Wednesday, 6 June 2012

Entri suka2

Semalam kira2 jam 12.30  AM...hujan lebat diiringi dengan angin kencang yang bisa membuat semua orang berada didalam ketakutan...dan saya merasakan zink rumah saya seolah-olah mahu tercabut..membuatkan saya tidak dapat tidur semalaman, berjaga..takut terjadi apa2 yang tidak diingini.

bila subuh menjelang, saya bangun dan melihat sekeliling kawasan rumah...banyak ranting2 patah, dan juga dedaun bertaburan dikawasan rumah...dibelakang rumah pula, zink store barang2 tercabut dan bertaburan dan separuh daripadanya tidak dikesan dimana...betapa kencangnya angin semalam..dan mungkin kawasan2 lain seperti dipersisiran pantai, pasti teruk dilanda angin ribut semalam.

Saya amat bersyukur kerana tidak ada perkara yang teruk terjadi...saya hanya bimbang keselamatan anak2 saya yang berada jauh daripada saya..hanya doa yang saya panjatkan kepada yang maha esa agar mereka terjauh dari sebarang bahaya...saya sangat risau pada anak saya yang bekerja sebagai pramugari yang sering membuat penerbangan luar negara..tapi kekuatan doa seorang ibu akan sering melindungi dia dari bahaya.

Pagi ini keadaan cuaca agak cerah..semoga ianya berlanjutan hingga kepetang..agar mereka2 yang mencari rezeki seperti penoreh getah dapat melakukan kerja2 mereka dengan tenang tanpa merasa ragu2 sama ada mahu keluar menoreh atau tidak...kasihan mereka kerana sudah beberapa hari ini hujan turun pada setiap pagi membuatkan mereka terpaksa duduk diam dirumah..bagi mereka yang punya punca pendapatan lain selain menoreh getah..itu tidak menjadi masalah..tapi jika menoreh getah saja yang boleh mendatangkan punca pencarian mereka..ini akan menyusahkan kerana purata pendapatan bulanan mereka akan berkurangan..sedangkan ramai anak2 yang perlu diberi makan.

Kadang2 ramai orang berkata, penoreh getah ini kaya kerana harga getah sekarang naik melonjak..tapi bila saya bersekemuka dengan penoreh2 getah ditempat saya, ramai diantara mereka yang merunggut kerana keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan pendapatan berkurang. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan pengahigan harga getah dimana harga getah semenanjung jauh lebih tinggi berbanding dinegeri Sabah.

Siapa yang harus menjawab persoalan ini.....saya juga kurang arif dalam soal perbezaan harga seperti ini, kerana ini semua diluar bidang pengetahuan saya..saya hanya berharap agar pihak tertentu dapat membela nasib mereka2 yang perlu dibela..jangan memandang hanya sebelah mata kerana keperluan rakyat seperti2 mereka ini harus ditanggani kerana merekalah penyumbang kemenangan seseorang YB...tanpa mereka seorang YB tidak akan dapat menjadi wakil rakyat.

Hehehe..nampaknya pagi2 saya sudah berpolitik...saya nak chau ni..perut sudah berkeroncong..kalau diikutkan hati..nak menulis panjang lebar..tapi takut kamu jadi bosan...ok lah chau dulu...byeeeeeeeeeeeeeee

No comments:

Post a Comment