Wednesday 13 June 2012

Hari malang bagi ku..

Saya biasanya akan mengambil masa 10 atau 30 minit untuk online di Tagged satu ruangan yang boleh menghubungkan kita pada kawan2 yang ada diluar sana..sama seperti Face Book...tapi biasanya saya tidak akan menyimpan gambar di ruangan itu kerana bagi saya ruangan itu hanya untuk bermain game..iaitu jual beli pets..

Saya hanya mempunyai lebih kurang 35 orang kenalan dan hampir semua daripada mereka ialah kenalan lama...saya tidak suka menyimpan ramai kawan kerana bagi saya tidak guna menyimpan ramai kawan kalau hanya untuk display....so dipendekkan cerita, saya ni jenis orang yang menghargai sahabat..selalu menghantar tags and comments...mungkin salah saya kerana menghantar comments yang boleh membuat orang perasan..seolah-olah saya menyukai mereka dan menaruh perasaan terhadap mereka..tapi sebenarnya itu cara saya menghargai sahabat2 saya yang ada dalam friends list saya.

Tak ada niat untuk mempermainkan perasaan semua orang..sehinggalah seseorang meminta supaya saya memberikan pon number saya kepadanya..bila saja saya enggan memberikan pon number saya..dia menuduh saya seorang "LIAR" (PEMBOHONG)...apa yang mampu saya jawab..hanya berterima kasih pada dia...huhuhu sungguh malang nasib saya pada hari ini (13.06.2012)...saya berusaha untuk memberikan penjelasan..tapi dia tidak mahu mendengar penjelasan saya...terima kasih sekali lagi kepada orang yang memanggil saya LIAR...moga tuhan memberkati dia..hehehehe

No comments:

Post a Comment