Friday 20 July 2012

Percaya kah anda ujudnya Hantu dalam dunia moden ini...

Cerita ini saya ingin kongsikan bersama dengan anda..percaya atau tidak terpulang, kerana ianya berlaku ditempat saya dan yang berkaitan dengan keluarga saya..

Cerita ini bermula dengan lolongan anjing yang berpanjangan..pada mulanya adik saya tidak pernah menghiraukan perkara itu..dia menganggap lolongan anjing yang hampir setiap malam kedengaran itu adalah lolongan biasa...tapi sangkaan adik saya meleset sama sekali bila saja salah seorang anaknya melihat kelibat satu susuk tubuh yang kelihatannya seperti seorang perempuan melayu yang memakai baju kebaya hitam...pada mulanya adik saya tidak mempercayai dengan apa yang diceritakan oleh anak perempuannya, sehinggalah jiran yang menyewa tanah milik saya memberitahu adik saya bahawa anak lelakinya yang dipanggil JJ melihat seorang perempuan berdiri dibawah pokok nangka dihadapan rumah mereka...

Budak itu menggatakan bahawa kadang2 wanita itu berwajah sangat cantik dan kadang2 sebelah kelihatan kulit muka sudah terkopek dan sebelah masih cantik..pada masa2 tertentu perempuan itu bertukar wajah dengan keadaan muka yang sangat hodoh..

Sehingga pada suatu ketika dipagi hari Jumaat..perempuan itu muncul dan menghalang c anak (JJ) pergi sekolah...perempuan itu berkata"buat apa ko p sekolah..baik ko p bongkar tu kubur disana belakang rumah kamu...lepas tu tengkorak ko hempas dan buang p sungai"bila kanak2 itu engan mengikuti arahan perempuan itu..dia bertukar wajah sangat Hodoh..membuat anak itu sakit untuk beberapa waktu..bila ibu dan ayahnya membawa anak itu berjumpa dengan guru ugama..disembahyangkan untuk mengusir kuasa jahat..baru lah anak itu sihat sampai sekarang..kejadian ini berlaku awal bulan July 2012...

Terkadang terlalu sukar untuk mempercayai keujudan mahluk2 halus seperti ini..tapi ini lah kenyataannya...apakah perkara seperti ini akan berulang nanti...saya sendiri pun tidak pasti..kerana mengikut profeser ugama itu..memang benda ni ujud dan mungkin akan kembali bila2 masa...

No comments:

Post a Comment