Wednesday, 15 August 2012

Kegunaan kulit kayu manis...

Pada zaman dahulu kala,kurun pertama tahun masihi, kulit kayu manis sangat berharga dimana 359 gram kulit kayu manis sama dengan nilai kira2 5 kg perak. Namun pada zaman yang serba moden ini, kayu manis tidak lagi dikira sebagai mata wang tapi ianya sangat berguna sebagai spesis rempah ratus yang berguna dalam perubatan atau pun dalam pemakanan.

Pokok kulit kayu manis berasal dari Sri Lanka dan nama botaninya diambil daripada perkataan Arab  yang bermaksud  tanaman rempah berbau wangi.

Petua Nenek kebayan menggatakan bahawa kulit kayu manis boleh menghilangkan loya. kulit kayu manis juga digunakan sebagai ramuan unuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesma. Dalam perubatan tradisional Cina pula kulit kayu manis digunakan untuk merawat batuk, sendawa, loya, selesma, cirit birit, sakit tekak dan kesakitan akibat haid.

Petua nenek kebayan pula ..untuk menghasilkan ubat batu dan selesma..ambil beberapa keping kulit kayu manis , rebus selama 2 minit. minun seperti anda meminum teh herba...necahaya batuk dan selesma anda akan berkurangan..

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment