Sunday 26 August 2012

Jatuh cinta dan berkahwin dengan ular?????

BHUBANESWAR (INDIA)...sejauh mana kebenaran berita ini...mari kita sama2 baca artikel yang saya peting dari Koleksi MISTERI.

Sememangnya cinta tidak mengenal siapa. Begitu juga yang berlaku kepada seorang wanita yang telah jatuh cinta dan bertekad untuk mengahwini seekor ular tedung baru2 ini.

Menurut laporan agensi berita Press Trust of India, wanita terbabit, Bimbala Das telah melangsungkan perkahwinannya di hadapan kira2 2,000 tetamu dan mengikut adat istiadat tradisional di perkampungan Atala berhampiran Bhubaneswar, ibu negeri Orissa.

Di majlis perkahwinan tersebut, Bimbala telah memakai pakaian tradisional India iaitu sari sutera. Namun begitu ketika majlis perkahwinan berlangsung ular tersebut langsung tidak keluar dari tempat persembunyian di bukit berhampiran.

Sebagai ganti, sebuah replika ular yang diperbuat daripada gangsa telah dibina sebagai pasangan Bimbala. Menurutnya, meskipun ular itu tidak memahami percakapan manusia tetapi mereka mampu berkomunakasi cara sendiri. Setiap hari Bimbala akan meletakkan susu dibukit berdekatan dan ular tersebut akan keluar untuk meminumnya. Bimbala sentiasa memerhatikan ular itu dan akhirnya dia jatuh cinta.

Dunia2..macam - macam cerita..

No comments:

Post a Comment