Sunday, 26 August 2012

Jatuh cinta dan berkahwin dengan ular?????

BHUBANESWAR (INDIA)...sejauh mana kebenaran berita ini...mari kita sama2 baca artikel yang saya peting dari Koleksi MISTERI.

Sememangnya cinta tidak mengenal siapa. Begitu juga yang berlaku kepada seorang wanita yang telah jatuh cinta dan bertekad untuk mengahwini seekor ular tedung baru2 ini.

Menurut laporan agensi berita Press Trust of India, wanita terbabit, Bimbala Das telah melangsungkan perkahwinannya di hadapan kira2 2,000 tetamu dan mengikut adat istiadat tradisional di perkampungan Atala berhampiran Bhubaneswar, ibu negeri Orissa.

Di majlis perkahwinan tersebut, Bimbala telah memakai pakaian tradisional India iaitu sari sutera. Namun begitu ketika majlis perkahwinan berlangsung ular tersebut langsung tidak keluar dari tempat persembunyian di bukit berhampiran.

Sebagai ganti, sebuah replika ular yang diperbuat daripada gangsa telah dibina sebagai pasangan Bimbala. Menurutnya, meskipun ular itu tidak memahami percakapan manusia tetapi mereka mampu berkomunakasi cara sendiri. Setiap hari Bimbala akan meletakkan susu dibukit berdekatan dan ular tersebut akan keluar untuk meminumnya. Bimbala sentiasa memerhatikan ular itu dan akhirnya dia jatuh cinta.

Dunia2..macam - macam cerita..

Wanita makan batu selama 20 tahun..




Seorang wanita, Teresa Widener telah menggelar dirinya sebagai 'rock fan'. Bukan kerana irinya adalah peminat fanatik muzik rock, tetapi wanita tersebut memiliki tabiat pelik iaitu gemar memakan batu. Malah, lebih dari 20 tahun Teresa Widener menjadikan batu sebagai makanan kegemaran hariannya.

Dalam masa sama, Widener turut memiliki sebuah almari khas untuk menyimpan kesemua batu-batu yang akan menjadi makanan hariannya. idener yang merupakan penduduk kelahiran Bedford, Virginia ini memperolehi kebanyakan batu-batu yang dijadikan makanannya dipinggir-pinggir jalan. Jika saiz batu itu kecil, Widener akan terus memakannya begitu saja. Tetapi sekiranya batu yang ditemuinya bersaiz besar, Widener akan menggunakan pemukul untuk memecahkan batu tersebut.

Pelik tapi benar..tetapi kini, setelah berkahwin kegemaran Widener memakan batu sudah berkurang.

Aku rindu dia..

Nampaknya dia sudah agak lama tidak menghubungi ku..dia masih lagi berada dikampung..dan aku disini menanti dia dengan penuh kerinduan.

Huhuhu...meskipun kami berjauhan..tidak kerap bertemu..hanya berbicara melalui pon..tapi terasa dia sangat dekat pada ku..kerana dia adalah teman ku yang paling akrab..terkadang kalau tidak ada berita dari dia dalam jangka masa yang agak panjang aku jadi rindu sekali..Aku hanya berharap agar nanti, bila dia sudah masuk bertugas dia akan menghantar berita untuk bertanyakan khabar pada ku..

Aku sudah cuba untuk bertahn..agar tidak membicarakan soal perasaan ini..tapi semakin aku cuba semakin hati ini meronta-meronta agar menitipkan kerinduan ini pada angin lalu agar bisa dia tahu..betapa ada seseorang yang sangat2 merindui dia..dari kejauhan...


Siksanya menjadi seorang perindu!!!

Thursday, 23 August 2012

hellooooooooooooo...

Hai..nampaknya sudah terlalu lama aku tidak menjengkuk blog aku ini...bukan malas yer..tapi terlalu banyak perkara lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama aku mengalami sakit kaki yang teramat sangat....membuatkan aku tidak dapat melakukan apa2 pergerakan..terlalu sakit kaki ini melangkah..sudah dibawa untuk pemeriksaan doktor tetapi doktor tidak dapat memberikan kepastian, dan aku sangat tidak puas hati dengan jawaban yang aku terima.

Ada masa2 tertentu dia akan menyerang..sakitnya tidak terperi , boleh membuat aku menanggis dan mengerang kesakitan..reflex pun sudah...massage pun juga sudah..malah terapi juga sudah..malah kesakitannya hanya akan hilang untuk seketika..dan dia akan menyerang lagi.

Ada kawan2 yang suggest untuk berjumpa bomoh atau pawang..tapi aku belum sampai ketahap itu..so mungkin satu saat bila aku sudah tidak dapat bertahan jalan pintas akan ku ambil..iaitu berjumpa bomoh/pawang.

Monday, 20 August 2012

Hello semua...selamat beraya dengan famili dan kawan2


                 Ini lah juadah hari raya yang paling sedap yang saya jumpa pada hari raya kedua.
 Makanan dari permenade Hotel..ditempah khas oleh Tuan rumah..beraya d likas pada raya kedua..
                               ini muka ozel..udah keletihan...menunggu masa mahu pulang..
                          Ni baru mahu gerak pergi beraya..Granny, lil hory and my 2nd doter..
                                                           Ni saya dengan my doter..
                                                      my eldest doter with lil ozel
                                                         Horry with mum and dad
Horry tertidur dalam kereta..terlalu keletihan..

Tahun ini ada tahun beraya yang paling best buat saya, kerana anak2 saya berada bersama-sama dengan saya...mereka bercuti walau hanya untu 2 hari tapi sudah cukup membuat kami happy berkumpul bersama-sama. Hanya anak lelaki tak sempat pulang kerana pada hujung bulan ogos ini dia akan pulang dan tidak akan kembali bekerja di Singapore lagi.

Hanya anak perempuan yang no. 2 akan berada jauh daripada saya nanti, tapi disebabkan tugas yang tidak boleh ditinggalkan..dia kena berada di KL untuk beberapa waktu lagi.

Saturday, 18 August 2012

Kunci Kebahagiaan..

Di dalam sesebuah rumah tangga..seorang isteri yang telah dikahwini oleh seorang lelaki harus tahu memainkan peranan nya sebagai  isteri..meskipun seorang isteri itu bekerja, tanggung jawabnya terhadap rumah tangga amatlah besar..kerana dia perlu menjaga kepentingan suami dan juga anak2.

Ada sesetengah isteri yang berkerja menyerahkan tugas sepenuhnya kepada pembantu rumah, sehinggakan sianak lebih mengenali pengasuh dari ibu yang telah melahirkan nya. mengapa ini bisa terjadi ?kerana wanita bekerja merasa terlalu letih untuk melayan kerenah anak, malah untuk menyediakan makanan untuk suami juga tidak larat.

Walaupun didalam dunia yang semakin canggih ini..wanita dan lelaki haruslah berdiri sama rata dan berjalan seiring untuk menuju kejayaan..tapi wanita yang bergelar isteri harus bijak membahagikan masa antara bekerja dan rumah tangga. Jika terlalu mementingkan kerjaya..lebih baik melupakan hal2 lain seperti menimang anak dalam masa terdekat, kerana ini akan membeban kan diri sendiri kerana terpaksa membahagikan masa antara pejabat dan rumah.

Kunci kenahagiaan sesebuah rumah tangga adalah keserasian antara pasangan suami isteri, kepakaran isteri mengurus rumah tangga terutama sekali dalam bidang masak memasak, saling mengerti, tolak ansur sesama sendiri dan adanya perbincangan bila menghadapi sesuatu masalah yang melibatkan kedua belah pihak.

Bagi isteri2 yang menjadi suri rumah sepenuh masa, janganlah membiarkan diri anda tua sebelum masanya..walaupun berdepan dengan berbagai masalah bila berada dirumah, terutama sekali bila berdepan dengan karenah anak2..jangan buatkan ianya satu alasan untuk tidak berdandan seadanya..kerana suami akan happi bila melihat si isteri menyambutnya pulang dalam keadaan rapi dan tersenyum...isteri cerewet tidak disukai oleh suami...berhentilah menjadi seorang isteri yang kuat membebel...jangan biarkan suami beralih kasih pada yang lain...

selamat membaca....

Amalan budi bahasa makin hilang ditelan zaman???

Pada zaman dahulu, anak2 muda sangat taat pada kedua orang tua, sehinggakan apa yang orang tua suruh akan dituruti, termasuk dalam pencarian jodoh...anak2 muda tidak punya kesempatan untuk mencari jodoh sendiri, malah semuanya diatur oleh orang tua.

Namun begitu tidak ada terjadi penceraian, malah kasih sayang akan utuh sampai ke ujung nyawa..anak2 juga sangat2 menghormati orang tua, tidak pernah berkasar dan membantah kata2 mereka.

Tapi sekarang anak2 seakan tidak tau menghormati orang yang lebih tua dari mereka, malah tidak berbudi bahasa langsung. Ada sesetengah anak2 yang memperlakukan kedua orang tua mereka seperti musuh, mengherdik dan dimaki hamun. Sungguh malang nasib orang tua bila mendapat anak yang berperangai seperti iblis.

Anak2 muda sekarang tidak menghormati orang yang lebih tua, anak2 kecil pula berlagak seperti orang dewasa. Cara bercakap agak kasar dan suka meninggikan suara pada orang yang lebih dewasa daripadanya. Apakah kerana dunia semakin moden, pemikiran anak2 pula banyak dipengaruhi oleh budaya2 barat yang sering mempamirkan kekasaran dan keganasan? sungguh kasihan bila anak2 muda sekarang tidak mengenal erti budi bahasa...

Bersyukur pada mereka yang masih lagi mempunyai anak2 yang menghormati kedua orang tua...masih lagi mengamalkan budi bahasa dan masih lagi berfikiran seperti manusia..Sebagai ibu bapa kita berperanan untuk membimbing anak2 kita untuk mengenal apa itu budaya yang kita amalkan...

selamat membaca...

Wednesday, 15 August 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Register saja... Sepa yang tidak mau duit kan??? Duduk diam-diam buli dapat duit?? Buli pecaya atau tidak.. blakang kira la.. sebab, kalau kamu register.. bukan mau bayar apa-apa pun.. register & sebarkan.. tu ja bah~~ 
kalau korang mau cuba boleh klik tu link diatas...cuba lah...jangan tunggu lama2..nanti rugi oooo..

Kegunaan kulit kayu manis...

Pada zaman dahulu kala,kurun pertama tahun masihi, kulit kayu manis sangat berharga dimana 359 gram kulit kayu manis sama dengan nilai kira2 5 kg perak. Namun pada zaman yang serba moden ini, kayu manis tidak lagi dikira sebagai mata wang tapi ianya sangat berguna sebagai spesis rempah ratus yang berguna dalam perubatan atau pun dalam pemakanan.

Pokok kulit kayu manis berasal dari Sri Lanka dan nama botaninya diambil daripada perkataan Arab  yang bermaksud  tanaman rempah berbau wangi.

Petua Nenek kebayan menggatakan bahawa kulit kayu manis boleh menghilangkan loya. kulit kayu manis juga digunakan sebagai ramuan unuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesma. Dalam perubatan tradisional Cina pula kulit kayu manis digunakan untuk merawat batuk, sendawa, loya, selesma, cirit birit, sakit tekak dan kesakitan akibat haid.

Petua nenek kebayan pula ..untuk menghasilkan ubat batu dan selesma..ambil beberapa keping kulit kayu manis , rebus selama 2 minit. minun seperti anda meminum teh herba...necahaya batuk dan selesma anda akan berkurangan..

Selamat mencuba...

Apa itu Antibiotik???

Untuk pengetahuan anda semua antibiotik adalah sejenis ubat yang membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria.

Kebanyakan penyakit berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria. Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik yang berbeza siperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan. Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.

Tapi tahukah anda bahawa antibiotik yang diberikan oleh doktor haruslah di habiskan semua walaupun anda berasa sihat?ini kerana antibiotik perlu dihabiskan untuk mengelakkan jangkitan semula, untuk mengelakkan kerintangan antibiotik.

Apakah itu kerintangan Antibiotik?

Kerintangan antibiotik adalah satu keadaan apabila bakteria menjadi kebal kepada antibiotik. Bakteria yang kebal menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk dan tidak boleh disembuhkan dengan antibiotik biasa. Penyembuhan memerlukan antibiotik yang lebih kuat.

Tahukah anda bahawa Batuk, demam dan selesema tidak semestinya memerlukan antibiotik.

Info kesihatan ini sangat penting untuk kita semua kerana tidak semua yang tahu apakah fungsi antibiotik yang sebenarnya..kecuali mereka yang bekerja didalam perubatan...

selamat membaca...

Jalan2 cuci mata..

Nampaknya sudah lama aku tidak menjengkuk blog aku ni..bukan lupa atau pun malas cuma aku agar busy kebelakangan ini...sorry lah ya pada mereka yang selalu singgah d blog ini..coz tidak ada entry baru.

Omong2 kosong  pada petang ini ialah...pada sabtu lalu aku berjalan jalan di Tamu minggu KPD di Giant, kelombong inanam...Tamu minggu ini tempat orang2 menjual product kraftanggan dan juga sayur2 kampung..hastil tani katakan..ada juga orang menjual product sendiri seperti sambal belacan. Apa yang menarik ditamu ini ialah barangan yang dijual boleh dibeli dengan harga berpatutan.

              Antara barangan yang di jual di Tamu minggu KPD, Giant Kelombong, Inanam.

                   Beg tanggan buatan tanggan (manual) juga ada dijual di tamu minggu KPD.

Friday, 10 August 2012

macam2 ada...

Pagi ini radio suria kk dan radio kk fm menyiarkan berita mengenai seorang warga tua yang berusia lebih kurang 61 tahun menipu beberapa orang koporat dengan cara tersendiri..memujuk untuk melabur dalam hartanah dan yang sangat menghiarankan mengapa dia boleh membuat hati seseorang begitu mudah percaya dan sanggup mendengar kata2 manis yang ditaburkan oleh warga emas itu..apakah kuasa ilmu hitam masih lagi diguna pakai didalam dunia moden sekarang ini.

Inilah manusia, sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri..sekali cuba, jika jerat mengena maka mereka tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama ia itu menipu dengan berlarutan. Kerana ingin hidup senang dengan cepat, mereka mencari jalan pintas sanggup melakukan apa saja demi memenuhi keperluan harian mereka.

Bukan saja menipu, tetapi juga merompak dan mencuri. dengan cara begini mereka tidak perlu mencari pekerjaan tetap..sekali pasang jerat..jika yang masuk jerat itu dapat pulangan yang besar..maka mereka akan bergembira untuk beberapa waktu dan akan mencari mangsa yang seterusnya.

Dunia semakin tidak selmat untuk di huni..bukan saja terdapat peperangan tapi juga terdapat criminal2 yang sangat membimbangkan..maka itu, kita hanya berserah pada yang maha esa untuk menentukan nasib umat2nya yang beriman dan menurut perintahnya setiap waktu.

Selamat membaca..chauuu dulu..

Tuesday, 7 August 2012

Buang rasa ego mu...

Dalam memastikan perkongsian hidup suami isteri berjalan lancar maka keduanya harus berkompromi antara satu sama lain. dalam banyak perkara dalam perkahwinan, suami isteri harus bertolak ansur termasuklah dalam perkara yang mungkin dianggap mudah. Jika perkara penting ini tidak mampu dilakukan maka akan pincanglah rumah tangga dan berantakanlah hubungan.

Namun sebagai manusia biasa, perhubungan suami isteri tidak semuanya berjalan dengan baik...pada awal perkahwinan mungkin nampak tenang dan bahagia, tapi bila sahaja usia perkahwinan sudah mencecah beberapa tahun, kepincangan mula kelihatan dan ketidak serasian akan dirasai. Terutama sekali bila kedua pasangan dikuasai oleh sikap ego..masing2 tidak mahu mengalah..maka akhirnya terjadilah satu konflik keluarga yang terkadang akan menemui jalan buntu dan perlukan penyelasaian dengan cara perpisahan..

Kadang2 suami terlalu bergantung kepada si isteri terutama sekali didalam hal2 penjagaan rumah dan urusan anak2..suami tidak pernah mahu bertolak ansur dengan isteri membuatkan si isteri akan rasa tertekan dan rasa bosan dengan keadaan yang sangat2 memberikan tekanan yang tinggi pada dia.

Apabila masalah muncul dalam rumah tangga dan kata sepakat sukar dicapai, maka yang harus dilakukan ketika itu adalah fokus kepada masalah. Ada baiknya anda memberanikan diri mencari jalan tengah.

Sesekali anda perlu beradu pendapat untuk mengajar pasangan agar tidak terlalu ego dalam menyelasaikan masalah. Sebagai isteri, tindakan anda ini bukan untuk melawan suami atau menimbulkan keributan tapi untuk menghindarkan tekanan pada diri  yang memberi kesan buruk pada diri sendiri.

Para isteri harus ingat..walaupun suami merupakan ketua rumah..tapi kadang2 keputusan yang mereka kemukakan itu tidak semuanya benar dan isteri tidak seharusnya menerima bulat2 saranan penyelesaian sesuatu masalah yang diajukan oleh suami hanya kerana tidak mahu timbul konflik diantara kedua pasangan.

Jika ini terjadi..suami akan merasa dirinya selalu betul dan tidak akan pernah mahu bertolak ansur dengan isteri malah merasakan dia yang terbaik dan terhebat didalam membuat semua keputusan sedangkan apa yang dia kemukakan hanya akan merugikan pada kedua belah pihak..dan yang lebih parah..hanya menyakitkan hati si isteri...

So...bila saja menemui jalan penyelasaian pada sesuatu permasalan yang timbul dalam rumah tangga, jadikan apa yang berlaku sebagai proses pembelajaran bagi kedua pasangan. Sebagai isteri, anda juga harus mampu berfikir secara rasional agar masalah dapat diselesaikan secara win-win solution.

Bagi pasangan khususnya kaum lelaki, kompromi dapat dijadikan sebagai latihan untuk mengalahkan ego agar anda mahu mendengar kata2 isteri. Palin penting adalah anda berdua mahu membuka diri untuk perubahan. Mungkin sukar untuk mengubah sikap..tapi anda berdua harus melakukannya demi keharmonian rumah tangga

Sekian...

Lawak budi bahasa

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang penuh sesak. Gadis itu berdiri betul2di depan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya  sambil berkata, "terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain penumpang. "tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali ketiga sambil menjerit, "woi cik kak!!Saya nak turun laaaa!! Saya dah terlepas perhentian saya tau!!?Apa pun perasanlah dia ni?!!..huhuhu....merah padam muka gadis tu tadi..ha..betul lah perasan...mentang2 dia cantik..dia ingat org semua nak bersimpati kat dia....maluuuuuuuuuu lah...

Berdiri Kecilkan Pinggang????

Mereka yang sering berdiri mempunyai ukuran pinggang kira2 4cm lebih kecil dari mereka yang banyak duduk. Kajian European Heart Journal ini menggatakan berdiri membantu tubuh manyingkirkan lemak dan gula dalam darah..

Jadi tunggu apa lagi!bangkitlah dari tempat duduk setiap setengah jam dan berdirilah selama satu minit...mudah2an pinggang akan jadi ramping..pompuan yang inginkan figure yang cantik digalakkan untuk melakukan perkara ini..ianya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang terlalu panjang...

pada mereka2 yang keja diopis..jangan terlalu manjakan diri dengan duduk 24 jam..nanti tu punggung akan jadi lebar dan tak nampak cantik..so ikutilah petua ini..pasti anda akan mendapat figure yang diidamkan selama ini...

Monday, 6 August 2012

Terapi guna mesin Alpha...

MESIN TERAPI ALPHAONE..
Pagi tadi saya dengan adik pergi buat terapi di kepayan ridge...kami pikir kami lah yang paling awal..tau2 sampai dipermis tu orang dah berbaris..dan batch pertama sudah pun berada d dlam buat terapi...

Kegunaan terapi ini ada lah untuk mereka2 yang mempunyai penyakit dalaman seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi2, strok, gaut dan sangat2 baik kepada mereka2 yang mengidap penyakit kidney.

Saya pergi buat terapi ini kerana saya ingin menyembuhkan kaki kiri saya yang selalu sakit...masa buat terapi ini kita tidak merasa apa2 getaran seakan akan kita duduk tanpa tindak balas..tapi bila seseorang menyentuh badan kita..tindakbalas aliran eletrik tu baru dapat dirasa...masa menjalani terapi ini, kita akan merasa sakit ditempat2 yang sedia sakit...dia ada tindak balas..dan mengikut jurucakap permis itu..keadaan ini akan berlarutan untuk 1 hari pada mereka yang baru saja menjalani terapi Alpha ini..

Banyak testimoni yang dipaparkan diluar permis itu..dimana org yang over weight akan menjadi kurang berat badan...orang yang tidak boleh berjalan dengan betul..hanya menggunakan tongkat kini boleh berjalan tanpa tongkat...

Friday, 3 August 2012

Sabtu yang membosankan...

Pagi sabtu yang agak dingin...diiringi dengan tiupan angin sepoi2 bahasa...membelai rambut ku...seakan mendodoikan aku agar segera melelapkan mata..huuuuuu..betapa enaknya bila aku bisa merehatkan diri buat seketika...tapi mata ini  terlalu degil...tidak mahu lelap..

Bosan.....perkataan inilah yang dapat aku kaitkan dengan perasaan ku ketika ini...bosan kerana tidak ada teman untuk berbicara...ini bukan bermakna aku ni kera sumbang..tidak punya kawan..sebenarnya aku juga punya kawan tapi aku memilih untuk bersendirian..aku tidak suka bercampur dengan mereka2 yang suka menjaga tepi kain orang..untuk mengelakkan perkara ini menjangkiti ku...lebih baik aku bertemankan kebosanan...

Terkadang aku suka meluahkan segala apa yang terbuku dihati melalui penulisan..dan ini dapat menghilangkan sedikit rasa bosan dihati...jadi bagi ku..teman yang paling setia selain dia yang maha kuasa ..kita juga boleh berteman kan sebuah pena yang boleh melakarkan  segala satu macam perasaan dalam sebuah dairi...

huhuhu..aku chau dulu..selamat membaca..

Bila wanita sudah tidak membebel.......

Satu perkara lelaki harus tahu tentang sikap wanita yang dikira agak unik..

Bila saja seorang wanita membebel keran sesuatu perkara yang tidak dapat dia terima...bermakna dia sememangnya sangat2 menyayangi pasangan nya dan mahu agar pasangan nya memahami apa yang dia ingin sampaikan melalu bebelan yang memanjang...terkadang bebelan seorang wanita boleh mengeratkan lagi kemesraan antara kedua pasangan...

Selagi seorang wanita itu masih lagi kedengaran suaranya membebel, bermakna hatinya masih boleh dipujuk..tapi bila seorang wanita mendiamkan diri dan sudah berhenti untuk membebel, maka bersedialah untuk menerima perubahan..kerana bila seorang wanita mula mendiamkan diri...maka dia sudah mula menutup pintu hatinya untuk pasangannya..kerana bosan dengan sikap pasangan yang tidak pernah berubah.

terkadang lelaki tidak pernah mahu mengerti perasaan wanita..malah menganggap wanita ini seorang yang sangat cerewet...menjengkelkan...tapi sebenarnya wanita inginkan satu keluarga yang sempurna...membebel agar pasangan lebih bertanggung jawab...jangan bebankan wanita dengan masalah keluarga tanpa huluran bantuan yang sepatutnya...

Biasanya wanita sering dipersalahkan didalam segala hal..kesian wanita...

Aku rindu dia...

Mengapa aku dalam keresahan...bila tidak menerima apa2 berita dari dia.mengapa aku harus merindui  dia..bila dia berdiam diri tanpa sebarang berita...ini kerana dia membuat aku ketawa, membuat aku bahagia dan selalu memberikan kata2 peransang bila aku berada dalam kedukaan dan rasa tertekan..

Namun kini...dia seakan semakin jauh dari ku...meskin pun dia berkata bahawa dia tidak pernah berubah..namun aku semakin risau...justru itu aku kini semakin merindui dia...kerana dia kini tidak seperti dulu...haaaa...mungkin ini hanya satu perasaan yang menghantui diri ku..ketakutan yang tidak berasas...

Maafkan aku kerana menjadi seorang seperti ini..bukan prasangka..bukan marah..pun bukan merajuk..cuma rasa terkilan sedikit..namun aku tidak akan berhenti untuk menjadi seorang perindu..seperti pungguk rindukan bulan...bulan terlau jauh dari bumi..dan terlau sukar untuk digapai....meskipun pungguk punya sayap..namun pungguk tidak mampu untuk terbang tinggi untuk menggapai bulan ....

Begitulah keadaan ku..meskipun aku bisa  saja bertemu dengan dia bila2 masa..namun aku tahu kedudukan ku...mana mungkin aku berbuat sesuka hati..kerana dia bukan milik ku yang sepenuhnya...aku hanya seorang kawan yang punya hati dan perasaan...dan punya rasa rindu yang mendalam buat seorang kawan yang sangat2 ku sayangi...