Thursday 5 July 2012

cerita kehidupan..

Pagi tadi...masa saya menghantar Hory ke sekolah..berhenti disebuah gerai menjual makanan..kuih muih...hory berkata.."Nek tu kawan saya"...saaya biarkan saja tanpa memberi jawaban...kerana saya mahu cepat ..jam sudah menunjukkan 7.45 pagi..

Sekali lagi Hory berkata"nek..cian kan kawan saya..bapa dia hantar pakai tu ja"..dalam hati apa yang dimaksudkan Hory tu...sekali pandang ditepi jalan..sibapa menghantar anaknya dengan mengayuh basikal...hati saya sangat tersentuh..begitu besar kasih seorang ayah terhadap anaknya..tapi mampukah sianak membalas kebaikan ayahnya bila dia sudah besar nanti..

Terkadang anak2 sekarang tidak pernah mengenal erti kesusahan yang sebenar..mereka hanya tahu meminta itu dan ini..tanpa ada belas kasihan pada kedua orang tua yang berhempas pulas untuk mencari wang demi membesarkan anak2..

Beruntunglah Hory kerana hidup dengan limpahan kesenangan..kedua orang tua punya pekerjaan yang baik...namun begitu sebagai seorang nenek..saya tidak pernah mengajar Hory hidup dalam kesenangan..saya sentiasa menerapkan kehidupan yang sederhana pada dia...dan yang paling penting menerapkan sikap pemurah...dan bersyukur..

No comments:

Post a Comment