Saturday 16 February 2013

CINTA ADALAH UBAT

Sains telah mendapati bahawa cinta mempunyai kesan yang positif terhadap kesihatan minda dan memberi perubahan positif terhadap tubuh badan.

Dean Shrock dalam bukunya yang bertajuk "Why Love Heals" menyatakan bahawa dia telah membuat beberapa kajian saintifik melaluibeberapa kajian kes dan telah mendapati keputusan yang sangat menakjubkan terhadap pemulihan beberapa orang pesakit Kanser.

Dengan kaedah penyiasatan gelombang kuantum fizik serta perubahan tenaga melalui spiritual. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa Cinta adalah agen penyembuhan yang cukup berkuasa. Komponen spiritual yang ada pada manusia boleh memulihkan sistem badan yang terganggu dan rosak.

Dengan ertikata lain badan manusia boleh membaiki diri sendiri jika aspek spiritualnya sihat.

Hati yang gembira akan menggalakkan pertumbuhan antibodi untuk melindungi sistem badan. Manakala Hati yang kecewa akan melemahkan sistem pertahanan badan menyebabkan pelbagai penyakit akan menyerang misalnya seseorang akan mudah demam atau pengsan bila berasa kecewa.

Belaian dari pasangan juga akan menimbulkan tindakbalas kimia dalam badan yang boleh mempercepatkan peryembuhan. Pelukan dan sentuhan dari pasangan juga dapat membantu meneutralkan denyutan jantung dan menenangkan otak melalui pertukaran bahan kimia yg dirembes dari badan pasangan.

Maka kalau ada pasangan anda yang sakit. Belailah dia dengan kasih sayang. Insyallah cinta boleh menyelamatkannya.

No comments:

Post a Comment