Untuk pengetahuan anda semua antibiotik adalah sejenis ubat yang membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan penyakit berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria. Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik yang berbeza siperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan. Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.
Tapi tahukah anda bahawa antibiotik yang diberikan oleh doktor haruslah di habiskan semua walaupun anda berasa sihat?ini kerana antibiotik perlu dihabiskan untuk mengelakkan jangkitan semula, untuk mengelakkan kerintangan antibiotik.
Apakah itu kerintangan Antibiotik?
Kerintangan antibiotik adalah satu keadaan apabila bakteria menjadi kebal kepada antibiotik. Bakteria yang kebal menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk dan tidak boleh disembuhkan dengan antibiotik biasa. Penyembuhan memerlukan antibiotik yang lebih kuat.
Tahukah anda bahawa Batuk, demam dan selesema tidak semestinya memerlukan antibiotik.
Info kesihatan ini sangat penting untuk kita semua kerana tidak semua yang tahu apakah fungsi antibiotik yang sebenarnya..kecuali mereka yang bekerja didalam perubatan...
selamat membaca...
No comments:
Post a Comment