Selepas selesai bersarapan, kami kembali ke Pekan Menggatal, disana berlangsung satu program Hari Bersama Masyarakat anjuran DBKK..saya mengambil kesempatan mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan dalam blog aku ni.
Apa yang saya dapat tahu kempen itu adalah kempan untuk memperkenalkan kepada masyarakat bagaimana untuk menjadi masyarakat yang bertanggung jawab dengan tidak menjadi kutu sampah. Sesetengah masyarakat tidak memperdulikan kepentingan kebersihan pekan mahupun bandar..mereka dengan senaja membuang sampah tanpa ada rasa bersalah.
Sekarang, bila Mayor DBKK memperkenalkan konsep kebersihan bandaraya...sesiapa yang didapati membuang sampah merata-rata akan didenda RM500.00. Saya sangat bersetuju dengan saranan yang telah dibuat oleh Mayor DBKK ini, supaya bandar dan pekan akan sentiasa kelihatan bersih.
mayor DBKK bersalaman dengan masyarakat setempat
No comments:
Post a Comment