Monday, 11 June 2012

Erti sebuah penghargaan

Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai!Pasangan yang tahu menghargai sumbangan masing2 dalam perhubungan akan membina sebuah ikatan yang kuat. Kesannya, pasangan tersebut akan lebih fokus bagaimana memperbaiki hidup dan bijak merancang masa depan.

Apabila sebuah ikatan itu kuat, anda akan mampu menerima kegagalan dengan minda yang lebih positif kerana anda tahu anda memiliki seseorang yang sentiasa menyokong anda. Hargailah dan berikan motivasi pada pasangan anda melalui kata-kata dan perbuatan. Ucapkanlah terima kasih walau pada ketika itu dia hanya membantu di jemuran.

Jadikan juga kebiasaan mengucup dahi pasangan tanda rasa anda menghargai pasangan anda..juga sebagai bahasa isyarat yang anda sangat menyayangi pasangan anda...

Mudah kan????mampukah anda melakukan perkara ini???hehehehe..tepuklah dada tanya selera..ok saya chauu dulu..jumpa lagi ..byeeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment