Sunday 22 July 2012

keujudan hantu...(akhir cerita)

Petang tadi saya bertemu lagi Ibu kepada JJ dan cuba bertanya keadaan JJ sekarang..Ibu JJ menggatakan bahawa JJ kini beransur pulih dan sudah boleh kesekolah lagi..tapi ayah JJ terpaksa menghantar JJ sampai ke ujung jalan takut lembaga perempuan itu akan kelihatan lagi menganggu anaknya ketika bersendirian..

Cerita hantu itu belum berakhir sebenarnya...adik saya yang tinggal berjiran dengan keluarga JJ tadi sering melihat kanak2 itu bermain seorang diri tapi kelihatannya dia bercakap dengan seseorang..ibunya sendiri juga pernah menyaksikan sikap JJ seperti itu.Setelah kejadian JJ demam hari itu..ibunya memaksa dia untuk berterus terang dan akhirnya JJ menceritakan keseluruhan cerita mengenai lembaga perempuan tadi.

Dia menggatakan, terkadang bila mereka bermain dirumah..lembaga itu menjelmah menjadi salah seorang daripada mereka..iaitu seorang kanak2 yang menyerupai sepupuh mereka..tapi bila ditenung betul2..ianya seorang lembaga perempuan yang selalu menganggu JJ..

JJ juga menggatakan pada ibunya..lembaga itu terkadang mengetuk pintu dan memanggil nama JJ supaya JJ membuka pintu untuknya..namun JJ tidak berbuat demekian..dia cuba membangunkan bapanya..tapi bapanya tidak tergerak langsung. Pada suatu ketika JJ menyaksikan satu lembaga perempuan tidur dibawah kaki bapanya..dia berpikiran bahawa lembaga itu adalah ibunya...tapi bila dia melihat ibunya tidur nyenyak didepan pintu rumahnya...dia jadi ingin tahu dan alangkah terkejutnya dia..orang yang tidur di bawah kaki bapanya itu adalah lembaga perempuan tadi..

Diakhir cerita...ibu JJ hanya berharap supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi..kerana profser ugama sudah memagar rumah mereka...saya tidak tahu memagar dengan menggunakan apa...kerana saya tidak arif dengan benda2 seperti ini...

Sekian...jangan terlalu percaya pada benda2 duniawi...kerana ini akan membuat syaitan ketawa kemenangan...

No comments:

Post a Comment