Monday 12 March 2012

Kasihannya bila tiada pengenalan diri..

Sekarang pihak kerajaan menjalankan penangkapan besar2an terhadap PTI disabah...bagus juga lah supaya criminal disabah dapat dikurangkan..dan yang paling penting tiada lagi project IC...bercakap mengenai dengan PTI ni, sebagai manusia biasa sebenarnya mereka pun punya hati dan perasaan..mereka inginkan keselesaan hidup untuk anak cucu mereka..cuma mereka datang  di Sabah dengan tidak mengikut proses yang betul..menyebabkan mereka hidup dalam pelarian..sentiasa didalam ketakutan, dan yang paling kasihan ialah mereka yang sudah beranak pinak dan tidak punya tempat tinggal yang selesa.


Tengahari tadi saya menyaksikan sendiri pihak berkuasa menahan dua orang Indonesia (Wanita)ketika wanita itu pulang dari pasar membeli sayur2an, yang  membuat saya sangat2 kasihan ialah si wanita tadi berusaha untuk melepaskan diri, ingin lolos daripada pihak berkuasa tadi..pihak berkuasa seorang wanita bercakap dengan kasar pada wanita tu.."kenapa ko mo lari, ko mau kah saya tampar ko disini!"boleh kah kalau tidak berkasar pada mereka2 ini, mereka ingin lari keran mungkin dia punya anak kecil dirumah..saya tahu lah itu ada lah kerana mereka ingin menjalan kan tugas mereka..tapi bertolak ansur lah..jangan lah berkasar.


wanita tadi berjaya melarikan diri, tapi akhirnya ditangkap semula bila sekumpulan pihak berkuasa mengejar wanita tadi..percubaan untuk melepaskan diri tidak berjaya..saya hanya berharap disini supaya pihak berkuasa itu boleh berinteraksi dengan baik agar tahanan tidak merasa takut...sorry saya hanya menulis mengikut apa yang saya saksikan dengan mata saya sendiri..


Dalam hati kecil saya berkata..aku tak boleh jadi Polis..kerana aku puna hati yang sangat rapuh..mudah kasihan dan tidak boleh melihat orang lain menanggis dan bersedih...


sekian dulu...aku chauuuuuuuuuuuuuu now...

No comments:

Post a Comment