Monday 2 July 2012

Entri suka2..

Semalam saya minum petang di sebuah restoran yang dipunyai oleh seorang india...goreng pisang direstoran itu sedap..dan ramai pelanggan yang mengunjungi restoran itu hanya kerana mau menikmati minum petang dengan pisang goreng...

tiba2 mata saya tertumpu pada pasangan suami isteri yang dah agak berusia...mereka juga datang untuk menikmati pisang goreng..apa yang menarik perhatian saya ialah..pasangan itu duduk semeja tanpa mengeluarkan sepatah kata sekali pun..sisuami duduk dan terus mengambil buku dan mula membaca...saya mula berfikir...bagaimana si isteri dapat bertahan dengan perangai suami yang seolah tidak menyedari yang isterinya bersama dengan dia ketika itu...si isteri tidak mampu bersuara..masing2 dengan kerenah sendiri...


Jika sekiranya saya punya pasangan seperti itu..mungkin saya akan mengamuk..tidak dapat bertahan engan sikap berdiam diri..kerana saya seorang yang suka sangat bercerita...saya ingin sekali mengambil gambar pasangan tersebut..tapi saya dimarahi oleh anak perempuan saya..so saya ambil gambar restoran ja lah...

No comments:

Post a Comment