Wednesday 17 April 2013

Kegunaan senduduk putih

Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.
Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).

No comments:

Post a Comment