Sunday 26 August 2012

Wanita makan batu selama 20 tahun..




Seorang wanita, Teresa Widener telah menggelar dirinya sebagai 'rock fan'. Bukan kerana irinya adalah peminat fanatik muzik rock, tetapi wanita tersebut memiliki tabiat pelik iaitu gemar memakan batu. Malah, lebih dari 20 tahun Teresa Widener menjadikan batu sebagai makanan kegemaran hariannya.

Dalam masa sama, Widener turut memiliki sebuah almari khas untuk menyimpan kesemua batu-batu yang akan menjadi makanan hariannya. idener yang merupakan penduduk kelahiran Bedford, Virginia ini memperolehi kebanyakan batu-batu yang dijadikan makanannya dipinggir-pinggir jalan. Jika saiz batu itu kecil, Widener akan terus memakannya begitu saja. Tetapi sekiranya batu yang ditemuinya bersaiz besar, Widener akan menggunakan pemukul untuk memecahkan batu tersebut.

Pelik tapi benar..tetapi kini, setelah berkahwin kegemaran Widener memakan batu sudah berkurang.

No comments:

Post a Comment