Awal pagi sudah hujan...tapi sekarang mentari sudah menampakkan bayangnya...syukurlah..kerana ini semua adalah anugerah Tuhan..hanya manusia yang tidak pandai bersyukur atas apa yang Tuhan turun kan pada mereka...bila saja hujan berlarutan..maka manusia akan mula mengomel..marah..kerana hujan dan kain basahan tidak kering..tapi bila matahari begitu terik..manusia juga akan mengeluh kerana terlalu panas...huhuhu begitu lah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi..
Terkadang tamak menguasi diri, tidak pernah bersyukur..bila dapat rezeki sikit..mula tidak puas hati..berbagai tanggapan akan bermain dikepala..tapi tau kah kita bahawa segala sesuatu itu tidak akan datang bergolek jika kita tidak mencarinya...minta agar Tuhan memberkati setiap perjalanan hidup kita agar dia permudahkan rezeki kita setiap hari..Kunci utama dalam mencapai sesuatu kejayaan ialah "RAJIN BERUSAHA", jikahanya memohon pada Tuhan tapi tidak berganjak dari tempat duduk...tiada usaha yang gigih, maka permintaan anda akan sia2...mengharap rezeki datang bergolek itu adalah satu perkara mustahil..
Bergembiralah dengan kehidupan kita, kerana dalam kehidupan manusia, tiada istilah meskin sebenarnya..selagi anda hidup dalam kecukupan dan sentiasa cuba untuk berusaha memperbaiki tahap ekonomi keluarga, maka selagi itu anda boleh meneruskan kehidupan walaupun bukan dalam keadaan bermewah mewah...
Bersyukurlah pada mereka yang hidup mewah...tapi dalam menjalani kehidupan yang mewah..jangan lah bermegah, jangan memandang orang yang kurang berkemampuan dengan hidung..tapi pandanglah dengan mata..kesombongan seseorang hanya akan membawa padah..kerana orang sombong biasanya tidak akan mempunyai kawan yang ramai..
Sekian dulu untuk kali ini....coretan ini hanya untuk renungan bersama...
No comments:
Post a Comment