Monday 31 December 2012

SEORANG GURU TAKUT GAMBAR BOGEL DAN VIDEO SEKSNYA DISEBAR OLEH BEKAS TEMAN LELAKI

Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah.

“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.-Kosmo

MANUSIA BERBIBIR PIRING



Jika di pedalaman Thailand wujudnya 'Manusia Zirafah', dan 'Budaya Pengikatan Kaki' di China, di Afrika pula wujud 'Manusia Berbibir Piring'.

Semuanya mempunyai persamaan di mana ianya diamalkan oleh kaum wanita sejak usia kecil hinggalah meningkat dewasa.

Tradisi melebarkan bibir ini diamalkan oleh penduduk Suku Saras-Djinges dan beberapa puak lain di Ethiopia.

Suku kaum ini menganggap seseorang wanita itu kelihatan cantik jika memiliki bibir bawah yang lebar.

Konsep kecantikan moden dengan cara bersolek langsung tidak dikenali di sini. Dikatakan bibir mereka mampu dimuatkan dengan piring berukuran 38 cm.

Peringkat awal bagi melebarkan bibir ini dimulakan ketika seorang wanita mencapai usia 4 tahun.

Caranya adalah melubangkan bibir dibahagian bawah dengan menggunakan pisau. Sungguh menyakitkan tambahan pula proses ini langsung tidak dibius.

Ianya juga boleh dikatakan sebagai salah satu penyeksaan yang kejam dimana seseorang yang mengamalkannya sukar untuk bercakap atau makan.

Mereka terpaksa memakan makanan cair dan bercakap perkara-perkara penting sahaja.

Selain bertujuan untuk kelihatan cantik, ada juga versi mengatakan bahawa ini adalah salah satu cara bagi isteri tidak hilang ketika tidur bersama suami.

Bagaimana caranya? Dengan menyangkut bibir si isteri pada KEMALUAN si suami.

Mungkin kedengaran agak pelik dan melucukan, namun inilah realiti yang diamalkan oleh mereka.

Wednesday 26 December 2012

CINTA ITU BUTA


BRASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.

Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. 

Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.

Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.

Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.

Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.

“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.

“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.

BAGI pasangan ini, perbezaan ketinggian tidak pernah menjadi masalah.

Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan.

Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.

Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.

“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.

“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas.

Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. - DM

Tuesday 25 December 2012

PERCAYAKAH TIDAK?

Gambar wanita-wanita cantik di bawah ini adalah lelaki sebenarnya?? 

Mereka dari segi luaran adalah wanita yang cantik dan mempersona tapi lahiriah mereka sebenarnya adalah lelaki...

Mereka telah menjalani transformasi yang besar untuk menjadi seorang wanita.

Kenalkan mereka dr kiri ke kanan

1. Harisu – Model terkenal dari negara Korea Selatan.


2. Sirapassorn Atthayakorn – Memenangi Miss International Queen 2011 di negara Thailand.


3. Nong Poy – Pelakon hebat dan pernah memenangi gelaran Miss Tiffany 2004 dan Miss International Queen 2044 di Thailand.


4. Alicia Liu – Model terkenal Taiwan.


5. Chen Lili – Penyanyi dan pelakon terkenal China.


6. Kayo Satoh – Orang biasa tetapi telah mengaku di televisyen secara langsung dia adalah lelaki tetapi mahu menjadi perempuan.








GADIS KAYA BAKAR DUIT DI FACEBOOK MENYEBABKAN KEMARAHAN ORANG RAMAI

Seorang gadis kaya di China menyebarkan gambar peribadinya bersama harta dan duit yang banyak. Kelakuan gadis ini telah menaikkan kemarahan banyak pihak.

Gao Yue Er, seorang gadis muda yang kaya di China telah melakukan sesuatu yang buat orang geram. Gao bersama wang yang dimilikinya dengan melambai depan kamera untuk menunjuk-nunjuk wang yang banyak miliknya dan membakar beberapa helai wang tersebut.


Kelakuan gadis ini telah tidak keseorangan tetapi bersama beberapa teman lain. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat dan pengguna internet berasa sangat marah dengan sikap gadis kaya ini yang dianggap sangat melampau.

Kelakuan bodohnya ini boleh mengundang kebencian masyarakat kepada orang kaya. Mereka akan lebih membenci kepada orang kaya disana akibat tersebarnya kelakuan-kelakuan seperti yang dilakukan oleh Gao.









Selamat Hari Natal.....




Sempena dengan hari xmas ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari natak untuk semua, terutama sekali yang beragama kristian...moga gembira dihari yang bahagia ini....

Monday 24 December 2012

CIRI WANITA DIMINATI LELAKI

‘Wanita itu hiasan dunia’ Itu kata-kata yang sering diperdengarkan tiap kali berbicara mengenai wanita. Betul ungkapan itu. Wanita dilahirkan dengan sifat yang cantik dan indah. 

Kalau tidak pada wajahnya, tentu sahaja mata, hidung mahupun bibirnya menggoda lelaki untuk mendekatinya. Begitu juga tubuhnya. Mungkin si lelaki tertarik pada reka tubuh yang lentik ataupun buah dada yang mekar. Ah, itu adalah pandangan lelaki mengenai aset wanita yang menarik dan menjadi idaman mereka


Bagaimana pula dengan perilaku dan sifat wanita yang diidamkan? Ada banyak pendapat, bergantung kepada latar belakang lelaki yang memberikan pendapat. 

Bagi yang latar belakangnya menjurus pada agama, tentunya hadis nabi yang menyebut mengenai keperluan wanita yang beragama (beriman), baik tingkah laku, cantik, dari keturunan yang baik serta kaya. 

Bagi lelaki moden, ciri seperti cantik, sedap mata memandang, berambut panjang, memahami kerja, pandai melayan dan sebagainya menjadi pilihan. Sebenarnya, walau apa pun pilihan, dan walau berbeza latar belakang, aqu percaya semua lelaki bersetuju bahawa wanita itu perlulah mengutamakan mereka, memiliki penampilan yang menarik serta tahu menjaga maruah suami walau di mana mereka berada. 

Jadi, pada semua kekasih dan bakal suami, telitilah senarai di bawah. Adakah pasangan anda memiliki ciri-ciri berikut? Dan kepada para wanita, adakah anda memiliki ciri tersebut?

1. JADI PENDENGAR SETIA
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. JANGAN BERSOLEK TEBAL
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

3. INGAT HARI PENTINGNYA
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

4. HORMATINYA
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Cium tangan adalah salahsatu cara yg boleh memikat hatinya.

5. JANGAN KEBUDAK-BUDAKAN
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

6. AGRESIF
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

7. JANGAN TERLALU SERONOK
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

8. JANGAN GANAS
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

9. JANGAN TERLALU BAIK
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

10. JANGAN PERASAN
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

11. SIKAP SEDERHANA
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

12. SIKAP KEIBUAN
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

13. LEMAH LEMBUT
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

14. SENSITIF
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

15. KENALI DIRINYA
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

16. JAGA KECANTIKAN
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

17. GAYA KEMAS
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

18. JANGAN KUNO
Jangan bersikap terlalu kuno. Perlu luas pengetahuan. Tapi jangan terlalu berlebihan menyebabkan dia rendah diri.

19. SERING TANYA KHABAR
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

20. JUJUR DALAM TINGKAH LAKU
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

21. SUKA YANG BERAGAMA
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

22. TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada

23. JANGAN TUNJUK LEMAH
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

24. TUNJUK MATANG
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

25. BELAIAN
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

26. MURAH DENGAN SENYUMAN
Lelaki akan terasa tenang bila melihat senyuman seorang wanita. 




musibahnya klu bersekedudukan tanpa ada ikatan


\PUCHONG: “Kami bersekedudukan hampir 10 tahun sejak 1998 dan hanya bernikah selepas mempunyai empat anak dan masa itu saya sedang mengandung anak kelima pada awal 2007 lalu.

“Setelah melahirkan tujuh anak dan bakal melahirkan anak kelapan pada Januari depan, suami pula menceraikan saya pada Mei lalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 30.

Menurut Wani, dia kini bingung memikirkan masa depan tujuh anaknya walaupun suaminya masih tinggal bersama dan berjanji akan rujuk semula selepas melahirkan anak perempuan dalam kandungannya itu.

“Suami pernah hanya memberikan saya RM2 sehari untuk perbelanjaan makan minum kami lapan beranak walaupun sebelum ini ada juga dia beri RM50 atau RM100 seminggu.

“Saya faham dengan kerjanya yang cuma bergaji antara RM500 dan RM700 sebulan, tetapi apa dikesalkan, saya diceraikan kerana perempuan lain,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Tuesday 11 December 2012

KOPI TAHI GAJAH JADI IDAMAN


LELAKI KANADA BELANJA BESAR HASILKAN MINUMAN TERMAHAL DI DUNIA

BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, Utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan.

walaupun sebilangan pengemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia.

ketika ini,sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1.100 (RM3.360)

justeru,hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaa.

penjual kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokai di seluruh dunia beberapa bulan lalu,bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kin Abu Dhabi..
secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50(RM153)

Pencipta kopi itu, Blake Dinkinm,berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah,
Dinkin - menghabiskan lebih RM900.000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata,apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan.

     "Akhirnya,anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya.
kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini,di kenali sebagai kopi luwak,yang terhasil daripada proses perkumuhan musang.

Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi.
kata lelaki berasal dari kana itu,gajah juga diberi makan pisang,tebu dan pelbagai bahan lain..
"ia memberi rasa tambahan yg menarik,"
Katanya.

Thursday 22 November 2012

Majlis perkahwinan anak saya

 Majlis diadakan d tempat terbuka yang menghadap laut..Majlis diadakan ala2 perkahwinan ditaman bunga.
Keempat-empat orang anak saya ada bersama saya ketika ini.Lelaki yang ada disebelah kanan saya adalah abang sepupu saya.
Baju yang dikenakan oleh anaklelaki saya ini ialah baju dari suku kaum dusun Kota Belud, di Tuaran Sabah.

 
Pada 11.11.2012, bersamaan dengan hari ahad, anak lelaki saya (my only son) telah melangsungkan perkahwinan di Habibah suite, Jalan bukit bendera kota kinabalu. Syukur kepada Tuhan kerana tidak menurunkan hujan disepanjang majlis berlangsung. Kalau hujan majlis akan lari dari konsep asal.

Wednesday 7 November 2012

STRESS DAN KHUATIR

Semua orang pernah dan akan mengalami kekuatiran. Kekuatiran adalah tanda bahawa kita hidup dalam dunia yang tidak menentu dan penuh tekanan, Mari kita perhatikan makna stress dan kuatir ..

Setan menekan dengan masalah agar terjepit dan sesak, tidur tak lena kerana diganggu oleh sikap ragu2. Rohani dihimpit oleh kekuatiran, duka dan nestapa.Tidur tak lena kerana dihimpit oleh perasaan resah setiap waktu dan hidup dalam penuh kesuraman yang tak terkendali yang akhirnya membawa kepada kebinasaan diri seperti bunuh diri.

Bagaimana kita menghindarkan diri daripada dikuasai oleh perasaan kuatir ataupun stress?

Pertama...kita perlu menyerahkan hidup kita kepada Tuhan. Semua yang ada di dunia ini mudah berubah, hanya Tuhan yang tidak pernah berubah. Tuhan sering memberikan petunjuk kepada umatnya yang setia kepadanya dan meminta dengan bersungguh-sungguh. Jika sekiranya doa kita tidak didengar olehnya bermakna kita tidak meminta dengan sepenuh hati...justru itu hidup kita sering dikuasai oleh kekuatiran yang berpanjangan.

Kedua...kita perlu belajar untuk hidup pada saat ini. Bila kita mengerjakan sesuatu, kerjakanlah hal itu dengan sepenuh hati , kerjakanlah seperti untuk Tuhan. Jadikan diri kita sebagai pahlawan Tuhan yang perkasa.

Dalam menghadapi stress dan kuatir, kita harus memiliki semboyan iaitu "siapa takut pada tekanan". Ingat bukan dengan keperkasaan atau kekuatan kita sendiri melainkan kuasa Tuhan yang memimpin kita...

Sunday 4 November 2012

Ayah...

Peranan ayah dalam keluarga amatlah penting. Banyak keluarga yang hancur kerana ayah tidak mengerti panggilan dan tugasnya dalam keluarga. Tugas ayah bukan hanya mencari nafkah bagi keluarga. Tetapi juga memimpin keluarganya untuk hidup dalam takut akan Tuhan. Seorang ayah memimpin dengan mengasihi dan melayani keluarganya.

Salah satu panggilan terpenting dalam hidup seorang ayah adalah mengasihi ibu dari anak2nya. Hubungan  yang terpenting dalam rumah tangga bukannya hubungan antara orang tua dan anak, tetapi hubungan suami dan isteri. Bila hubungan suami isteri tidak harmonis, maka hubungan ini akan mempengaruhi pertumbuhan jiwa dan emosi anak2nya. Bila suami dan isteri tidak sehati, anak akan merasa bingung mengikuti dua orang pemimpin yang berbeza pendapat.

Seorang ayah yang baik tidak hanya mencukupi keperluan keluarganya, tetapi juga menyediakan waktu bagi keluarganya.

Hayati dan fahami setiap bait kata2 ini...



Lawak dari Sabah...

Kalau tak reti nak baca....tengok jer lah yer...hehhehehe

Friday 5 October 2012

Aku dan aktiviti ku...

 Ini lh gambar kenangan ...suatu ketika dulu..ketika ini aku masih lagi berambut pendek...
 pic ini diambil ketika aku menghadiri majlis kawin ala2 weding garden..ianya bertempat ditepi sungai kiulu..tempat pelancong rafting..
 ini adalah my lil ozel..buat muka angry bird..
 beginilah pemandangan di kawasan rafting area, di Kiulu

Wednesday 3 October 2012

Blog update....

Nampaknya sudah terlalu lama aku tak jengkuk blog aku ni...nasib baik lah kawan baik aku tu selalu ingatkan aku tentang blog ni..kalau tidak aku hampir lupa keujudan blog ni...

Aku hanya berharap agar masih ada yang sudi datang bertandang dan membaca setiap coretan ku yang tidak  seindah bahasa ini...Almaklum saja lah orang macam aku ni baru saja mahu berjinak2 untuk menulis..bila dah ketandusan cerita..blog terabai begitu saja..

Tiada cerita menarik yang dapat aku kongsikan bersama dengan kalian pada ketika ini...aku hanya ingin berkongsi cerita mengenai dengan perjalanan hidup ku sepanjang 9 bulan berlalu...

Bermula dengan  bulan January...bulan ini aku berazam untuk menjadi seorang yang lebih tabah untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini..berbekalkan dengan sebuah kecekalan dihati aku tempuhi segala rintangan hidup dengan tenang, meskipun pahit namun aku tetap tersenyum..selalu memohon kepada yang maha Esa agar memberikan aku kekuatan menjadi  seseorang yang tabah didalam menanggani segala permasalan dan akhirnya aku berjaya...terimakasih Tuhan..kerana terlalu baik pada ku.

Bulan Febuary...sangat indah untuk dikenang...percutian yang masih segar dalam dairy kehidupan ku..Febuary akan selalu ku kenang sampai ke ujung nyawa..bila kah lagi aku dapat menikmati percutian yang   membawa seribu satu makna dalam kehidupan ku ini...aku seakan mahu kekal berada dibulan febuary...dan terlalu sukar untuk melepaskan bulan ini berlalu...Kenangan indah semuanya berkubur dibulan Febuary...

Bulan march...aku mula menjadi seorang perindu...bagaikan pungguk rindukan bulan..semakin hari aku jadi tak karuan...bagaikan kapal yang tidak ada nakhodanya...terapung2 diautan luas, dihempas badai kesana kemari...sungguh sakit bila berada dalam keadaan seperti ini..namun aku tetap bertahan, memelihara kerinduan ini agar tidak tercemar dengan noda2 hitam yang boleh melenyapkan segala kenangan indah yang ku simpn dalam memory kehidupan ku..untuk itu aku harus bertahan...

Bulan April...nampaknya ujian demi ujian ku terima...aku hampir tergugat dengan rayuan2 manis dari mereka2 yang cuba menjatuhkan aku dari menjadi seorang yang setia pada seorang kawan yang jauh disana..syukurlah aku masih lagi berfikiran dengan waras dan masih bisa menepis segala ujian yang timbul...bagi ku dia yang terbaik...

Bulan May...hanya pon yang menjadi penghubung antara kami...kami sering berhubung ...terkadang aku mula menaruh curiga kiranya dia tidak menghubungi ku sepanjang hari...tapi dia sering memberikan aku alasan2 yang munasabah dan aku mempercayai dia...bagi ku untuk mengekalkan persahabatan..ianya harus diwarnai dengan kejujuran dan keiklasan..serta saling percaya..agar persahabatan akan berkekalan.

Bulan Jun..mungkin kerana terlalu busy maka kami jarang berhubung...malah sms pun agak kurang..aku tidak pernah mahu memaksa dan tidak pernah mahu bertanya..kerana bagi ku dia seorang yang berkerjaya dan sibuk dengan tugas seharian..lagi pun dia juga harus pulang kekampung kerana dia punya tanggung jawab yang harus dia utamakan.

Bulan Julai...bulan yang paling aku suka...aku mendapat sebuah pon BB dari dia...hadiah harijadi ku....aku sememangnya sangat happy sekali..

Bulan Ogos..aku sibuk mengarahkan tukang jahit untuk menyiapkan baju tradisional...untuk ku hadiahkan pada dia..kerana aku tidak tahu apa kah hadiah hari lahir yang sesuai aku berikan pada dia...baju kurung untuk hari raya pula terlupa ..tak apa lah baju lama pun masih baru dan aku beraya dengan baju kurung lama..aku happy dapat menghantar baju tradisi tu pada dia walau agak kelewatan sedikit...bulan ini juga anak ku pulang dari Singapore...ini bermakna kami akan berkumpul lagi bersama - sama...aku menjadi sangat happy sekali..

Bulan Sept....berlalu terlalu cepat, dan aku kini tidak dapat menunggu hari bahagia anak lelaki ku...aku menghitung hari..

sampai disini saja ya...to be continue..



Thursday 6 September 2012

View dari Habiba suit..

Kalau tiada aral melintang, saya sekali lagi akan menyambut seorang menantu iaitu satu2nya menantu perempuan dalam keluarga saya.

                                                          Pemandangan dari Habiba suit
                                                              Bandaraya KK jelas kelihatan..
Konsep perkahwinan more kepada wedding garden...jadi mereka memilih untuk menggadakan majlis kahwin diatas bukit di Habiba suit yang mana view dari kawasan ini sangat indah...apalagi bila senja hari..sunset akan kelihatan..Semoga pada hari tersebut hujan tidak turun.

Selamat bertemu kembali...

Nampaknya sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan apa2 cerita dalam blog ni...kerana terlalu busy dengan hal2 peribadi..saya hampir melupakan keujudan blog ni..

Tidak banyak cerita yang ingin saya share bersama dengan kalian disini..tapi ada satu perangai manusia yang telah saya pelajari..dimana kesombongan yang melebih lebih..mentang2 dia memakai kereta besar..dia menengking orang tanpa menggunakan otak.

Kisah ini bermula dengan seorang customer datang minta cuci kereta..sementara dia pergi makan dikedai ngau chap yang terkenal dipekan Menggatal. Keretanya memang sudah siap dicuci hanya tinggal saja moro tayar...dari jauh dia marah2...dia cakap kalau tidak sempat nak bersihkan baik tidak usah cuci..sambil meludah...Kemarahan saya sudah mahu meletopp tapi saya disabarkan oleh anak saya...dia cakap biarkan...
Tapi manusia seperti itu tidak akan hidup senang...dia berlalu pergi tanpa membayar satu sen pun...saya iringi pemergian dia dengan ucapan terimakasih, semoga Tuhan memberkati dia..tapi saya hanya berharap dia akan mendapat kesusahan berlipat ganda dari apa yang dia lakukan pada Hory carwash.

Beginilah karena manusia yang selalunya akan ujud dimana-mana..sukar untuk diramal.

Sunday 26 August 2012

Jatuh cinta dan berkahwin dengan ular?????

BHUBANESWAR (INDIA)...sejauh mana kebenaran berita ini...mari kita sama2 baca artikel yang saya peting dari Koleksi MISTERI.

Sememangnya cinta tidak mengenal siapa. Begitu juga yang berlaku kepada seorang wanita yang telah jatuh cinta dan bertekad untuk mengahwini seekor ular tedung baru2 ini.

Menurut laporan agensi berita Press Trust of India, wanita terbabit, Bimbala Das telah melangsungkan perkahwinannya di hadapan kira2 2,000 tetamu dan mengikut adat istiadat tradisional di perkampungan Atala berhampiran Bhubaneswar, ibu negeri Orissa.

Di majlis perkahwinan tersebut, Bimbala telah memakai pakaian tradisional India iaitu sari sutera. Namun begitu ketika majlis perkahwinan berlangsung ular tersebut langsung tidak keluar dari tempat persembunyian di bukit berhampiran.

Sebagai ganti, sebuah replika ular yang diperbuat daripada gangsa telah dibina sebagai pasangan Bimbala. Menurutnya, meskipun ular itu tidak memahami percakapan manusia tetapi mereka mampu berkomunakasi cara sendiri. Setiap hari Bimbala akan meletakkan susu dibukit berdekatan dan ular tersebut akan keluar untuk meminumnya. Bimbala sentiasa memerhatikan ular itu dan akhirnya dia jatuh cinta.

Dunia2..macam - macam cerita..

Wanita makan batu selama 20 tahun..




Seorang wanita, Teresa Widener telah menggelar dirinya sebagai 'rock fan'. Bukan kerana irinya adalah peminat fanatik muzik rock, tetapi wanita tersebut memiliki tabiat pelik iaitu gemar memakan batu. Malah, lebih dari 20 tahun Teresa Widener menjadikan batu sebagai makanan kegemaran hariannya.

Dalam masa sama, Widener turut memiliki sebuah almari khas untuk menyimpan kesemua batu-batu yang akan menjadi makanan hariannya. idener yang merupakan penduduk kelahiran Bedford, Virginia ini memperolehi kebanyakan batu-batu yang dijadikan makanannya dipinggir-pinggir jalan. Jika saiz batu itu kecil, Widener akan terus memakannya begitu saja. Tetapi sekiranya batu yang ditemuinya bersaiz besar, Widener akan menggunakan pemukul untuk memecahkan batu tersebut.

Pelik tapi benar..tetapi kini, setelah berkahwin kegemaran Widener memakan batu sudah berkurang.

Aku rindu dia..

Nampaknya dia sudah agak lama tidak menghubungi ku..dia masih lagi berada dikampung..dan aku disini menanti dia dengan penuh kerinduan.

Huhuhu...meskipun kami berjauhan..tidak kerap bertemu..hanya berbicara melalui pon..tapi terasa dia sangat dekat pada ku..kerana dia adalah teman ku yang paling akrab..terkadang kalau tidak ada berita dari dia dalam jangka masa yang agak panjang aku jadi rindu sekali..Aku hanya berharap agar nanti, bila dia sudah masuk bertugas dia akan menghantar berita untuk bertanyakan khabar pada ku..

Aku sudah cuba untuk bertahn..agar tidak membicarakan soal perasaan ini..tapi semakin aku cuba semakin hati ini meronta-meronta agar menitipkan kerinduan ini pada angin lalu agar bisa dia tahu..betapa ada seseorang yang sangat2 merindui dia..dari kejauhan...


Siksanya menjadi seorang perindu!!!

Thursday 23 August 2012

hellooooooooooooo...

Hai..nampaknya sudah terlalu lama aku tidak menjengkuk blog aku ini...bukan malas yer..tapi terlalu banyak perkara lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama aku mengalami sakit kaki yang teramat sangat....membuatkan aku tidak dapat melakukan apa2 pergerakan..terlalu sakit kaki ini melangkah..sudah dibawa untuk pemeriksaan doktor tetapi doktor tidak dapat memberikan kepastian, dan aku sangat tidak puas hati dengan jawaban yang aku terima.

Ada masa2 tertentu dia akan menyerang..sakitnya tidak terperi , boleh membuat aku menanggis dan mengerang kesakitan..reflex pun sudah...massage pun juga sudah..malah terapi juga sudah..malah kesakitannya hanya akan hilang untuk seketika..dan dia akan menyerang lagi.

Ada kawan2 yang suggest untuk berjumpa bomoh atau pawang..tapi aku belum sampai ketahap itu..so mungkin satu saat bila aku sudah tidak dapat bertahan jalan pintas akan ku ambil..iaitu berjumpa bomoh/pawang.

Monday 20 August 2012

Hello semua...selamat beraya dengan famili dan kawan2


                 Ini lah juadah hari raya yang paling sedap yang saya jumpa pada hari raya kedua.
 Makanan dari permenade Hotel..ditempah khas oleh Tuan rumah..beraya d likas pada raya kedua..
                               ini muka ozel..udah keletihan...menunggu masa mahu pulang..
                          Ni baru mahu gerak pergi beraya..Granny, lil hory and my 2nd doter..
                                                           Ni saya dengan my doter..
                                                      my eldest doter with lil ozel
                                                         Horry with mum and dad
Horry tertidur dalam kereta..terlalu keletihan..

Tahun ini ada tahun beraya yang paling best buat saya, kerana anak2 saya berada bersama-sama dengan saya...mereka bercuti walau hanya untu 2 hari tapi sudah cukup membuat kami happy berkumpul bersama-sama. Hanya anak lelaki tak sempat pulang kerana pada hujung bulan ogos ini dia akan pulang dan tidak akan kembali bekerja di Singapore lagi.

Hanya anak perempuan yang no. 2 akan berada jauh daripada saya nanti, tapi disebabkan tugas yang tidak boleh ditinggalkan..dia kena berada di KL untuk beberapa waktu lagi.

Saturday 18 August 2012

Kunci Kebahagiaan..

Di dalam sesebuah rumah tangga..seorang isteri yang telah dikahwini oleh seorang lelaki harus tahu memainkan peranan nya sebagai  isteri..meskipun seorang isteri itu bekerja, tanggung jawabnya terhadap rumah tangga amatlah besar..kerana dia perlu menjaga kepentingan suami dan juga anak2.

Ada sesetengah isteri yang berkerja menyerahkan tugas sepenuhnya kepada pembantu rumah, sehinggakan sianak lebih mengenali pengasuh dari ibu yang telah melahirkan nya. mengapa ini bisa terjadi ?kerana wanita bekerja merasa terlalu letih untuk melayan kerenah anak, malah untuk menyediakan makanan untuk suami juga tidak larat.

Walaupun didalam dunia yang semakin canggih ini..wanita dan lelaki haruslah berdiri sama rata dan berjalan seiring untuk menuju kejayaan..tapi wanita yang bergelar isteri harus bijak membahagikan masa antara bekerja dan rumah tangga. Jika terlalu mementingkan kerjaya..lebih baik melupakan hal2 lain seperti menimang anak dalam masa terdekat, kerana ini akan membeban kan diri sendiri kerana terpaksa membahagikan masa antara pejabat dan rumah.

Kunci kenahagiaan sesebuah rumah tangga adalah keserasian antara pasangan suami isteri, kepakaran isteri mengurus rumah tangga terutama sekali dalam bidang masak memasak, saling mengerti, tolak ansur sesama sendiri dan adanya perbincangan bila menghadapi sesuatu masalah yang melibatkan kedua belah pihak.

Bagi isteri2 yang menjadi suri rumah sepenuh masa, janganlah membiarkan diri anda tua sebelum masanya..walaupun berdepan dengan berbagai masalah bila berada dirumah, terutama sekali bila berdepan dengan karenah anak2..jangan buatkan ianya satu alasan untuk tidak berdandan seadanya..kerana suami akan happi bila melihat si isteri menyambutnya pulang dalam keadaan rapi dan tersenyum...isteri cerewet tidak disukai oleh suami...berhentilah menjadi seorang isteri yang kuat membebel...jangan biarkan suami beralih kasih pada yang lain...

selamat membaca....

Amalan budi bahasa makin hilang ditelan zaman???

Pada zaman dahulu, anak2 muda sangat taat pada kedua orang tua, sehinggakan apa yang orang tua suruh akan dituruti, termasuk dalam pencarian jodoh...anak2 muda tidak punya kesempatan untuk mencari jodoh sendiri, malah semuanya diatur oleh orang tua.

Namun begitu tidak ada terjadi penceraian, malah kasih sayang akan utuh sampai ke ujung nyawa..anak2 juga sangat2 menghormati orang tua, tidak pernah berkasar dan membantah kata2 mereka.

Tapi sekarang anak2 seakan tidak tau menghormati orang yang lebih tua dari mereka, malah tidak berbudi bahasa langsung. Ada sesetengah anak2 yang memperlakukan kedua orang tua mereka seperti musuh, mengherdik dan dimaki hamun. Sungguh malang nasib orang tua bila mendapat anak yang berperangai seperti iblis.

Anak2 muda sekarang tidak menghormati orang yang lebih tua, anak2 kecil pula berlagak seperti orang dewasa. Cara bercakap agak kasar dan suka meninggikan suara pada orang yang lebih dewasa daripadanya. Apakah kerana dunia semakin moden, pemikiran anak2 pula banyak dipengaruhi oleh budaya2 barat yang sering mempamirkan kekasaran dan keganasan? sungguh kasihan bila anak2 muda sekarang tidak mengenal erti budi bahasa...

Bersyukur pada mereka yang masih lagi mempunyai anak2 yang menghormati kedua orang tua...masih lagi mengamalkan budi bahasa dan masih lagi berfikiran seperti manusia..Sebagai ibu bapa kita berperanan untuk membimbing anak2 kita untuk mengenal apa itu budaya yang kita amalkan...

selamat membaca...

Wednesday 15 August 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Register saja... Sepa yang tidak mau duit kan??? Duduk diam-diam buli dapat duit?? Buli pecaya atau tidak.. blakang kira la.. sebab, kalau kamu register.. bukan mau bayar apa-apa pun.. register & sebarkan.. tu ja bah~~ 
kalau korang mau cuba boleh klik tu link diatas...cuba lah...jangan tunggu lama2..nanti rugi oooo..