Tuesday, 20 March 2012

Petua Penjagaan Kuku Tangan

Tabiat manusia kadang2 membawa kepada kecederaan kuku tanpa disedari. Berikut adalah tip yang boleh anda amalkan:-


~ guna losyen tangan selepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan
~ jangan memotong kuku terlalu pendek dan jangan memotong cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit
~ elakkan selalu menukar warna kuku
~ jangan mengorek sesuatu dengan menggunakan kuku
~ rajin merendam kuku didalam air hangat dan ditambah sedikit garam dan minyak zaiton..
 Note
Sebenarnya banyak lagi petua2 yang boleh kita ambil dan amalkan bagi mengelakkan kuku kita daripada menjadi rosak dan kelihatan hodoh. Apabila kuku anda senang patah, bermakna anda kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan kalsium tambahan atau mengambil makanan yang mengandungi kalsium tinggi. Ia sudah cukup untuk membuatkan kuku anda kuat dan tidak mudah patah.


Jika kuku kelihatan pucat, atasinya dengan menyapukannya dengan lemon. Kandungan bahan kimia dalam jus lemon akan membuatkan kuku anda berkilat.
Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment