..zaman kegemilangan semakin pudar..walau dengan cara apa sekali pun mereka lakukan untuk memenangi hati rakyat..pasti akan tumbang jua jika nasib tidak menyebelahi mereka..
Politik sebenarnya seperti perjudian...semuanya bergantung pada nasib..jika sekiranya nasib menyebelahi kita..maka cerahlah masa depan..tapi kalau memang nasib membelakangi kita..malanglah jadinya..

Apalagi, rakyat sekarang ini sudah semakin pintar berfikir..mereka sudah tau menilai mana yang betul dan mana yang tidak...mana yang boleh membawa kebaikan dan mana yang akan menjahanamkan kehidupan mereka..isu2 yang sangat menakutkan di Sabah hangat diperkatakan...kesian pada generasi yang akan datang jika tanah yang mereka duduki sekarang akan menjadi milik orang lain...

Nampaknya saya sudah bercoloteh banyak..saya chau duluuuuuuuuu..

Selamat berpuasa...

Nampaknya aku sangat2 berusaha untuk maintain berat badan..tak boleh makan terlalu gelojoh..nanti berat badan bisa naik mendadak...Jadi dalam bulan puasa ini aku ikut2an untuk berpuasa..mana tau berat badan berkurang pula..

Saya bukan lah nak kurus sangat..takut kurus sangat macam orang yang tidak cukup makan ja...tapi cukup untuk mengelakkan penyakit2 kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan kidney..semua penyakit ini akan datang serentak kalau ianya tidak dikawal dengan baik..mungkin salah satu daripada sebab mengapa menghidap penyakit ini adalah kerana sikap individu sendiri..yang suka sangat makan dan selalu melengah-lengahkan masa untuk berdiet..berdiet bukan untuk sexy tapi untuk kesihatan...

kepada kawan2 saya yang menjalankan ibadah puasa..selamat berpuasa daripada saya..semoga puasa anda tidak terhalang oleh nafsu sendiri..semoga berjaya berpuasa sampai menjelangnya Hari Raya...Saya percaya sudah banyak yang buat persediaan untuk menghadapi hari raya yang mendatang ini..kerana persediaan awal lebih baik daripada membuat persediaan saat akhir..saya lebih suka kueh tradisi..dan mungkin akan menempah kueh cincin dan kueh sapit untuk dimakan dipagi raya..hehehehe mesti ada yang tertanya-tanya mengapa saya harus buat persediaan untuk hari raya...sebenarnya ramai keluarga saya yang beragama islam..dan salah seorang anak saya juga convert to muslim..dan mungkin yang 2nd perempuan pun akan menyusul..so tidak salah jika saya sediakan kueh raya tuk mereka..yang lain akan mereka sediakan...



                                                                  ini dia kueh sapit
                                         ini pula kueh cincin (sabah panggil kueh ginorowong)

Sunday 22 July 2012

keujudan hantu...(akhir cerita)

Petang tadi saya bertemu lagi Ibu kepada JJ dan cuba bertanya keadaan JJ sekarang..Ibu JJ menggatakan bahawa JJ kini beransur pulih dan sudah boleh kesekolah lagi..tapi ayah JJ terpaksa menghantar JJ sampai ke ujung jalan takut lembaga perempuan itu akan kelihatan lagi menganggu anaknya ketika bersendirian..

Cerita hantu itu belum berakhir sebenarnya...adik saya yang tinggal berjiran dengan keluarga JJ tadi sering melihat kanak2 itu bermain seorang diri tapi kelihatannya dia bercakap dengan seseorang..ibunya sendiri juga pernah menyaksikan sikap JJ seperti itu.Setelah kejadian JJ demam hari itu..ibunya memaksa dia untuk berterus terang dan akhirnya JJ menceritakan keseluruhan cerita mengenai lembaga perempuan tadi.

Dia menggatakan, terkadang bila mereka bermain dirumah..lembaga itu menjelmah menjadi salah seorang daripada mereka..iaitu seorang kanak2 yang menyerupai sepupuh mereka..tapi bila ditenung betul2..ianya seorang lembaga perempuan yang selalu menganggu JJ..

JJ juga menggatakan pada ibunya..lembaga itu terkadang mengetuk pintu dan memanggil nama JJ supaya JJ membuka pintu untuknya..namun JJ tidak berbuat demekian..dia cuba membangunkan bapanya..tapi bapanya tidak tergerak langsung. Pada suatu ketika JJ menyaksikan satu lembaga perempuan tidur dibawah kaki bapanya..dia berpikiran bahawa lembaga itu adalah ibunya...tapi bila dia melihat ibunya tidur nyenyak didepan pintu rumahnya...dia jadi ingin tahu dan alangkah terkejutnya dia..orang yang tidur di bawah kaki bapanya itu adalah lembaga perempuan tadi..

Diakhir cerita...ibu JJ hanya berharap supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi..kerana profser ugama sudah memagar rumah mereka...saya tidak tahu memagar dengan menggunakan apa...kerana saya tidak arif dengan benda2 seperti ini...

Sekian...jangan terlalu percaya pada benda2 duniawi...kerana ini akan membuat syaitan ketawa kemenangan...

Friday 20 July 2012

Percaya kah anda ujudnya Hantu dalam dunia moden ini...

Cerita ini saya ingin kongsikan bersama dengan anda..percaya atau tidak terpulang, kerana ianya berlaku ditempat saya dan yang berkaitan dengan keluarga saya..

Cerita ini bermula dengan lolongan anjing yang berpanjangan..pada mulanya adik saya tidak pernah menghiraukan perkara itu..dia menganggap lolongan anjing yang hampir setiap malam kedengaran itu adalah lolongan biasa...tapi sangkaan adik saya meleset sama sekali bila saja salah seorang anaknya melihat kelibat satu susuk tubuh yang kelihatannya seperti seorang perempuan melayu yang memakai baju kebaya hitam...pada mulanya adik saya tidak mempercayai dengan apa yang diceritakan oleh anak perempuannya, sehinggalah jiran yang menyewa tanah milik saya memberitahu adik saya bahawa anak lelakinya yang dipanggil JJ melihat seorang perempuan berdiri dibawah pokok nangka dihadapan rumah mereka...

Budak itu menggatakan bahawa kadang2 wanita itu berwajah sangat cantik dan kadang2 sebelah kelihatan kulit muka sudah terkopek dan sebelah masih cantik..pada masa2 tertentu perempuan itu bertukar wajah dengan keadaan muka yang sangat hodoh..

Sehingga pada suatu ketika dipagi hari Jumaat..perempuan itu muncul dan menghalang c anak (JJ) pergi sekolah...perempuan itu berkata"buat apa ko p sekolah..baik ko p bongkar tu kubur disana belakang rumah kamu...lepas tu tengkorak ko hempas dan buang p sungai"bila kanak2 itu engan mengikuti arahan perempuan itu..dia bertukar wajah sangat Hodoh..membuat anak itu sakit untuk beberapa waktu..bila ibu dan ayahnya membawa anak itu berjumpa dengan guru ugama..disembahyangkan untuk mengusir kuasa jahat..baru lah anak itu sihat sampai sekarang..kejadian ini berlaku awal bulan July 2012...

Terkadang terlalu sukar untuk mempercayai keujudan mahluk2 halus seperti ini..tapi ini lah kenyataannya...apakah perkara seperti ini akan berulang nanti...saya sendiri pun tidak pasti..kerana mengikut profeser ugama itu..memang benda ni ujud dan mungkin akan kembali bila2 masa...

Luahan hati seorang wanita..

hai semua..nampaknya aku sudah lama tak pat..pot..pat...pot kat blog aku ni..bukan tak ada idea tapi aku tengah busy online kat pon jerr..so tak ada masa nak update blog..

Pagi ini aku ingin berkongsi perasaan ku pada kalian...satu perasaan yang terlalu sukar ku bendung..ingin sekali ku luah kan pada seseorang..namun pada siapa, kawan baik ku AB berada jauh dikampung..dia tengah bercuti , so tak adalah tempat aku meluahkan kesedihan dihati..

Dalam beberapa hari ini hati ku sayu sangat, apalagi bila aku bermimpi macam2 tentang my hubby...sebenarnya hubungan ku dengan dia baik saja..tidak ada pergaduhan..cuma kami tidak tinggal sebumbung...dia kadang2 datang kerumah untuk menjengkuk cucu yang agak rapat dengan dia..Aku dengan dia tidak banyak bercakap..bila bercakap pasti ada saja yang tidak ngam..maknanya diantara kami tidak ada keserasian..dari dulu sehinggalah sekarang, namun aku tetap bertahan demi anak2..namun dalam beberapa tahun ini hubungan ku dengan dia agak teruk membuatkan kami berpisah kasih....

Dan kini dia berpindah kerumah ibunya..kerana ibunya sakit dan perlu penjagaan. Apa yang aku ingin kongsikan pada anda semua ialah..tidak seorang pun wanita yang bergelar isteri tidak menyayangi suaminya setelah sekian lama hidup bersama..seperti juga aku..jauh disudut hati ku, aku sememangnya menyayangi dia...tapi disebabkan keegoaan dia aku jadi sangat jengkel dengan sikap dia...namun bila berjauhan begini..aku sering tertanya-tanya..apakah dia sihat ...terkadang rindu bertandang dalam hati..namun aku juga seorang wanita yang keras kepala di juga mungkin lebih tepat dipanggil ego...

Sehingga pada suatu ketika aku terhidu asap rokok dikamar tidur ku...sedangkan tiada siapa2 yang merokok dalam rumah ku selain dia suami ku...aku jadi sangat sedih..takut terjadi apa2 dengan dia..aku ingin menghubungi dia..namun no pon baru milik dia tiada tersimpan dalam pon baru ku pula...Aku jadi sangat rindu pada dia..sehinggakan aku menanggis seorang diri...

Aku hanya berharap agar dia akan kerumah pada esok hari..dan sememangnya firasat ku memang tepat sekali..keesokan hari dia datang kerumah dengan keadaan yang sangat lemah..mungkin dia menahan sakit...tapi yang menghairankan dia hanya datang dan memangku cucunya..dan duduk tanpa banyak cakap..seperti biasa dia memang suka sangat membaca newspaper...selepas itu tanpa pamit dia menaiki motornya dan berlalu pergi...Anda ingin tahu perasaan ku ketika itu..satu perasaan yang selama ini tidak pernah aku alami selama kami tidak tinggal sebumbung..perasaan yang sangat sedih..ingin sekali aku menahan dia untuk duduk lebih lama..bercerita..namun aku tidak berupaya untuk mengeluarkan kata-kata...

Aku hanya melihat dia berlalu pergi dengan satu perasaan yang sangat sayu..seolah-olah dia pergi tidak kembali dan aku akan kehilangan dia untuk selamanya...hati ku benar2 sedih ketika itu..inilah kali pertama aku mempunyai perasaan sedih seperti ini...walaupun kami tidak lagi tinggal sebumbung..namun aku masih sayang pada dia sebagai kawan dan ayah kepada anak2 ku..

Aku telah meluahkan segala apa yang terbuku dihati ini kepada anak perempuan ku yang berada jauh daripada ku..iaitu anak perempuan yang no. 2...juga kepada anak menantu perempuan ku yang juga jauh daripada ku..mereka lah tempat aku meluahkan segala kesedihan ini...

Kelmarin dia datang lagi kerumah..namun seperti biasa, dia tidak banyak cerita dan nampaknya dia sangat2 sedang dalam kesakitan...ada aku suarakan supaya dia pergi berjumpa doktor..tapi dia ni memang degil...tidak pernah mahu mendengar nasihat ku...Aku hanya berharap agar anak lelakiku akan dapat memujuk dia dan dia bersedia untuk berjumpa dengan doktor pakar...

Sekian...

Monday 16 July 2012

Renungan bersama petang ini..

Jangan mencari kesempurnaan..kerana yang sempurna itu belum tahu sempurna sepenuhnya...kerana setiap manusia yang dilahirkan didunia ini tidak ada yang terlalu sempurna..mereka yang dilihat sempurna itu pasti terlalu banyak kelemahannya..

Cari lah keserasian..kerana perhubungan pasti akan berkekalan walau tiada kesempurnaan sepenuhnya..yang penting kita saling mengerti dan saling rasa selesa diantara satu sama lain...hidup dengan pasangan yang merasakan dirinya sempurna tapi tidak ada keserasian..adalah hidup bagaikan ayam dengan itik..selalunya pasangan seperti ini akan berakhir dengan perpisahan dengan alasan tiada keserasian.

Oleh itu mencari pasangan carilah seseorang yang boleh menjadi kawan & suami pada masa yang sama...kerana seorang lelaki yang dijadikan suami tapi tidak dapat menjadi kawan atau pun teman untuk bercerita....tidak dapat menjadi suami yang baik...lelaki seperti ini hanya akan pentingkan diri sendiri...

Tetapi bila saja kamu mendapati seorang lelaki yang bergelar suami bersedia menjadi teman kamu dan mahu mendengar cerita dan permasalaan kamu..itu lah suami kerana ada keserasian dalam perhubungan...

Betul ke tidak..kena tepuk dada tanya lah diri sendiri...

Saturday 14 July 2012

14 July 2012


My little Horry pula telah memberikan saya sebiji cek...dan card ucapan...


Ini adalah hari keramat bagi saya..kerana pada hari ini umur saya bertambah...dan segala-galanya akan bermula pada hari ini..semakin umur bertambah..semakin banyak yang harus difikirkan.

Saya juga sangat2 berterima kasih dengan kawan2 saya diFB kerana memberikan ucapan hari jadi yang tidak putus2..ramai sangat yang telah menghantar ucapan..hanya ucapan terimakasih yang saya rakamkan untuk membalas kebaikan mereka..semoga apa yang saya idamkan pada tahun ini akan tercapai...mudah2an...

Satu yang saya tunggu2 belum sampai lagi..tu pejabat pos laju sungguh menjengkelkan..nama ja pos laju tapi lambat buat penghantaran..hehehehe..apa2 pun saya mengucapkan jutaan terimakasih pada AB..kerana menghantar hadiah yang termahal buat saya...AB adalah yang terbaik..






Thursday 12 July 2012

Tamu Menggatal..

pagi tadi...selepas menghantar anak saya pergi kerja dan menghantar Hory pergi sekolah..saya singgah di Hory carwash...tak sangka pula pada hari ini adalah tamu minggu di Pekan Menggatal..

Berlainan dengan tamu2 mingu yang lalu..hari ini agak sibuk..besar kemungkinan semua penduduk dibeberapa kawasan yang berdekatan turun ke Pekan Menggatal untuk bershoppink...kelihatan juga para pegawai penguatkuasa berdiri dimana-mana untuk menjalankan tanggung jawab mengawasi sesiapa yang mempunyai tabiah suka membuang sampah merata-rata tempat.

Dalam kesibukan membeli belah saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan kita bersama.
                                           Kesibukan diTamu Minggu Pekan Menggatal
                                   Menjual barangan yang berupa keperluan wanita dan lelaki
                                                       Ikan dan udang yang dijual adalah fresh
                             Ini pula dipanggil sikutan or Basung dalam bahasa pasar sabah
                                                           Sudut menjual tembakau
                   Sudut menjual barang2 yang diperbuat daripada stainless steel & emas korea
                                       Ini ada sudut untuk menjual produk sabah iaitu parang

Cinta sama jenis..

Wanita adalah kaum hawa yang banyak kekurangan...meskipun mereka berjaya dalam bidang akdemik tapi mereka sebenarnya banyak kekurangan dan kelemahan didalam diri yang tidak pernah diperlihatkan oleh kaum adam..kerana kaum adam biasanya akan memperleceh kelemahan kaum hawa ini.

Tapi dengan kekurangan dan kelemahan yang ada pada kaum hawa..kaum adam sepatutnya memberikan perlindungan yang sepatutnya..kerana sememangnya kaum adam dicipta untuk menjadi pelindung dan menjaga kaum hawa.

Tapi apa yang terjadi pada dunia sekarang...banyak perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku...terjadi dimana=mana..seperti perhubungan sesama jenis yang semakin menural dikalangan remaja ketika ini.

Pagi tadi mata saya tertumpu pada pasangan kekasih yang baru turun dari rumah kedai...sekali imbas anda pasti akan menyangka yang seorang itu adalah lelaki tulin kerana perwatakan yang ditonjolkan adalah seperti lelaki..namun bila diamati sekali lagi..memang sah..dia seorang perempuan yang berpawatakan TOM BOY...dia berbadan gempal dan penampilannya betul2 seperti seorang Lelaki. gadis yang bersama dengan dia pula seorang yang berbadan kecil..agak kurus tapi tinggi..pada mulanya saya hanya berfikir mereka adalah adik beradik..tapi bila mereka berpelukan..dan berkucupan sesama sendiri..baru saya perasan yang mereka sah sebagai pasangan kekasih.

Perkara seperti ini bukanlah satu perkara yang baru..pada hari Rabu petang..saya balik dari Wisma merdeka dengan menaiki Bas mini..kerana pada saya lebih baik menggunakan kenderaan awam dari driving sendiri...almaklum aja lah keadaan lalu lintas akan jem pada sebelah petang kerana semua pekerja pejabat berlumba-lumba mahu pulang cepat..

Dalam bas saya dijeling oleh seorang yang kelihatannya seperti gadis cantik yang bergaya...bila dilihat dari cara dia berpakaian..dia memang seorang perempuan..tapi bila saya mendengar suaranya aduiiii..garau seperti lelaki...dan sekali lagi saya mengamati susuk tubuh badan dia dan memang sah dia seorang lelaki..mungkin dia mengambil hormon untuk membentuk buah dadanya..sehingga terbentuk dengan cantik dan dia juga menggunakan bra. Lelaki yang bersama dengan dia kelihatannya seorang yang segak dan sungguh menghairankan mengapa dia boleh terjebak dalam cinta sama jenis.

Begitulah cerita kehidupan dunia yang semakin moden ini..kalau pihak kerajaan boleh memberikan keizinan bagi mereka untuk berkahwin..tentu ramai yang akan merasa gembira kerana ada ramai diantara mereka yang menggamalkan kehidupan seperti itu....

Kita tidak boleh mempersalahkan mereka..sebenarnya mereka juga tidak ingin dilahirkan seperti itu..tapi itu lah kejadian alam..

Aktiviti ku hari ini

Pagi tadi saya keluar rumah bersama dengan anak perempuan , menghantar Hory ke sekolah..selepas itu kami menuju ke Pekan Inanam untuk bersarapan pagi. begitulah kebiasaan kami bila saja anak perempuan saya shif petang atau shif malam...kami biasanya tidak masak dirumah..

Selepas selesai bersarapan, kami kembali ke Pekan Menggatal, disana berlangsung satu program Hari Bersama Masyarakat anjuran DBKK..saya mengambil kesempatan mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan dalam blog aku ni.

Apa yang saya dapat tahu kempen itu adalah kempan untuk memperkenalkan kepada masyarakat bagaimana untuk menjadi masyarakat yang bertanggung jawab dengan tidak menjadi kutu sampah. Sesetengah masyarakat tidak memperdulikan kepentingan kebersihan pekan mahupun bandar..mereka dengan senaja membuang sampah tanpa ada rasa bersalah. 

Sekarang, bila Mayor DBKK memperkenalkan konsep kebersihan bandaraya...sesiapa yang didapati membuang sampah merata-rata akan didenda RM500.00. Saya sangat bersetuju dengan saranan yang telah dibuat oleh Mayor DBKK ini, supaya bandar dan pekan akan sentiasa kelihatan bersih.


                                       mayor DBKK bersalaman dengan masyarakat setempat

Monday 9 July 2012

Love never die

A man in Thailand Married a dead girlfriend to fulfill his promise of love.
29-year old Sarinya Kamsook and her 28-year-old boyfriend, Chadil Deffy, were to be married this year. Sarinya Kamsook unfortunately died in a car crash, just day before the big event, Deffy decided to go on with their wedding as planned and married her.

Sarinya was involved in a car crash, leaving her severely injured. She still could have been saved with timely medical attention. However, the doctors made her wait for 6 hours due to an overcrowded ICU instead of transferring her to another hospital. During this time, she succumbed to her injuries and passed away.

During her funeral in Surin, Thailand, Chadil Duffy placed a ring on his deceased bride’s finger. It thus turned out a wedding/funeral ceremony, one of the rare events in the world....



Know that love is very beautiful .. for those who appreciate the love .. love will never fade even reach to the end of life .

July datang lagi..

Kini July datang lagi..mengamit memory indah yang pernah kualami didalam bulan ini...dan pada 2012...july membawa aku kembali mengimbas kembali kenangan2 suka dan duka di bulan Julai...

Namun kenangan itu sudah lama berkubur dalam memori kehidupan ku...yang masih segar dalam ingatan ialah July 2011...dimana dalam bulan July aku dipertemukan dengan dia..AB...sehingga sekarang AB masih menjadi sahabat yang terbaik buat aku...

Tapi July juga membuat usia ku semakin meningkat...usia semakin meningkat tahun demi tahun...aku tidak pernah memikirkan tentang usia ku..yang aku fikirkan adalah kesihatan diri ku..bagaimana nak kekal awet muda...huhuhu...setiap wanita mesti takut melihat kedutan yang semakin ketara dibawah mata..atau d leher...atau badan semakin lemah dan kulit2 semakin tidak pejal...

Dalam dunia yang semakin moden ini..banyak produk kecantikan yang berada dipasaran..yang penting kita kena menjadi pengguna tegar..jangan suka berpindah pada satu produk ke satu produk..kerana ini hanya membuat pertukaran hormon dibandan tidak konsisten..membuatkan kita merasa kecewa kerana tidak ada perubahan pada diri walaupun menggamalkan produk kecantikan dan kesihatan yang berjenama dan mahal...

Pengambilan produk kecantikan atau pun kesihatan yang konsisten dalam jenama yang satu..akan mendapat hasil yang baik...jadi saya nasihatkan pada anda yang gemar mengambil produk kecantikan yang bertukar ganti...kekalkan penggunaan satu produk saja..kecuali anda mendapati produk itu memberikan kesan sampingan yang teruk pada diri anda...barulah dihindarkan dan mencuba produk lain...

Hati2 dengan pengambilan produk kecantikan kerana ada yang tidak melalui proses pembuatan yang betul..menggunakan kimia beracun yang ditegah oleh kerajaan..lebih baik menggamalkan produk yang dibuat dari Malaysia sendiri kerana ia sangat bersesuaian dengan iklim dinegara kita...

gua chau dulu...

Saturday 7 July 2012

Pertemuan 3 rakan FB..(07.07.2012)

 Pada mulanya kami hanya berbual-bual di FB dan akhirnya merancang untuk bertemu dicoffee shop ini....
ini adalah 2 orang rakan FB yang agak rapat dengan saya...pertemuan ini adalah pertemuan yang membuahkan satu ikatan persahabatan yang erat...meskipun mereka belum lagi dalam kategori sahabat baik..namun mereka sangat peramah..

Beginilah kehidupan...

Pagi kelmarin..kira2 jam 11.00 am..semasa saya menunggu kawan sampai untuk sama2 pergi ke Tuaran berjumpa dengan seorang kawan lagi...mata saya tertumpu pada seorang warga emas yang menjual hasil tanamannya sendiri, iaitu buah nenas..apa yang menjadi perhatian saya ialah, dia menjual buah nenas itu dengan harga yang sangat mahal...dan tidak mahu memberi discount walau sepuluh sen sekali pun..Dalam hati saya berkata..orang tua ni memang seorang yang Bakhil...banyak yang datang bertanyakan harga bila mereka mengetahui harga sebiji nenas yang bersaiz kecil mencacah RM2.50-3.00 mereka berlalu sambil mengemol..huhuhu!! mahalnya!!!

Friday 6 July 2012

I want...

someone who will love me for me..
faults and all...
Someone who can't fall asleep
without being is last call..
Someone who wants to be my last
goodnight and my first hello...
Someone who will hold my hand ..
And not let go..
Someone who means it when he..
Says i will leave u never..
Someone who looks into my eyes..
And sees his forever...

Sahabat...

Sepi  bukan bererti Hilang..
Diam bukan bererti Lupa..
Jauh bukan bererti Putus..
kerana diantara kita..
Ada satu ikatan yang istemewa..
Ikatan yang tidak mudah dilupakan..
Iaitu  "PERSAHABATAN"

Sahabat ku...
Kiranya engkau keseorangan..
Aku menjadi bayang2 mu...
Kiranya engkau ingin menanggis..
Aku bersedia memberikan bahu ku ..
Menanggis lah sepuas hati mu..
Aku akan memberikan kamu..
Satu pelukan yang sangat hangat..
Agar kau tau ...
Aku mendambakan kamu..
Menyayangi kamu...kerana kamu adalah sahabat ku...

Love is the source of sharing

Love is ..
Giving and taking in a daily situation..
being patient with each other's needs and desires..

I love u for that certain smile..
that cheers me up when i'm  blue
I love u for ur tenderness
That warms me through and through

I love u for ur kindness..
And for ur understanding heart
The one that somehow always says
"I LOVE U VERY MUCH"

Thursday 5 July 2012

cerita kehidupan..

Pagi tadi...masa saya menghantar Hory ke sekolah..berhenti disebuah gerai menjual makanan..kuih muih...hory berkata.."Nek tu kawan saya"...saaya biarkan saja tanpa memberi jawaban...kerana saya mahu cepat ..jam sudah menunjukkan 7.45 pagi..

Sekali lagi Hory berkata"nek..cian kan kawan saya..bapa dia hantar pakai tu ja"..dalam hati apa yang dimaksudkan Hory tu...sekali pandang ditepi jalan..sibapa menghantar anaknya dengan mengayuh basikal...hati saya sangat tersentuh..begitu besar kasih seorang ayah terhadap anaknya..tapi mampukah sianak membalas kebaikan ayahnya bila dia sudah besar nanti..

Terkadang anak2 sekarang tidak pernah mengenal erti kesusahan yang sebenar..mereka hanya tahu meminta itu dan ini..tanpa ada belas kasihan pada kedua orang tua yang berhempas pulas untuk mencari wang demi membesarkan anak2..

Beruntunglah Hory kerana hidup dengan limpahan kesenangan..kedua orang tua punya pekerjaan yang baik...namun begitu sebagai seorang nenek..saya tidak pernah mengajar Hory hidup dalam kesenangan..saya sentiasa menerapkan kehidupan yang sederhana pada dia...dan yang paling penting menerapkan sikap pemurah...dan bersyukur..

Luahkan suara hati mu...

Kiranya anda ditakdirkan untuk menyintai seseorang secara diam..jangan biarkan perasaan anda itu terpendam tanpa meluahkan pada sidia..keran meluahkan itu bukan lah satu kesalahan..walau nanti anda akan menerima maklum balas yang sangat memedihkan...sekurang-kurangnya..bebanan perasaan yang anda tanggung selama ini akan terlerai dan berhenti untuk mengharap..

Kiranya cinta anda ditolak..janganlah anda membenci sidia..kerana ini akan menambah luka dihati..membenci bukan satu jalan terbaik...untuk melupakan kelukaan dihati..kalau boleh dekatkan diri pada dia..dan cubalah bersahabat..mana tau suatu ketika hatinya terpikat dengan keiklasan yang engkau tunjukkan pada nya...

Bila saja dia mula menerima kamu ...jangan berikan dia pengharapan kiranya kamu tidak menyintai dia sepenuh hati..kerana ini akan memberikan kesan yang buruk pada dia..dia akan rasa dipermainkan...mempermainkan perasaan seseorang itu bukan lah perbuatan yang mulia..suatu ketika anda juga pasti akan menerima balasan..dan mungkin lebih sakit dari apa yang dia alami...

Justru itu...cintailah seseorang itu dengan penuh keiklasan....kerana percintaan yang diwarnai dengan keiklasan akan membuahkan hasil yang baik...

Wednesday 4 July 2012

Dia Sahabat ku...

Sudah bertahun aku mengenali dia...mula2 kami hanyalah sahabat biasa..tanpa ada melibatkan rasa hati...atau pun perasaan..namun setelah sekian lama berkenalan dengan dia..hati mula rasa rindu..dan akhirnya terlalu takut kehilangan dia..

Namun aku dan dia tidak dapat bersama..dia milik orang...aku juga milik orang..cinta terlarang ini terlalu sukar untuk diteruskan..takut nanti menimbulkan rasa sakit dihati..namun..mampu kah aku meneruskan perhubungan ini?terkadang aku sangat tersiksa dengan perasaan ini..merindui dia setiap masa...

Aku tidak mampu berterus terang...aku tidak mampu untuk meminta perhatian lebih dari dia...kerana dia juga punya tanggung jawab yang berat pada keluarga dan juga tugas dipejabat...ekoran dari memendam perasaan..timbul rasa curiga dihati..bermacam-macam persoalan yang bermain difikiran...namun itu hanyalah satu perasaan yang normal...persoalan ini sering aku ajukan pada dia...dan dia juga mengerti perasaan ini adalah normal bagi seorang wanita yang menyayangi seseorang yang dianggapnya kawan..tapi mesra..

Aku sebenarnya tidak pernah berperasaan seperti ini..aku jenis wanita yang happy go lucky..bila saja berkenalan dengan seseorang..perkenalan dan persahabatan hanya akan bertahan selama beberapa bulan..dan bila aku mendapati dia tidak sesuai dengan jiwa ku..aku pasti pergi tanpa pamit..kerana bagi ku..berkawan dengan orang yang tidak serasi dengan jiwa kita adalah sesuatu yang sangat menyeksakan..

Didalam persahabatan..saling mengerti dan saling percaya mempercayai adalah satu perkara yang harus berada dalam diri kita..kerana tanpa kepercayaan maka persahabatan akan punah dengan berlakunya perpisahan yang tidak diketahui punca sebenar..yang nyata persahabatan berakhir kerana timbul rasa tidak puas hati dan rasa curiga..

Kalau boleh aku ingin persahabatan ini berkekalan hingga keujung nyawa..walaupun aku dan dia akan kekal sebagai sahabat..itu sudah memadai...aku tidak pernah memintah lebih..cukup dengan adanya pengertian dan perhatian...maka persahabatan akan kekal selamanya..

Syg itu dimana???

GINJAL tanya JANTUNG.. "syg di mana ?" JANTUNG jawab "tak tahu.." JANTUNG pun tanya PARU-PARU "syg di mana ?" PARU-PARU cakap "tak tahu.." PARU-PARU tanya HATI lak "syg di mana ?" HATI pun jawab "syg di sini..." GINJAL, JANTUNG & PARU-PARU hairan... "Kenapa syg ada di hati ??" HATI jawab.. "Hati di pilih oleh Allah untuk memiliki syg.. Kerana syg, Hati rela Menangis, Hati rela Dilukai.. Dan kerana syg, Hati rela Berkorban." ♥♥♥ itulah HATI ku ♥ ♥ ♥

Monday 2 July 2012

Entri suka2..

Semalam saya minum petang di sebuah restoran yang dipunyai oleh seorang india...goreng pisang direstoran itu sedap..dan ramai pelanggan yang mengunjungi restoran itu hanya kerana mau menikmati minum petang dengan pisang goreng...

tiba2 mata saya tertumpu pada pasangan suami isteri yang dah agak berusia...mereka juga datang untuk menikmati pisang goreng..apa yang menarik perhatian saya ialah..pasangan itu duduk semeja tanpa mengeluarkan sepatah kata sekali pun..sisuami duduk dan terus mengambil buku dan mula membaca...saya mula berfikir...bagaimana si isteri dapat bertahan dengan perangai suami yang seolah tidak menyedari yang isterinya bersama dengan dia ketika itu...si isteri tidak mampu bersuara..masing2 dengan kerenah sendiri...


Jika sekiranya saya punya pasangan seperti itu..mungkin saya akan mengamuk..tidak dapat bertahan engan sikap berdiam diri..kerana saya seorang yang suka sangat bercerita...saya ingin sekali mengambil gambar pasangan tersebut..tapi saya dimarahi oleh anak perempuan saya..so saya ambil gambar restoran ja lah...

Mari bersenam

Kerana tidak dapat mengawal pemakanan..aku semakin mengemuk..aku rasa tiba masa untuk berdiet sebelum membesar seperti bayi sihat..hehehehehe
Jangan menyeksa diri dengan mengambil langkah untuk berdiet maut...maknanya menyeksa diri dari menahan lapar..kerana ingin kurus...kurus bukan bermakna sexy..kurus yang tak berisi tidak punya tarikan yang menyerlah...huhuhu

Smile to look young forever...

Smile makes everyone happy to be friends with us. We give a smile to all people...no matter who are they..because a smile is  a therapy that can make someone happy.. Simle can give a very good impact..where people will always  remember us just because a smile...so do not forget to give a smile to a new friend u meet...because smile is the reflects of our personality to the public eyes..whether we are arragont or a friendly.

We smiled when we were kids..to be beautiful when we grow up..and even when the beautiful is faded..we r still smiling...so keep smiling even though we r getting old..coz we will always look beautiful when we smile...