Tuesday 5 June 2012

Akhirnya cinta terlerai jua (cerita pendek)

Percintaan yang terjalin selama 8 tahun akhienya menemui jalan buntuh bila perbalahan terjadi antara kedua orang tua anatara kedua-dua pihak. Kerana kesalahan orang tua..anak menjadi mangsa. Anak2 yang setia dan menjadi penurut kata2 orang tua terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh orang tua walau jauh disudut hati anak2 sangat terluka. anak2 cuba untuk menyembunyikan perasaan kecewa dengan tertawa..menjalani kehidupan seperti biasa..namun tidak siapa yang bisa meneka apa yang berada didalam hati sianak sebenarnya.

Kerana kecewa dengan keputusan orang tua pihak perempuan..si lelaki merantau membawa diri yang luka..bayangkan, percintaan yang dibena selama 8 tahun putus begitu saja ..Si lelaki tahu akan kekurangan dirinya..dia hanya pekerja biasa walaupun dia juga adalah pemeggang diploma dalam bidang sience & computer..sedangkan gadis yang dia cintai itu bekerja dengan pihak kerajaan..perbezaan jawatan yang membuatkan si lelaki dikatakan tidak layak menyunting si gadis menjadi teman hidupnya.

Selang beberapa bulan sahaja..keluarga lelaki telah memperkenalkan dia dengan seorang gadis dan tanpa berpikir panjang..si lelaki menghantar lamaran kepada gadis itu walaupun dia tidak pernah menyintai gadis yang diperkenalkan oleh abangnya itu. Namun untuk mengubati luka dihati..dia serahkan segala-galanya kepada keluarga untuk urusan mencari jodoh untuk dia.

Segala persiapan telah dibuat, dan akhirnya si lelaki telah bergelar raja sehari..dia masih mampu tersenyum...tapi bagaimana pula bekas kekasihnya..adakah dia bisa tersenyum???satu yang menjadi tanda tanya..mengapa kedua pasangan kekasih ini sanggup menuruti kata kedua orang tua mereka..sedangkan yang bercinta adalah mereka..bukan orang tua mereka..mengapa mesti sanggup melukakan hati sendiri..apakah masalah yang timbul diantara kedua belah pihak tidak dapat dibawa berbincang...mungkin inilah yang dikatakan takdir..manusia hanya bisa merancang..sedangkan yang mengabulkan impian kita adalah yang maha esa...segala ketentuan perjalanan hidup manusia tertakluk pada ketentuan dia.

Apakah nanti perkahwinan yang dirancang keluarga itu membawa kebahagian kepada si lelaki?semoga perkahwinan mereka berdua akan kekal bahagia..walaupun perkahwinan dibena bukan atas dasar cinta sama cinta.

Yang tinggal hanya sebuah kenangan yang membawa seribu satu kelukaan dalam memori kehidupan si gadis..kini dia hanya berharap agar dia akan menemui seorang lelaki yang direstui oleh kedua orang tuanya..atau mungkin dia akan membujang seumur hidup...

Sekian..selamat membaca..

No comments:

Post a Comment