Friday 20 July 2012

Luahan hati seorang wanita..

hai semua..nampaknya aku sudah lama tak pat..pot..pat...pot kat blog aku ni..bukan tak ada idea tapi aku tengah busy online kat pon jerr..so tak ada masa nak update blog..

Pagi ini aku ingin berkongsi perasaan ku pada kalian...satu perasaan yang terlalu sukar ku bendung..ingin sekali ku luah kan pada seseorang..namun pada siapa, kawan baik ku AB berada jauh dikampung..dia tengah bercuti , so tak adalah tempat aku meluahkan kesedihan dihati..

Dalam beberapa hari ini hati ku sayu sangat, apalagi bila aku bermimpi macam2 tentang my hubby...sebenarnya hubungan ku dengan dia baik saja..tidak ada pergaduhan..cuma kami tidak tinggal sebumbung...dia kadang2 datang kerumah untuk menjengkuk cucu yang agak rapat dengan dia..Aku dengan dia tidak banyak bercakap..bila bercakap pasti ada saja yang tidak ngam..maknanya diantara kami tidak ada keserasian..dari dulu sehinggalah sekarang, namun aku tetap bertahan demi anak2..namun dalam beberapa tahun ini hubungan ku dengan dia agak teruk membuatkan kami berpisah kasih....

Dan kini dia berpindah kerumah ibunya..kerana ibunya sakit dan perlu penjagaan. Apa yang aku ingin kongsikan pada anda semua ialah..tidak seorang pun wanita yang bergelar isteri tidak menyayangi suaminya setelah sekian lama hidup bersama..seperti juga aku..jauh disudut hati ku, aku sememangnya menyayangi dia...tapi disebabkan keegoaan dia aku jadi sangat jengkel dengan sikap dia...namun bila berjauhan begini..aku sering tertanya-tanya..apakah dia sihat ...terkadang rindu bertandang dalam hati..namun aku juga seorang wanita yang keras kepala di juga mungkin lebih tepat dipanggil ego...

Sehingga pada suatu ketika aku terhidu asap rokok dikamar tidur ku...sedangkan tiada siapa2 yang merokok dalam rumah ku selain dia suami ku...aku jadi sangat sedih..takut terjadi apa2 dengan dia..aku ingin menghubungi dia..namun no pon baru milik dia tiada tersimpan dalam pon baru ku pula...Aku jadi sangat rindu pada dia..sehinggakan aku menanggis seorang diri...

Aku hanya berharap agar dia akan kerumah pada esok hari..dan sememangnya firasat ku memang tepat sekali..keesokan hari dia datang kerumah dengan keadaan yang sangat lemah..mungkin dia menahan sakit...tapi yang menghairankan dia hanya datang dan memangku cucunya..dan duduk tanpa banyak cakap..seperti biasa dia memang suka sangat membaca newspaper...selepas itu tanpa pamit dia menaiki motornya dan berlalu pergi...Anda ingin tahu perasaan ku ketika itu..satu perasaan yang selama ini tidak pernah aku alami selama kami tidak tinggal sebumbung..perasaan yang sangat sedih..ingin sekali aku menahan dia untuk duduk lebih lama..bercerita..namun aku tidak berupaya untuk mengeluarkan kata-kata...

Aku hanya melihat dia berlalu pergi dengan satu perasaan yang sangat sayu..seolah-olah dia pergi tidak kembali dan aku akan kehilangan dia untuk selamanya...hati ku benar2 sedih ketika itu..inilah kali pertama aku mempunyai perasaan sedih seperti ini...walaupun kami tidak lagi tinggal sebumbung..namun aku masih sayang pada dia sebagai kawan dan ayah kepada anak2 ku..

Aku telah meluahkan segala apa yang terbuku dihati ini kepada anak perempuan ku yang berada jauh daripada ku..iaitu anak perempuan yang no. 2...juga kepada anak menantu perempuan ku yang juga jauh daripada ku..mereka lah tempat aku meluahkan segala kesedihan ini...

Kelmarin dia datang lagi kerumah..namun seperti biasa, dia tidak banyak cerita dan nampaknya dia sangat2 sedang dalam kesakitan...ada aku suarakan supaya dia pergi berjumpa doktor..tapi dia ni memang degil...tidak pernah mahu mendengar nasihat ku...Aku hanya berharap agar anak lelakiku akan dapat memujuk dia dan dia bersedia untuk berjumpa dengan doktor pakar...

Sekian...

No comments:

Post a Comment