Pada coretan saya yang lalu, saya ada menyentuh tentang Limau kasturi boleh menghilangkan bau ketiak, kali ini saya ingin membawa anda mengikuti beberapa petua untuk amalan kita bersama:-
Hampas teh menghilangkan bau ketiak...sejauh mana kebenaran petua ini, kita kena amalkan setiap hari dengan mencampurkan hampas teh dengan sedikit air garam. Sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit. Kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. lakukan secara kerap setiap hari...anda akan mendapati bau ketiak hilang...
untuk menghilangkan urat yang timbul dikaki pula..ambil segengam kacang hijau dan direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah pada waktu pagi dan malam. selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki keatas setinggi mungkindengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur. Amalkan setiap kali sebelum tidur necahaya anda akan mendapat hasil yang baik...
untuk menggelakkan tumit pecah..anda disarankan untuk mengambil rambut yang gugur (sebanyak mungkin) , kemudian rambut itu dibakar. Abunya dicampurkan dengan minyak kelapa. Waktu mahu tidur sapukan pada tumit yang pecah2..amalkan setiap hari..pasti masaalah anda akan diselasaikan...
untuk menghilangkan kesan jerawat pula...anda disarankan untuk mencuci muka anda dengan menggunakan air kelapa muda. Biarkan air itu kering sendiri...amalkan setiap hari..pasti kesan jerawat berhasil dihilangkan..
sekian dulu petua dari Nenek kebayan hari ini...selamat mencuba dan jumpa lagi..chauuu dulu..
No comments:
Post a Comment