Saturday 18 August 2012

Kunci Kebahagiaan..

Di dalam sesebuah rumah tangga..seorang isteri yang telah dikahwini oleh seorang lelaki harus tahu memainkan peranan nya sebagai  isteri..meskipun seorang isteri itu bekerja, tanggung jawabnya terhadap rumah tangga amatlah besar..kerana dia perlu menjaga kepentingan suami dan juga anak2.

Ada sesetengah isteri yang berkerja menyerahkan tugas sepenuhnya kepada pembantu rumah, sehinggakan sianak lebih mengenali pengasuh dari ibu yang telah melahirkan nya. mengapa ini bisa terjadi ?kerana wanita bekerja merasa terlalu letih untuk melayan kerenah anak, malah untuk menyediakan makanan untuk suami juga tidak larat.

Walaupun didalam dunia yang semakin canggih ini..wanita dan lelaki haruslah berdiri sama rata dan berjalan seiring untuk menuju kejayaan..tapi wanita yang bergelar isteri harus bijak membahagikan masa antara bekerja dan rumah tangga. Jika terlalu mementingkan kerjaya..lebih baik melupakan hal2 lain seperti menimang anak dalam masa terdekat, kerana ini akan membeban kan diri sendiri kerana terpaksa membahagikan masa antara pejabat dan rumah.

Kunci kenahagiaan sesebuah rumah tangga adalah keserasian antara pasangan suami isteri, kepakaran isteri mengurus rumah tangga terutama sekali dalam bidang masak memasak, saling mengerti, tolak ansur sesama sendiri dan adanya perbincangan bila menghadapi sesuatu masalah yang melibatkan kedua belah pihak.

Bagi isteri2 yang menjadi suri rumah sepenuh masa, janganlah membiarkan diri anda tua sebelum masanya..walaupun berdepan dengan berbagai masalah bila berada dirumah, terutama sekali bila berdepan dengan karenah anak2..jangan buatkan ianya satu alasan untuk tidak berdandan seadanya..kerana suami akan happi bila melihat si isteri menyambutnya pulang dalam keadaan rapi dan tersenyum...isteri cerewet tidak disukai oleh suami...berhentilah menjadi seorang isteri yang kuat membebel...jangan biarkan suami beralih kasih pada yang lain...

selamat membaca....

No comments:

Post a Comment