pagi tadi...selepas menghantar anak saya pergi kerja dan menghantar Hory pergi sekolah..saya singgah di Hory carwash...tak sangka pula pada hari ini adalah tamu minggu di Pekan Menggatal..
Berlainan dengan tamu2 mingu yang lalu..hari ini agak sibuk..besar kemungkinan semua penduduk dibeberapa kawasan yang berdekatan turun ke Pekan Menggatal untuk bershoppink...kelihatan juga para pegawai penguatkuasa berdiri dimana-mana untuk menjalankan tanggung jawab mengawasi sesiapa yang mempunyai tabiah suka membuang sampah merata-rata tempat.
Dalam kesibukan membeli belah saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan kita bersama.
Kesibukan diTamu Minggu Pekan Menggatal
Menjual barangan yang berupa keperluan wanita dan lelaki
Ikan dan udang yang dijual adalah fresh
Ini pula dipanggil sikutan or Basung dalam bahasa pasar sabah
Sudut menjual tembakau
Sudut menjual barang2 yang diperbuat daripada stainless steel & emas korea
Ini ada sudut untuk menjual produk sabah iaitu parang
No comments:
Post a Comment