Tuesday 14 February 2012

Corat coret diwaktu pagi..

maaf lah ya...saya ini seorang yang suka sangat bercerita (lebih tepat suka pot pet pot pet)hehehehehe...terkadang terlebih lebih bercakap sehingga kan air liur pun memercik keluar dari mulut....tapi kadangg2 pot pet pot pet saya ini ada isi juga..almaklum lah orang yang mempunyai banyak pengalaman dalam hidup..terutama sekali dalam pahit maungnya kehidupan ini...

saya ini kalau sudah mula bercakap tidak akan berhenti selagi masih banyak idea untuk dijadikan bahan cerita...harap2 kawan2 semua tidak bosan ya...sebelum ini saya berkerja dalam bidang perkeranian...lama juga tau..company tempat saya berkerja tu menjalankan perniagaan kayu balak..nah!!kalau mau tanya pasal jenis2 kayu..saya memang tau sangat tu...

setelah sekian lama berkerja ...tiba2 penyakit malas pun menyerang saya...saya mengambil keputusan untuk berhenti dan mencuba bidang lain pula..saya ni banyak kemahiran juga..disebabkan saya petah bercakap bidang yang paling sesuai buat saya ialah jadi juruacara majlis...juruhebah...jurujual, mungkin kan????tapi saya berminat sangat untuk menjalankan perniagaan sendiri..walau bermula dari kecil2an saya juga tidak kisah..dan saya pun menanam satu niat dan bertekad untuk membuatkan  impian itu menjadi kenyataan. Saya pun konon2 lah menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil2an...boleh lah menampung kehidupan sendiri..kerana anak2 sudah besar dan tidak lagi bergantung hidup pada saya...mesti kamu hairan mengapa saya tidak babitkan nama pasangan hidup dalam kehidupan saya?? malas mau cakap lah...biarkan dia dengan kehidupan nya sendiri...

sebenarnya saya punya impian tersendiri..ingin berjaya dalam hidup tanpa bergantung  pada siapa siapa..terutama sekali insan yang bergelar suami...aku senang dengan kehidupan ku sekarang...tiada siapa yang menghalang ku kemana saja aku pergi..suatu ketika aku pasti dapat mencapai apa yang ku inginkan dalam hidup ini...itu ada lah satu impian dalam hidup ku...tapi nampak nya sekarang aku mahu melihat anak2 ku berjaya dalam hidup mereka..hidup didalam kegembiraan dan bahagia disamping pasangan hidup masing2. anak2 adalah harta yang paling berharga yang telah tuhan kurniakan pada kita..so..iringi lah perjalanan hidup mereka dengan doa..agar tuhan melimpahi kehidupan mereka dengan rezeki yang murah...

No comments:

Post a Comment