Tuesday 7 August 2012

Buang rasa ego mu...

Dalam memastikan perkongsian hidup suami isteri berjalan lancar maka keduanya harus berkompromi antara satu sama lain. dalam banyak perkara dalam perkahwinan, suami isteri harus bertolak ansur termasuklah dalam perkara yang mungkin dianggap mudah. Jika perkara penting ini tidak mampu dilakukan maka akan pincanglah rumah tangga dan berantakanlah hubungan.

Namun sebagai manusia biasa, perhubungan suami isteri tidak semuanya berjalan dengan baik...pada awal perkahwinan mungkin nampak tenang dan bahagia, tapi bila sahaja usia perkahwinan sudah mencecah beberapa tahun, kepincangan mula kelihatan dan ketidak serasian akan dirasai. Terutama sekali bila kedua pasangan dikuasai oleh sikap ego..masing2 tidak mahu mengalah..maka akhirnya terjadilah satu konflik keluarga yang terkadang akan menemui jalan buntu dan perlukan penyelasaian dengan cara perpisahan..

Kadang2 suami terlalu bergantung kepada si isteri terutama sekali didalam hal2 penjagaan rumah dan urusan anak2..suami tidak pernah mahu bertolak ansur dengan isteri membuatkan si isteri akan rasa tertekan dan rasa bosan dengan keadaan yang sangat2 memberikan tekanan yang tinggi pada dia.

Apabila masalah muncul dalam rumah tangga dan kata sepakat sukar dicapai, maka yang harus dilakukan ketika itu adalah fokus kepada masalah. Ada baiknya anda memberanikan diri mencari jalan tengah.

Sesekali anda perlu beradu pendapat untuk mengajar pasangan agar tidak terlalu ego dalam menyelasaikan masalah. Sebagai isteri, tindakan anda ini bukan untuk melawan suami atau menimbulkan keributan tapi untuk menghindarkan tekanan pada diri  yang memberi kesan buruk pada diri sendiri.

Para isteri harus ingat..walaupun suami merupakan ketua rumah..tapi kadang2 keputusan yang mereka kemukakan itu tidak semuanya benar dan isteri tidak seharusnya menerima bulat2 saranan penyelesaian sesuatu masalah yang diajukan oleh suami hanya kerana tidak mahu timbul konflik diantara kedua pasangan.

Jika ini terjadi..suami akan merasa dirinya selalu betul dan tidak akan pernah mahu bertolak ansur dengan isteri malah merasakan dia yang terbaik dan terhebat didalam membuat semua keputusan sedangkan apa yang dia kemukakan hanya akan merugikan pada kedua belah pihak..dan yang lebih parah..hanya menyakitkan hati si isteri...

So...bila saja menemui jalan penyelasaian pada sesuatu permasalan yang timbul dalam rumah tangga, jadikan apa yang berlaku sebagai proses pembelajaran bagi kedua pasangan. Sebagai isteri, anda juga harus mampu berfikir secara rasional agar masalah dapat diselesaikan secara win-win solution.

Bagi pasangan khususnya kaum lelaki, kompromi dapat dijadikan sebagai latihan untuk mengalahkan ego agar anda mahu mendengar kata2 isteri. Palin penting adalah anda berdua mahu membuka diri untuk perubahan. Mungkin sukar untuk mengubah sikap..tapi anda berdua harus melakukannya demi keharmonian rumah tangga

Sekian...

No comments:

Post a Comment