Monday 30 July 2012

Tinjau2 dan dengar2...hehehehe

Nampaknya waktu begitu cepat berlalu...hari ini kita sudah berada di penghujung bulan Julai..dan besok kita akan berada diawal bulan merdeka..

Apa yang istemewa sangat dengan bulan merdeka ni?pertanyaan ini sering bermain di minda saya, kalau dulu, tiba saja bulan merdeka..semua orang akan mengibarkan bendera ..setiap rumah..setiap permis perniagaan dan setiap kenderaan..tapi kini hanya segelintir saja yang akan mengibarkan bendera di Sabah...mereka2 yang suka mengampu kerajaan saja yang akan mengibarkan bendera dan merupakan bukan penduduk asal Sabah.

Entah lah apa yang telah berlaku dengan kepercayaan rakyat Sabah terhadap kepimnpinan kerajaan yang sedia ada..parti baru timbul  seperti STAR yang diterajui oleh DTK. DR. Jeffery Kitingan...mereka masing2 ingin memperkenalkan parti kepada masyarakat di Sabah dan masing2 ingin mendapat penyokong dari akar umbi..

Seperti juga SAPP..parti ini diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa..seorang pemimpin yang berjiwa Rakyat..dan dia adalah pemimpin Idola saya..dia cukup bersederhana tapi banyak khabar2 angin yang cuba untuk menjatuhkan kempimpinan beliau sebagai Presiden Parti SAPP..pun begitu beliau kekal tenang dan menghadapi segala tomahan itu dengan hati yang tenang tanpa menyimpan rasa dendam dan benci.

Pemimpin yang dikehendaki rakyat ialah pemimpin yang sentiasa berada disisi rakyat bila rakyat memerlukan perhatian..terutama sekali didalam menanggani permasalaan rakyat  dalam hal2 seperti kekurangan air, tiada eletrik dan masalah jalanraya yang terlalu usang dan sukar untuk dilalui walaupun dengan pacuan 4 roda..sepatutnyalah permasalaan seperti ini yang harus didahulukan..buka berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit yang menelan belanja berjuta - juta.

kalau boleh tanganilah masalah rakyat luar bandar yang inginkan pembangunan terutama sekali pada mereka yang tinggal jauh dipendalaman..mengapa untuk membena tempat peranginan diatas bukit atau gunung kerajaan boleh iktiarkan..tapi untuk memberikan keselesaan penduduk Luar bandar mereka tidak dapat menyelesaikan nya..sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai..

Siapa saja yang akan menerajui kepimpinan Negara satu masa nanti lepas PRU13, harapan tinggi dari rakyat ialah memberikan kemudahan pada mereka yang sangat2 memerlukan..terutama sekali penduduk yang jauh dipendalaman..mereka juga ingin kan pembangunan..ingin menikmati kehidupan yang baik..itu lah harapan daripada rakyat dipendalaman..

No comments:

Post a Comment