Saturday 31 March 2012

5 Kesilapan Lelaki dalam perkahwinan

Lelaki sering melakukan kesilapan yang kecil tetapi memberi impak paling besar dalam perkahwinan yang telah dibena sekian lama. Kebanyakan lelaki melakukan kesilapan kecil tapi berulang ulang tanpa mereka sedari perbuatan mereka membawa kesan yang amat mendalam terhadap seorang isteri dan 5 kesilapan yang sering suami lakukan adalah seperti berikut:-

TIDAK MENUNJUKKAN EMPATI

Empati adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan, jelas Albert Maslow, PHD dan pakar piskologi. Empati adalah kemampuan untuk menyedari dan juga berkongsi perasaan dengan pasangan, biasanya seorang lelaki yang bergelar suami sering mengabaikan perasaan isteri..

PERBELANJAAN YANG MELULU

Membeli sesuatu yang mahal dan berharga tanpa berbincang dengan isteri adalah satu kesilapan besar. Ini bermakna suami membelakangi isteri dan tidak memberikan hak untuk bersuara dalam hal2 yang perlu dibincangkan bersama. Ini membuatkan isteri rasa terpinggir dan merasakan haknya sebagai seorang isteri tidak dihormati.

HUBUNGAN SEKSUAL YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Dalam bilik tidur Lelaki sering terlupa yang seorang isteri sebenarnya perlukan belaian lebih daripada apa yang suami pikir. Kasih sayang yang ditunjukkan suami menjadikan isteri rasa sangat dicintai dan dan diperlukan dan inilah asas untuk memastikan isteri terangsang.

MENDENGAR DAN INTERPRETASI YANG SALAH

Mendengar bukan setakat mengangguk anggukkan kepala sahaja sewaktu isteri isteri menghuraikan masaalahnya. Apa yang lebih penting ialah kesungguhan suami  untuk berfikir dan sama2 membantu menyelasaikan masaalah itu.tetapi lelaki biasanya lebih suka menganalisakan situasi mengikut pilihan2 tertentu dan ini membuat isteri merajuk dan merasa kecil hati.

KERJASAMA

suami sering membebankan isteri dengan masaalah rumah tangga ..hujung minggu sepatutnya masa untuk bersama keluarga dan masa untuk membantu isteri melakukan kerja rumah..tapi suami lebih suka keluar lepak dengan  kawan2. ini membuatkan isteri rasa sakit hati dengan sikap suami.

para suami jangan marah yer..ini sekadar perkongsian...salah dan silap harap dimaafkan.

No comments:

Post a Comment