Saturday, 31 March 2012

5 Kesilapan Lelaki dalam perkahwinan

Lelaki sering melakukan kesilapan yang kecil tetapi memberi impak paling besar dalam perkahwinan yang telah dibena sekian lama. Kebanyakan lelaki melakukan kesilapan kecil tapi berulang ulang tanpa mereka sedari perbuatan mereka membawa kesan yang amat mendalam terhadap seorang isteri dan 5 kesilapan yang sering suami lakukan adalah seperti berikut:-

TIDAK MENUNJUKKAN EMPATI

Empati adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan, jelas Albert Maslow, PHD dan pakar piskologi. Empati adalah kemampuan untuk menyedari dan juga berkongsi perasaan dengan pasangan, biasanya seorang lelaki yang bergelar suami sering mengabaikan perasaan isteri..

PERBELANJAAN YANG MELULU

Membeli sesuatu yang mahal dan berharga tanpa berbincang dengan isteri adalah satu kesilapan besar. Ini bermakna suami membelakangi isteri dan tidak memberikan hak untuk bersuara dalam hal2 yang perlu dibincangkan bersama. Ini membuatkan isteri rasa terpinggir dan merasakan haknya sebagai seorang isteri tidak dihormati.

HUBUNGAN SEKSUAL YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Dalam bilik tidur Lelaki sering terlupa yang seorang isteri sebenarnya perlukan belaian lebih daripada apa yang suami pikir. Kasih sayang yang ditunjukkan suami menjadikan isteri rasa sangat dicintai dan dan diperlukan dan inilah asas untuk memastikan isteri terangsang.

MENDENGAR DAN INTERPRETASI YANG SALAH

Mendengar bukan setakat mengangguk anggukkan kepala sahaja sewaktu isteri isteri menghuraikan masaalahnya. Apa yang lebih penting ialah kesungguhan suami  untuk berfikir dan sama2 membantu menyelasaikan masaalah itu.tetapi lelaki biasanya lebih suka menganalisakan situasi mengikut pilihan2 tertentu dan ini membuat isteri merajuk dan merasa kecil hati.

KERJASAMA

suami sering membebankan isteri dengan masaalah rumah tangga ..hujung minggu sepatutnya masa untuk bersama keluarga dan masa untuk membantu isteri melakukan kerja rumah..tapi suami lebih suka keluar lepak dengan  kawan2. ini membuatkan isteri rasa sakit hati dengan sikap suami.

para suami jangan marah yer..ini sekadar perkongsian...salah dan silap harap dimaafkan.

Wednesday, 28 March 2012

Rempah ratus alam semesta...

Pada coretan saya yang lalu, saya ada menyentuh tentang Limau kasturi boleh menghilangkan bau ketiak, kali ini saya ingin membawa anda mengikuti beberapa petua untuk amalan kita bersama:-


Hampas teh menghilangkan bau ketiak...sejauh mana kebenaran petua ini, kita kena amalkan setiap hari dengan mencampurkan hampas teh dengan sedikit air garam. Sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit. Kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. lakukan secara kerap setiap hari...anda akan mendapati bau ketiak hilang...


untuk menghilangkan urat yang timbul dikaki pula..ambil segengam kacang hijau dan direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah pada waktu pagi dan malam. selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki keatas setinggi mungkindengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur. Amalkan setiap kali sebelum tidur necahaya anda akan mendapat hasil yang baik...


untuk menggelakkan tumit pecah..anda disarankan untuk mengambil rambut yang gugur (sebanyak mungkin) , kemudian rambut itu dibakar. Abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.  Waktu mahu tidur sapukan pada tumit yang pecah2..amalkan setiap hari..pasti masaalah anda akan diselasaikan...


untuk menghilangkan kesan jerawat pula...anda disarankan untuk mencuci muka anda dengan menggunakan air kelapa muda. Biarkan air itu kering sendiri...amalkan setiap hari..pasti kesan jerawat berhasil dihilangkan..


sekian dulu petua dari Nenek kebayan hari ini...selamat mencuba dan jumpa lagi..chauuu dulu..

Monday, 26 March 2012

Kecuaian pemandu

Pagi tadi,  saya menghantar cucu pergi sekolah...saya berhenti dihadapan sebuah kedai yang ada menjual kueh mueh...diketika saya keluar dari kereta saya mendengar orang menjerit.."tolong diax2"saya ingin tahu apa yang berlaku disitu...setibanya saya ditempat itu orang sudah berkerumun dan ada yang membantu penunggang motosikal untuk berdiri...saya ingin memastikan siapa kah penunggang motosikal itu..rupanya dia adalah anak buah saya...nasib baik dia hanya terjatuh dan tidak digilis oleh van yang dipandu oleh seorang yang tidak berpri kemanusiaan..sudah ternyata dimelakukan kesalahan tetapi masih lagi tidak mengaku dan terus berlalu begitu saja tanpa sebarang kata maaf..
Saya sangat geram ketika itu...saya menyuruh anak buah saya supaya membuat laporan polis...pemandu seperti itu perlu diajar supaya bersikap bertanggung jawab dan lebih berhati hati bila memandu...mujur tidak ada nyawa yang melayang, kalau sampai ada yang maut..apakah dia tidak dihantui oleh rasa kesal seumur hidup...saya sangat2 kesal dengan sikap pemandu van itu..saya hanya berharap kepada semua pemandu supaya memandu dengan cermat dan jangan sampai mencelakakan pejalan kaki dan juga pemandu2 lain...

kekalkan kemesraan dalam perhubungan

Semakin  usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka.


Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin dan bukan tanggung jawab yang seharusnya dilaksanakan seiklas hati.


Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup,kos sara diri dan ekonomi rumah tangga..tapi tidak  ramai yang mahu mengakui bahawa ketidakjujuran mereka dalam perkahwinan merupakan faktor seperti ini terjadi..dan ada sesetengah orang beranggapan bahawa disebabkan perangai isteri yang tidak pentingkan tata hias diri membuat suami tidak punya keinginan untuk bermesra..atau juga sikap semulajadi si suami yang hanya pentingkan kerjaya dan mengabaikan isteri dirumah, membuatkan isteri rasa tersisih dan terasa kekosongan...atau dengan sikap suami yang hanya pentingkan kawan2 tapi tidak mementingkan keluarga sendiri...atau kah sikap isteri yang terlalu pentingkan diri sendiri, tidak ada masa untuk bermesra dengan suami sehinggakan si suami terbabit dengan cinta tiga segi..


Wahai para isteri diluar sana...hati2lah didalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang berkeluarga, tanggung jawab anda amat berat..pandai2lah membahagikan masa untuk kerjaya, suami dan anak2. Kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa..jangan jadikan anak sebagai alasan dengan tidak menumpuhkan perhatian kepada sang suami..kalau anda suka membaca buku2 yang bercorak kekeluargaan..anda akan dapat sedikit sebanyak panduan bagaimana mengekalkan kemesraan dan suasana romantik didalam keluarga yang sudah dibena sekian lama..diantaranya ialah:-


 Masak masakan kesukaan pasangan


sebelum berkahwin kita sudah mengenal sedikit sebanyak kegemaran pasangan yang bakal bergelar SUAMI pada kita. Makan minum kegemarannya kita sudah ketahui, walaupun bukan keseluruhannya tapi cukup dengan mengetahui serba sedikit mengenai makanan kegemarannya. Oleh itu masaklah sekali sekala makanan kegemarannya...pasti dia akan berterimakasih pada anda


Perhatian 


Apabila jatuh sakit, berikan perhatian yang lebih padanya, elakkqan daripada membebel yang membuatkan pasangan kita tidak betah tinggal dirumah..jangan biarkan dia keluar mencari ketenangan diluar..disebabkan tidak tahan leteran sedangkan dia kurang sihat dan perlu berehat.


Kejutan


Lakukan kejutan sekali sekala pada pasangan anda...misalnya hantar sms cinta pada dia..katakan kamu menyintai dia sepenuh hati..atau berikan dia hadiah2 yang  boleh membuatkan dia happy..


hobi


kadang2 kita tidak suka tengok gusti..tapi sidia suka..so kita kena belajar untuk menyukai rancangan itu, kita juga tidak suka main futsal..tapi disebabkan pasangan kita suka maka kita kena pupuk minat itu..


mandi bersama


sekali sekala mandilah bersama dengan pasangan anda..ini boleh memupuk kemesraan diantara kedua pasangan


bermanja

sebelum tidur ataupun  selepas bangun tidur..ambil masa untuk bermanja2 dengan pasangan anda..urut pasangan anda dan belailah dia...ucapkan terimakasih padanya atas kasih dan perhatian yang dia curahkan pada anda. sentiasala memeluk dan mencium pasangan anda bila saja di memberikan sesuatu untuk anda...berjalan berpegangan tangan...


banyak lagi cara untu kita mengekalkan kemesraan dalam perhubungan suami isteri...mengikut cara kita sendiri..jangan malu2 untuk bermesra dengan pasangan didepan anak2 kerana kita merupakan cermin kepada mereka..tidak hairan suatu ketika bila saja mereka membena kehidupan sendiri..pasti mereka juga akan mengikuti cara kita untuk melayan pasangan mereka..kerana kita adalah idola mereka..


selamat membaca....dan selamat mencoba...kekalkan kemesraan dengan pasangan walau berada dalam usia kelewatan....faktor usia tidak menghalang kita untuk terus bermesra dengan pasangan...

Sunday, 25 March 2012

entri untuk suka2...

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.” Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…” 


hehehehe...kasihan sang pemburu..akhirnya menjadi santapan sang singa...

Saturday, 24 March 2012

Ingin meniru solekan wanita Arab????

Solekan wanita Arab, walaupun kadang2 dilihat sarat, ia memang menawan kalbu. Bagi wanita ini, perkara yang amat dititikberatkan sewaktu bersolek adalah bahagian mata. Warna gelap, pekat dan terang akan digunakan semaksimum mungkin demi menyerlahkan lagi sepasang mata milik mereka yang sudah semulajadi cantik. Kening pula akan dihitamkan sepekat pekatnya tanda mereka mahu dilihat lebih menyerlah..


Namun siapa kata solekan sebegini hanya layak untuk wanita Arab sahaja???kita wanita Asia juga boleh atau bisa meniru solekan sedemikian..cuma kita tidak boleh mengenakan warna yang terlalu pekat..cuma solekan perlu dilembutkan sedikit sesuai dengan pembawaan wanita Asia.

JB sept 2011

Hari kedua cj's conference di JB
Gala dinner (penutup cj's conference  Sept 2011 di Johor bahru)

malam safari night

pakaian memenuhi syarat safari night

Melaka dalam kenangan....

satu2nya gereja yang menjadi tumpuan pelancong dimelaka

Beca dimelaka more advance daripada beca d Penang...

Sungai Melaka

salah sebuah kedai  dimelaka yang berukiran menarik  setiap pengunjung yang cintakan ukiran

posing dengan patung spanyol

posing dengan patung baba nyonya

posing dengan back ground jelapang padi dimelaka

Friday, 23 March 2012

Jaga rambut anda sebaik mungkin....

Bukan sukar untuk menjaga rambut, tetapi jika soal kesihatan rambut dipandang remeh, rambut anda pasti akan rosak teruk satu hari nanti. Rambut adalah merupakan mahkota indah bagi seorang wanita...ianya hanya menuntut untuk dicuci sekurang kurangnya empat kali seminggu dan dioleskan dengan sedikit serum untuk memastikan kelembapan semula jadinya terpelihara. Banyak keraguan ketika bercerita mengenai rambut. disini mari kita sama2 kongsikan cara2 penjagaan rambut yang boleh membantu sedikit sebanyak menyelasaikan masaalah kerosakan dan keujudan kelemumur yang degil:-


~ oles rambut dengan menggunakan VCO (virgin coconut oil)


 VCO yang asli tanpa ada bahan pengawet, bahan2 pewarna dan tidak ditambah dengan bahan2 lain, seelok eloknya VCO buatan sendiri...ia bukan saja dapat menghilangkan kelemumur tetapi juga dapat melebatkan serta boleh membuat rambut kelihatan lebih hitam dan berkilat. jika diamalkan dua kali dalam seminggu...pasti anda akan dapat melihat hasilnya..


(Info diatas adalah melalui pengalaman saya sendiri, kerana saya mengamalkan VCO asli untuk mengelakkan rambut saya gugur dan berkelemumur)


~ disamping itu penggunaan syampu yang betul juga dapat menghindarkan rambut dari menjadi rosak dan berlelemumur. Jangan ikat rambut ketika rambut masih basah kerana rambut akan menjadi bau dan mudah berkelemumur...bila anda melakukan senaman yang menyebabkan rambut berpeluh, cucilah rambut dengan syampu yang bersesuaian.


kepada semua pembaca..jangan lupa amalkan lah petua nenek kebayan ni...tak rugi...F.O.C..
Selamat mencuba..daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, 20 March 2012

Perjalanan ku kebumi Langkawi

Hotel One Helang

Breakfast direstoran Hotel One Helang

Rumah  tradisional d tapak Beras terbakar

Di tapak Beras terbakar

Beras terbakar 

Rumah ditapak Beras terbakar

Candid ni...di pantai Lok

perahu nelayan dipantai Lok

Dibangunan  makam mahsuri

dihadapan makam mahsuri

diluar bangunan makam mahsuri

sawah padi yang yang luas terbentang...dimakam mahsuri

Petua Penjagaan Kuku Tangan

Tabiat manusia kadang2 membawa kepada kecederaan kuku tanpa disedari. Berikut adalah tip yang boleh anda amalkan:-


~ guna losyen tangan selepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan
~ jangan memotong kuku terlalu pendek dan jangan memotong cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit
~ elakkan selalu menukar warna kuku
~ jangan mengorek sesuatu dengan menggunakan kuku
~ rajin merendam kuku didalam air hangat dan ditambah sedikit garam dan minyak zaiton..
 Note
Sebenarnya banyak lagi petua2 yang boleh kita ambil dan amalkan bagi mengelakkan kuku kita daripada menjadi rosak dan kelihatan hodoh. Apabila kuku anda senang patah, bermakna anda kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan kalsium tambahan atau mengambil makanan yang mengandungi kalsium tinggi. Ia sudah cukup untuk membuatkan kuku anda kuat dan tidak mudah patah.


Jika kuku kelihatan pucat, atasinya dengan menyapukannya dengan lemon. Kandungan bahan kimia dalam jus lemon akan membuatkan kuku anda berkilat.
Selamat mencuba....

Kuku mencerminkan keperibadian seseorang...




Dengan melihat kuku, orang dapat menilai sejauh mana keperibadian anda sebenar. Tetapi kebanyakan kita tidak mengambil berat tentang penjagaan kuku sedangkan penjagaan kuku bukan saja penting tetapi juga mudah dilakukan.


Seperti wajah yang perlu kelihatan cantik dan berseri, kuku juga memerlukan penjagaan yang khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus. kuku yang panjang perlu penjagaan yang rapi..kerana pada dasarnya dia kelihatan bersih..tapi jauh didalam dia menyimpan kuman yang boleh menyebabkan penyakit.oleh itu amalan kebersihan terutama sekali kuku amat penting bagi menggelakkan sebarang jangkitan kuman.


Bila kita berkenalan dengan seorang lelaki, perkara pertama yang menjadi perhatian adalah kuku tanggan dan kaki, seorang lelaki yang tidak menjaga kebersihannya boleh dilihat dari kuku tanggan dan kaki..begitu juga dengan seorang wanita. Untuk itu jangan lah mengabaikan kebersihan kuku, kerana kuku akan mencerminkan keperibadian sesorang...

Sunday, 18 March 2012

Adakah anda berambut panjang????


 Anda yang berambut panjang boleh mencuba menyanggul rambut seperti yang tertera digambar ini..sanggul khas untuk menghadiri apa saja majlis yang dihadiri..untuk kelihatan lebih menarik..pilihlah aksesori rambut yang tertera dibawah...pasti anda lebih kelihatan anggun dan menarik.
Biasanya seorang wanita yang berambut panjang dapat mempelbagaikan fesyen rambut yang dikehendaki, misalnya rambut yang panjang boleh disanggul mengikut kesukaan masing2, kerana bukan semua orang sesuai untuk melepaskan rambut mereka. Jika tidak pandai menggayakan rambut, anda boleh kelihatan berserabut. Bukankah itu pandangan yang tidak menarik bagi seorang wanita? Langkah selamat untuk kelihatan lebih bergaya dan punya keyakinan dengan penampilan yang sopan serta menarik adalah dengan cara menyanggul rambut serta sematkan aksesori kepala yang sesuai, pasti penampilan anda lebih cantik dan menarik.

BAU KETIAK LELAKI HILANGKAN STRESS????

Sesetengah orang memang alah pada bau-bauan. Jika kita tercium bau badan, ia memang boleh menghilangkan mood, apa lagi kalau seseorang itu yang sudah berminggu minggu tidak mandi..pasti bau nya menusuk hidung dan terkadang kita boleh menjadi pening kerana terhidu bau yang amat menyiksakan hidung.


Tetapi tahukah anda bahawa bau ketiak lelaki boleh menghilangkan stres wanita. Beberapa tahun yang lalu, bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan  Journal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang senaja "diproses" dari lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda"dengan bau semulajadi lelaki. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh menceriakan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita tenang...


Kepada suami2 diluar sana, kalau nampak si isteri sedang marah2..cepat2 peluk dan biar betul2 dibawah ketiak...biarkan dia menghidu peluh ketiak anda..pasti dia akan jadi tenang....

Saturday, 17 March 2012

           Beca adalah salah satu tarikan untuk pelancong di Pulau Pinang
 beca yang parking berderet menunggu penumpang...dan kesemua beca2 ini kelihatan agak usang...
 Bila saya ke Pulau Pinang, tempat ini lah tempat saya menjamu selera diwaktu malam..kerana ianya dekat dengan Malaysia Hotel..makanan yang terdapat disini sangat murah dan sedap.
Makanan kegemaran saya...

Pemberian terindah buat orang tersayang..

Pernahkah nda memberikan sesuatu kepada pasangan hidup anda? Mungkinkah kita menghadapi kesukaran, untuk memilih hadiah yang diberikan kepada dia yang anda cintai...seorang wanita sangat senang jika sekiranya pasangan dia mengingati hari2 bahagia dalam kehidupan mereka...seorang wanita juga amat senang jika sekiranya pasangan nya memuji dia dalam apa jua keadaan. mari kita lihat beberapa panduan penting yang mungkin boleh dipratikkan oleh semua orang untuk menyenangkan hati pasangan masing2.

Menjadi pendengar yang setia

Bila pasangan bercerita..jadi lah pendengar yang setia, tidak perlu memikirkan tanggapan. Dengar saja pada saat dia bercerita ataupun bercakap.

Berikan ungkapan kasih sayang


Bermurah hati dalam memberikan pelukan, ciuman dan tepukan lembut di bahu pada waktu yang tepat. membelai rambut bila bersama.bersenda gurau dan berkongsi cerita lucu. pemberian ini akan menyatakan "Saya senang tertawa bersamamu".

apa2 pun terpulang pada individu macam mana membuat pasangan masing2 happy.

Thursday, 15 March 2012

kenangan mengusik jiwa

masa saya didalam tingkatan 3, saya seorang pengawas..jadi setiap pagi saya ditugaskan berjaga dipintu pagar sekolah..menangkap pelajar yang lewat ke sekolah..time tu ada seorang guru yang selalu lewat sampai disekolah..iaitu guru BI yang juga guru kelas saya..dia ni datang dari Batak, Indonesia. seorang yang pendiam..dia hanya bercakap dikelas masa memberikan penerangan dalam mata pelajaran yang dia ajar..yamg selebihnya dia lebih suka mendiamkan diri..dia tidak pernah marah walaupun selalu saya saya buli dia...selalu saya cakap dengan dia..macam ni"cikgu u dah selalu sangat lewat sampai kesekolah..hari ni saya mahu hantar nama cikgu kat guru besar!"dia senyum ja..pas tu saya cakap dengan dia.."cikgu setiap hari saya nampak cikgu pakai baju yang sama..cikgu tiada baju lain kah?" dia senyum ja...aduiii cikgu ni betul2 tidak pandai marah.


Dalam kelas cikgu tu saya ni boleh lah dikata kan pandai sedikit dalam bahasa BI...boleh mengarang dan selalu mendapat pujian dari cikgu tu..kalau ada homework  karangan..maka ada lah kawan2 saya ni minta supaya saya buatkan karangan BI untuk dorang..apa lagi saya pun tolong lah buat..kerja sendiri tidak terbuat , keesokan hari saya pun buat lah dengan rush karangan tu..tulisan macam cakar ayam..kalah2 tulisan doktor..walaupun buat karangan tu last minit..saya tetap dapat yang terbaik..tapi cikgu mark di buku saya..macam ni"Rita tulisan awak macam cakar ayam, buku awak macam dipijak gajah!"...merah padam lah muka saya ketika tu..tapi buat2 tidak tahu saja..


kalau mahu ke bilik guru..mesti lalu  dikelas saya dan saya pula duduk ditepi tingkap...so pada 1 april (april fool) cikgu BI tu lewat lagi dan kebetulan pada hari itu bukan giliran saya bertugas dipintu pagar sekolah..maka cikgu tu lalu la dikelas kami..saya dengan spontan memanggil cikgu tu...saya cakap "sir the principle want to see u now"wah apa lagi dia cepat2 lah pergi bilik guru besar...dia turun senyum2..ingatkan dia marah...dia cakap...hari ini dalam sejarah cikgu kena fool...sorry lah cikgu saya  ni jahat sikit...


Saya masuk pertandingan menyanyi pada bulan berikut nya iaitu bulan mei..dan menang tempat pertama..masuk news lah kunu2..so cikgu tu nampak lah..keesokan hari bila saya sampai disekolah..dia umumkan pula dalam kelas..so permintaan dia..dia mahu saya menyanyi untuk perpisahannya kerana dia akan menyambung perlajaran ke oversea tidak lama lagi...i'll be missing u all..especially u rita...kerana u suka sangat kenakan cikgu...itu kata2 terakhir dia...so keesokan hari dia tidak datang kekelas  lagi...


so cerita saya pun berakhir...THE END...

Wednesday, 14 March 2012

kenangan manis mengamit rindu ku...

Aku nak sambung ceta pasal aku time skol dulu..masa ni aku berada didalam tingkatan 3 dan bersekolah di ST. Peter Telipok..aku dah cakap dengan korang yang aku ni memang agak nakal..tapi nakal2 nya aku ni tak lah jahat tau..cuma tidak ada sikap keperempuanan..kawan2 aku biasanya lelaki..pompuan biasanya akan menjadi bahan buli aku.


Time ni aku belum lagi tau apa tu cinta..tak suka nak kapol2...kalau ada saja yang nak hantar surat (time dulu tak ada pon nak hantar sms) aku tak baca pun surat tu..pakcik aku yang tolong bacakan dan siap dengan menolong aku membalasnya..satu hari ni aku dapat surat dari seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai disebuah kedai kopi. Masa tu aku dengan bapa aku selalu breakfast kat kedai tu before dia hantar aku ke sekolah..seperti biasa uncle aku yang buka surat tu, wahhhhhhhhhhh..terkejut besar oh! my uncle..surat tu ditabur bedak...aku hanya ketawa melihat gelagat my uncle...orang tu nak berkenalan dengan aku...my uncle balas lah surat tu..aku tak tau apa dia cakap..next morning the guy bagi aku kueh pau ayam..2 biji..terkejut sakan aku..bila aku balik dari sekolah, aku pergi rumah uncle and tanya..rupanya my uncle balas menggatakan aku setuju...patut lah orang tu malu2 kat aku pula...


Next morning aku tak nak ikut my father pergi breakfast kat kedai tu lagi.meluat pula tengok muka orang tu..dipendek kan cerita..lelaki  itu kecewa dengan aku dan bertukar kerja entah kemana..aku tak kesah...makanya  kedudukan ku selamat dan tidak diganggu lagi.


Tapi gangguan itu tidak terhenti disitu sahaja..sekali lagi aku diganggu oleh seorang Lelaki yang bekerja disyarikat peladang..yang mana ketika itu mereka menjalankan satu projek dikampung ku..ada ni seorang mamat kasanova..nak memikat aku..datang kerumah berbaik baik dengan ibu ku pula...menyampah betul lah dengan sikap orang ni..sampaikan emak aku mahu aku berkawin dengan orang ni..alahai aku masih dibawah umur time tu..apa pula nak kawin...yang sangat2 menjengkelkan aku ialah dia selalu menunggu aku balik dari sekolah..nak hantar aku balik rumah konon..satu hari dia bagi tahu aku yang dia nak pergi outstation..so aku jawab cam ni tau.."pergi lah..aku tak peduli ponnnnnn!"


Balik dari outstation dia datang jumpa aku...dia bagi aku sebuah bakul..dalam bakul tu ada bunga palsu dan seutas rantai tanggan emas putih...aku ambil saja hadiah tu..dia berpesan jaga gelang tu..kalau gelang tu hilang bermakna berakhirlah cinta kita...wekkkkkkkkkk..bila pula aku bercinta dengan mamat ni...perasan betul dia...sampai dirumah aku dan kakak ku ketawa besar..dia tak tahu ke aku ni sememangnya tidak suka benda2 palsu seperti bunga ni..aku tak suka bunga plastik...bagi ku itu melambangkan kepalsuan hati dia...


Gelang emas putih tu aku bagi kawan aku...so bila dia tanya , aku cakap hilang..syukur mula dari saat itu dia tidak lagi datang menganggu aku..sebab dia cakap aku tidak sungguh2 dalam percintaan..hahahaha..sungguh2????aku belum bersedia untuk bercinta lah kawan...so aku free sampai lah aku menjejak kan kaki ke tingkatan 4...


Besok aku nak ceta camna aku buli teacher bahasa BI aku pula...tunggu ya..ok aku nak berhenti sekarang..daaaaaaaaaaa

Monday, 12 March 2012

Kasihannya bila tiada pengenalan diri..

Sekarang pihak kerajaan menjalankan penangkapan besar2an terhadap PTI disabah...bagus juga lah supaya criminal disabah dapat dikurangkan..dan yang paling penting tiada lagi project IC...bercakap mengenai dengan PTI ni, sebagai manusia biasa sebenarnya mereka pun punya hati dan perasaan..mereka inginkan keselesaan hidup untuk anak cucu mereka..cuma mereka datang  di Sabah dengan tidak mengikut proses yang betul..menyebabkan mereka hidup dalam pelarian..sentiasa didalam ketakutan, dan yang paling kasihan ialah mereka yang sudah beranak pinak dan tidak punya tempat tinggal yang selesa.


Tengahari tadi saya menyaksikan sendiri pihak berkuasa menahan dua orang Indonesia (Wanita)ketika wanita itu pulang dari pasar membeli sayur2an, yang  membuat saya sangat2 kasihan ialah si wanita tadi berusaha untuk melepaskan diri, ingin lolos daripada pihak berkuasa tadi..pihak berkuasa seorang wanita bercakap dengan kasar pada wanita tu.."kenapa ko mo lari, ko mau kah saya tampar ko disini!"boleh kah kalau tidak berkasar pada mereka2 ini, mereka ingin lari keran mungkin dia punya anak kecil dirumah..saya tahu lah itu ada lah kerana mereka ingin menjalan kan tugas mereka..tapi bertolak ansur lah..jangan lah berkasar.


wanita tadi berjaya melarikan diri, tapi akhirnya ditangkap semula bila sekumpulan pihak berkuasa mengejar wanita tadi..percubaan untuk melepaskan diri tidak berjaya..saya hanya berharap disini supaya pihak berkuasa itu boleh berinteraksi dengan baik agar tahanan tidak merasa takut...sorry saya hanya menulis mengikut apa yang saya saksikan dengan mata saya sendiri..


Dalam hati kecil saya berkata..aku tak boleh jadi Polis..kerana aku puna hati yang sangat rapuh..mudah kasihan dan tidak boleh melihat orang lain menanggis dan bersedih...


sekian dulu...aku chauuuuuuuuuuuuuu now...

Sunday, 11 March 2012

Buah tanggan ....

Key chain..
key chain ini yang diukir dengan nama Langkawi hasil seni penduduk Langkawi sendiri dijual dibeberapa tempat di Langkawi khas untuk pelancong yang datang...sebagai tanda kenangan atau pun buah tanggan untuk kawan2 dan saudara mara ditempat masing2.
sudut buah tanggan
bermacam macam jenis buah tanggan yang dijual ditempat ini...ianya cantik dan harganya pun tidak lah sebegitu mahal.
sudut buah tangan

Saturday, 10 March 2012

Underwater World

 
Anjing laut
Anjing Laut ini sedang tidur ...sungguh kagum menyaksikan cara mereka berenang berkumpulan..seolah olah mengikut alunan musik dan seakan menari didalam air...jika sekiranya anda sedang dalam tension...datang saja ke underwater wall...saksikan sendiri binatang2 yang berbagai jenis di aquarium ini..anda pasti dapat melupakan segala permasalaan yang anda hadapi..
Aquarium ikan d underwater world
 The highlights of this aquarium are the split level penguin exhibit with underwater view and the tunnel tank housing the giant groupers, rays and sharks...its's amazing ..


Penguin malaysia..
penguin sedang berehat selepas penat berenang ..menyusuri air yang tenang dan jernih...

kenangan yang manis dialam persekolahan...

Pada suatu ketika dulu...ni time aku masih remaja...masih skol g ..d SMK Likas dalam tingkatan 4 art..masa tu aku baru masuk kelas tu..coz b4 tu aku d sekolah cina d shan tao..tapi aku tak tahan skol tu..setiap hari kena keluarkan duit tuk printing lah..macam2 lah..so tanpa memberitahu famili ku..aku urus sendiri perpindahan sekolah ku..


Nasib baik lah d SMK Likas tu ada kekosongan..memandangkan keputusan sains ku agak baik aku diterima masuk kelas sains..tapi aku menolak..takut tak boleh angkat mata pelajaran tu...so aku merayu untuk masuk kelas art ja..nasib menyebelahi aku..aku diterima masuk dikelas tu..


Hari pertama aku berada dalam kelas tu..aku menjadi usikan budak2 lelaki dalam kelas tu...mereka senaja membaling kan kapal kertas kearah aku..bila aku berpaling nak tengok dari mana datangnya kapal kertas tu...budak lelaki tu akan tersenyum dan berkata.."I Love U."huhuhu..dalam hati menyampah sangat dengan sikap budak2 lelaki tu..geram pun ada..suka pun ada..aku mula perasan...hehehehe dalam hati berkata..."cantik ke aku ni?"


Dalam kelas tu ada seorang kawan yang pada mulanya meluahkan perasaan kat aku..namanya bermula dengan huruf R...tapi bila aku mendapat tahu yang dia ada lah my cousin..aku selalu memberi amaran pada dia..jangan cuba2 untuk menjalin hubungan cinta dengan aku kerana dia dan aku ada lah cousin..so akhirnya dia matikan niat nak berkapol dengan aku...kesudahannya kami jadi kawan baik..tu yang aku ceta dulu tu..dia yang supply aku game & buah mata kucing..


Cinta dia beralih pada my best friend ketika itu...my best friend tu seorang yang cantik..dia berbangsa sino kadazan..kedua2nya bercinta akhirnya..dan sememangnya lah my friend R seorang yang sangat setia dalam perhubungan..tapi sayang jodoh mereka tak kesampaian..masing2 telah berkawin lain..my friend berkawin dengan seorang doktor dan kini menetap di Johor dan my cousin berkawin dengan kerabat datuk di Penampang..dan sekarang dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tapi sayang dia sudah tidak menjaga penampilan sehinggakan nampak lebih tua dari usianya...


Berbalik kepada zaman persekolahan ku...masa tu, dalam kelas ada 3 orang bersepupu dari Laha Datu, seorang bernama W, seorang lagi A rendah dan yang seorang lagi bernama A Tinggi..tak perlu lah aku menyebut nama mereka didalam full sentence k..dan yang peliknya mereka ni semua ada hati nak tackle aku pula...masing2 nak dekat dengan aku..tapi aku lebih mesra dengan c W...tapi hanya sebagai kawan..tak lebih dari itu...dia selalu sharing cerita mengenai GF dia kat aku..tak tau pula dia menyimpan perasaan kat aku...yang seorang ni c A rendah..selalu memuji mata aku...bibir aku...huhuhu..lain bunyinya...tapi terus terang aku memang tertarik dengan c A rendah ketika tu..tapi yang paling gentleman ialah A tinggi..dia datang pada aku dan meluahkan perasaan nya pada ku...aku tolak lah cinta dia..coz aku tak berminat dengan dia..


Satu hari aku tidak hadir ke sekolah kerana kurang sihat..keesokan hari bila aku masuk kelas..semua orang memandang kearah aku..then aku pun kehairanan lalu bertanya mengapa semua orang memandang aku dengan senyuman menyindir?mereka cakap..tak baca ke perkataan kat blackboard tu..i said..ada apa?? kawan2 aku cakap..baca lah sendiri...bila i pandang kat blackboard..aduiiiiiiiiiii!!!satu perkataan yang ditulis dengan huruf besar berbunyi cam ni "RITA BILAHI AKU TA KAU" yang bermaksud dalam bahasa melayu..Rita aku suka kamu...satu kelas mentertawakan aku..bila aku tanya siapa punya kerja...C A tinggi pula datang mengaku...huhuhu gentleman nya mamat seorang ni...best kan bila kita recall balik kisah2 silam dialam persekolahan..


Sayangnya aku telah lost contact dengan kawan2 sekolah..juga dengan 3 orang bersepupu ni..harap2 satu ketika nanti kami boleh reunion...best kann...aku stop dulu k...kerana  idea dah tak ada...byeeeeee

Thursday, 8 March 2012

Pantai Cenang..

 tengok lah..i mkn Laksa & rojak buah seorang2...no share2..sedap o...pantai ni berhadapan dengan lapangan terbang dilangkawi...so kalau anda duduk di gerai ni makan & minum...anda boleh menyaksikan kapal terbang berlepas dan kapal terbang landing....memang agak bisik tapi tak lah kedengaran sangat coz ianya di iringi dengan deruan ombak memukul pantai cenang...disamping itu anda boleh menyaksikan matahari terbenam dari pantai ni juga..sungguh indah...
ini lah pemandangan dari tepi pantai cenang...

Apa yang anda perlu bawa jika anda memulakan perjalanan jauh?

Untuk pengetahuan kawan2...terutama sekali kaum wanita..pasti saja akan membawa barang2 keperluan wanita seperti berikut:-


Towel wanita:
Benda ni harus sentiasa berada dalam beg wanita kerana terkadang tetamu merah tidak pernah diundang akan datang bertamu dalam bila2 masa, bagi wanita yang kitaran haidnya tidak regular...so kena alert selalu..jangan lupa benda2 kecil atau remeh seperti ini...


Tapi sebagai seorang wanita yang tau menjaga kebersihan..sepanjang masa dia akan menggunakan panty liner untuk keselesaan...dengan adanya panty liner wanita tampak lebih cergas dan lebih yakin dengan penampilan seharian...


Makeup:
Mampukah wanita keluar tanpa bermakeup?tidak kan...justru itu benda2 ini pasti selalu bersama wanita kemana saja mereka pergi..


Ubat2an:
Banyak yang lalai mengenai dengan ubat2an ni..terkadang mereka lupa membawa benda2 kecil cam ni tapi sangat berguna jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. misalnya jatuh sakit dengan tiba2, demam, batuk dan sebagainya akibat dari perubahan cuaca..so kena ingat selalu ya..oooopppss..lupa..jangan lupa air mineral...mesti minum air banyak apa lagi kalau cuaca panas..


Bukan benda2 ni ja yang perlu diberi perhatian..banyak lagi, misalnya ic, pasport dompet duit jangan lupa o...ada lagi..card cridet untuk kegunaan masa kecemasan...hehehehehe


Ni tips tuk orang perempuan ja k..kaum lelaki pula tak tau apa keperluan mereka...so kena ingat sendiri lah ya...ok lah saya rasa cukup lah untuk hari ini..besok2 saya update blog lagi ya..saya nak chauuuu sekarang...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Tuesday, 6 March 2012

Dari sebuah kesilapan....

kita sering diuji dengan perkara2 duniawi yang tidak dapat kita hindari...kita sebagai manusia kerdil sering kali tewas dalam cubaan untuk melakukan yang terbaik dalam hidup kita...ujian itu kadangkala datang dari perkara2 yang kecil, ringan dan yang terbesar....juga perkara2 yang disenajakan dan juga tidak disenajakan...kita kalah dengan suara hati  kita sendiri...


kita hidup dalam masyarakat majmuk...masyarakat yang berbilang bangsa dan agama...setiap agama yang ada didunia ini punya tujuan yang satu , iaitu menyembah dia yang maha Esa...yang membeza kan agama ialah cara untuk menyembah...tapi punya satu tujuan iaitu berbuat baik..


saya percaya dalam kehidupan kita masing2 punya cerita tentang kesilapan/kesalahan...begitu juga dengan diri saya...dalam usia yang baru saja menjejak ke usia remaja..ketika itu saya baru saja berusia 13tahun...nenek saya  sakit dan menyuruh saya pergi membeli ubat dipekan...tapi disebabkan saya sudah ada temujanji dengan kawan pada hari itu saya terpaksa menggatakan pada nenek yang saya tidak dapat menolong dia kerana saya ada hal penting yang harus saya utamakan pada hari itu. Nenek tidak membebel seperti biasa..dia diam dan berlalu pergi..ketika itu sememangnya saya sedar saya bersalah..tapi saya melawan suara hati saya, sehingga kan saya mengambil keputusan untuk tidak menolong nenek..


petang sekembalinya saya dari berjumpa kawan saya, nenek sudah dihantar ke hospital....satu penyesalan yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini...untuk pengetahuan para pembaca...saya juga masuk pertandingan menyanyi pada ketika itu dan final nya akan diadakan pada minggu  berikutnya....pada hari pertandingan....saya diberitahu yang nenek sudah meninggal...tapi ayah menyuruh saya meneruskan pertandingan ...ketika saya menyampaikan lagu persembahan saya..saya menanggis..kerana lagu yang saya bawa itu ada lah lagu sedih...lepas pertandingan saya bergegas pulang...mayat nenek masih lagi dihospital...


Saya tidak menyangka nasib menyebelahi saya..saya menang pertandingan tempat pertama...tapi saya kehilangan seorang yang bergelar nenek...kekesalan itu masih lagi menghantui diri saya sampai saat kini...
kesimpulannya...jangan lawan suara hati yang berbisik kebaikan....nanti menyesal jadi nya..belajar lah dari kesilapan...

Monday, 5 March 2012

Ceta tuk buat kita senyum2 ja..(Ilmu Hitam)

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.


"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,"terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar mendengar ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.


Beberapa hari yang berlalu, Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengkebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.


"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?"tanya jirannya.
"Tidak!"jawab Minah
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia menghadap ke bawah!"


Hrmmmmmmmm...pintar juga Minah ni kan...alamat c Wahid akan sengsara mengorek tanah yang tidak ada penghujungnya...jangan main sumpah2..tak baik!!!

Cari lah pasangan hati mu....

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita..kerana adanya rasa kasih..maka kita tidak pernah merunggut walaupun nanti dia bukan milik kita..


Tuhan telah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tanggan untuk berpaut/memegang...dua mata untuk melihat dan dua telinga untuk mendengar...tapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan  sekeping hati kepada kita? kalau anda ingin tahu...sekeping lagi hati Tuhan telah berikan pada seseorang untuk kita mencarinya..itulah namanya CINTA!!!!!


Tapi bagaimana pula cerita  mereka yang sudah mencantumkan hatinya pada seseorang yang bergelar pasangan hidup tapi masih mencari CINTA ataupun KASIHSAYANG????apa yang terjadi kepada mereka ini???Jika benar tuhan telah menganugerahkan kita sekeping hati dan sekeping lagi hati perlu kita cari....setelah ditemukan....berpaut menjadi satu...tapi akhirnya kita disakiti dan berakhir dengan perpisahan..apakah ini dikatakan BUKAN JODOH???atau kah dia bukan jodoh yang sesuai..dan harus mencari dan terus mencari!!!!


huhuhu...persoalan hanya tinggal persoalan..aku sendiri tidak bisa menjawab..kerana aku juga tidak pasti samaada aku telah menemukan cinta sejati aku atau tidak...aku percaya pada Jodoh...kata orang walaupun kita menyintai seseorang itu setengah mati..tapi kalau bukan dia jodoh yang Tuhan telah tentukan untuk kita...perpisahan pasti akan berlaku akhirnya..tapi jika kita dipertemukan dengan seorang Jodoh yang teruk...tidak bertanggung jawab...semua beban kita pikul sendiri..maka jodoh harus dihentikan....


hehehehe..aku kena berhenti dulu...chauuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, 4 March 2012

Bunga Kantan & Daun Kesum...apa kegunaannya????

 Bunga kantan muda adalah perencah utama untuk membuat kuah laksa..iajuga selalu diletakkan dalam masakan asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma...ermmmmmmmmmmm..sedapnya..sampai air liur pun meleleh bila teringat masakan yang dicampur dengan bunga kantan ni..kalau di Sabah..bunga kantan biasanya tumbuh meliar di hutan..pada mulanya tidak sesiapa pun yang memperdulikan keujudan bunga kantan ini..tapi bila saja ada orang yang mengetahui kegunaan bunga kantan ini..ianya mula di jual dipasar malam dan kini harganya pun agak mahal..biasanya disabah bunga kantan digunakan untuk memasak masakan tradisional seperti masak ikan pinaasakan...untuk menaik kan aroma masakan itu...
seperti juga bunga kantan daun kesum juga digunakan untuk tujuan menaik kan aroma dan menyedapkan rasa masakan supaya ada ummh..ianya biasa diletak kan dalam masakan asam pedas dan tom yam....juga boleh digunakan atau boleh dibubuh dalam masakan ikan rebus...wangi dan menyelera kan...sedappppppp...


Bercakap mengenai daun kesum ini...ada satu cerita disebalik daun kesum ni..tapi bukan melibatkan siapa2..hanya cerita ini berkisar kepada saya seorang...dimana seorang kawan telah memperkenalkan saya kegunaan daun kesum ni..sebab selama ini saya tak pernah tau apa daun kesum sebenarnya...so bayangkan..daun kesum dibelakang rumah saya...datang dari JB..huhuhu jauh kan..tapi saya kena jaga daun kesum tu...agar bercambah dengan subur...tak boleh layu...hehehehe..disinilah bermulanya saya mengetahui kegunaan daun kesum sebenar..thanks to my friend..tapi gambar pokok kesum di blog ni bukan milik saya tau..ni copy and paste ja..


ok..aku nak berhenti dari bercoleteh dulu...chauuuuuuuuuu

Petua nenek kebayan...

 Ini lah dia yang dikatakan Limau kasturi...kegunaan limau kasturi ini ialah...baik untuk menghilangkan bau ketiak...ambil sebiji buah limau kasturi, belah dua dan gesel kan pada ketiak yang berbau..amal kan setiap hari selepas mandi..pasti bau ketiak akan hilang ..tak perlu pakai odorono..ikut ja petua nenek kebayan ni...hanya terpulang pada individu sama ada mau mengamalkan petua ini atau tidak...timun baik untuk menegangkan wajah...kerana didalam buah timun terdapat sejenis mineral yang dipanggil silika yang berfungsi dalam mempertahankan produksi kolagen.


Haliah pula baik untuk menghilangkan angin dalam badan...ianya boleh diamalkan dengan membeli teh haliah yang telah diproses atau pun menggamalkan nya secara tradisional..ambil sedikit haliah..tumbuk..simpan dalam cawan, campurkan dengan air suam dan sedikit madu..rasanya sedap..dan tidak lama dari itu anda akan buang angin berkali kali..nyamannnnnnnnnn..


cuba lah petua2 ini..tak rugi tau...selamat mencuba.....

Kecantikan seorang wanita terletak dimana????

bercakap mengenai isu kecantikan seseorang wanita...tentu anda semua bersetuju dengan saya, jika saya katakan kecantikan wanita bukan saja terletak pada luaran tetapi ianya bermula dari dalaman...jika2 seseorang wanita itu cantik pada luaran..tetapi mempunyai sikap yang kurang baik..maka wanita itu belum sempurna menjadi wanita tercantik...


tahu kah anda hati yang baik mencerminkan kecantikan anda?Paling penting sentiasa iklas didalam segala hal, termasuk iklas dalam melakukan segala hal yang melibatkan kebaikan..jangan sesekali berbuat jahat kepada orang lain, kerana ini hanya akan memburuk kan reputasi anda sebagai seorang yang cantik..orang akan menilai kecantikan seseorang dari sikap bukan dari penampilan..tak guna anda mempunyai wajah yang cantik, solekan yang mampan, tetapi anda banyak membuatkan orang kecewa dan bersedih dengan setiap tindak tanduk anda.

Bercakap mengenai dengan kecantikan...seseorang wanita yang dilahirkan kurang cantik, jangan lah terlalu merendahkan diri kerana didalam dunia yang serba moden ini banyak alat2 kecantikan yang boleh kita gunakan..seperti alat2 solek yang berada dipasaran..tapi harus berhati hati dengan barangan palsu yang banyak menggunakan bahan2 yang berkimia tinggi...bukan cantik jadi nya tapi tambah memburuk kan keadaan muka...so bagi wanita2 yang ingin cantik lebih baik mengguna kan kosmetik yang biasa digunakan wanita asia, malaysia khasnya..kerana ianya bersesuaian dengan iklim negara kita dan mungkin sangat sesuai dipakai dimalaysia...


Ini cadangan saja...tapi untuk tips2 kecantikan, beli lah majalah RAPI...segala2 nya ada dalam majalah tu, semuanya berkisar kepada cara2 untuk menghindarkan diri dari kegemukan, kalestrol tinggi & juga kecantikan...beli lah...jangan miss..beli setiap minggu...best majalah ni....


saya kena berhenti dulu....chauuuuuuuuuuuu...