Thursday 7 June 2012

Wanita masa kini..

Selalunya kita dikaitkan dengan salah memilih jodoh jika kita berpasangan dengan seseorang yang pemalas, panas baran dan kaki botol. Bila kita berhadapan dengan situasi seperti ini, kita sering saja mempersalahkan takdir..atau salah mencari pasangan hidup.

Bila seorang wanita berhadapan dengan konflik rumah tangga, didera oleh suami, ada diantara mereka yang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri...kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan..tapi sampai bila harus bertahan?kalau dulu badan berisi..cantik menawan..tapi bila melangkah kealam perkahwinan..penampilan diri berubah mendadak..keadaan tidak terurus..kelihatan tua berbanding dengan usia sebenar. Kesian dengan wanita2 yang berhadapan dengan masalah seperti ini..

Saya banyak bergaul dengan wanita yang bermasalah seperti ini..didera oleh suami..tidak diberi kebebasan untuk menggunakan wang gaji sendiri..sedangkan si isteri yang kerja mati2an untuk menyara diri si suami dan anak2..suami hanya tau membuli isteri..kalau si isteri tidak menuruti permintaannya..dia mengancam untuk menceraikan si isteri. Pada suatu ketika dahulu..ada wanita yang rela didera kerana takut ditinggalkan suami dan taku menyandang gelaran /status JANDA..tapi sekarang wanita sudah semakin pintar berfikir..malah zaman sekarang lelaki yang merasa tergugat kerana wanita tidak lagi merayu-rayu untuk si suami terus kekal bersama nya jika sudah tidak ada keserasian.

Wanita masa kini tidak lagi mahu terperuk dirumah..menjadi hamba abdi si lelaki..mereka sudah bijak mengatur perjalanan hidup mereka, malah ada yang berkedudukan tinggi didalam apa jua bidang pekerjaan baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Wanita kini mampu berdiri sama rata dengan lelaki, berjalan seiring dengan lelaki..untuk menerajui apa jua bidang yang diceburi..Lelaki..jangan pula rasa terancam ya..sama2 lah kita melangkah kehadapan dan memajukan diri masing2..selamat berjaya wanita..

No comments:

Post a Comment