Friday, 15 June 2012

Pengorbanan

Tika aku membuka jendela diwaktu pagi...mentari mula menyinar..setitik demi setitik embun pagi mula mengering..tiupan angin sepoi2 menyapa rambut ku..dan tiba2 aku teringatkan seseorang..seseorang yang mengajar aku erti rindu yang sebenar...

Ya...aku merindui dia..dia yang berada jauh disana..terkadang hati ini menanggis tanpa air mata..kerana hati meronta-ronta ingin sekali menemui dia walau hanya sesaat ...namun keinginan hanya tinggal keinginan..kerana dia jauh disana..juga dia bukan milik aku...

Mampukah aku mempertahankan cinta jarak jauh ini???mampukah aku menepis setiap godaan yang datang???oh tuhan berikan aku kekuatan untuk menepis segala kemungkinan2 yang mungkin datang dan cuba membuat aku jatuh kedalam pencobaan..

Begitulah kata suara hati seorang wanita yang merindui kekasihnya yang berada jauh beribu batu yang dipisahkan oleh lautan cina selatan..dia ingin menjadi seorang yang setia pada cinta, walau dia tahu akhirnya dia akan kecundang dan pasti akan kecewa...dia milik orang lain..mana mungkin dia memilih wanita itu menjadi teman hidupnya..Namun wanita itu tidak pernah mengharap dan dia hanya mahu lelaki itu menyayangi dia bukan untuk memiliki dia.

Apa akan berlaku bila satu ketika perhubungan mereka dihidu oleh orang rumah silelaki!!!adakah lelaki itu akan mempertahankan dia.!!!kemungkinan2 seperti inilah yang bermain dikepala wanita itu..dia tidak mahu terus menerus berkeadaan seperti ini...dia mahu satu kepastian..walaupun nanti kepastian yang dia perolehi itu amat menyakitkan..namun dia sudah sedia untuk menghadapi kenyataan..

Kawan2 wanita ini banyak memberikan pendapat dan saranan supaya wanita itu berundur dan membiarkan siLelaki memberikan  tumpuan pada keluarganya..anak2nya masih memerlukan dia.. Wanita tadi rela berkorban demi kebahagian Lelaki kesayangannya..lelaki yang pernah bertaktha dihatinya hanya untuk beberapa waktu sahaja..setelah wanita itu mengetahui si lelaki sudah berkeluarga..hatinya sangat kecewa..

Namun Lelaki tadi tidak mahu berpisah..malah dia menyarankan agar wanita tadi menjadi isteri keduanya..si wanita tidak pernah terpikir untuk menjadi isteri kedua dan mana mungkin dia mahu memporak perandakan kebahagian orang lain...meskipun wanita tadi sangat menyintai si lelaki..dia rela mengundur diri..demi anak2 si   lelaki..maka berakhirlah episod cinta tiga segi diantara si wanita dan si lelaki tadi. Wanita tadi menasihati bekas kekasihnya itu untuk kembali kepada keluarganya, dan dia pula menjalani kehidupan seperti biasa..tanpa cinta dan tanpa siapa2 disisi dia...

No comments:

Post a Comment