Tuesday, 20 March 2012
Kuku mencerminkan keperibadian seseorang...
Dengan melihat kuku, orang dapat menilai sejauh mana keperibadian anda sebenar. Tetapi kebanyakan kita tidak mengambil berat tentang penjagaan kuku sedangkan penjagaan kuku bukan saja penting tetapi juga mudah dilakukan.
Seperti wajah yang perlu kelihatan cantik dan berseri, kuku juga memerlukan penjagaan yang khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus. kuku yang panjang perlu penjagaan yang rapi..kerana pada dasarnya dia kelihatan bersih..tapi jauh didalam dia menyimpan kuman yang boleh menyebabkan penyakit.oleh itu amalan kebersihan terutama sekali kuku amat penting bagi menggelakkan sebarang jangkitan kuman.
Bila kita berkenalan dengan seorang lelaki, perkara pertama yang menjadi perhatian adalah kuku tanggan dan kaki, seorang lelaki yang tidak menjaga kebersihannya boleh dilihat dari kuku tanggan dan kaki..begitu juga dengan seorang wanita. Untuk itu jangan lah mengabaikan kebersihan kuku, kerana kuku akan mencerminkan keperibadian sesorang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment