Monday 26 March 2012

kekalkan kemesraan dalam perhubungan

Semakin  usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka.


Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin dan bukan tanggung jawab yang seharusnya dilaksanakan seiklas hati.


Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup,kos sara diri dan ekonomi rumah tangga..tapi tidak  ramai yang mahu mengakui bahawa ketidakjujuran mereka dalam perkahwinan merupakan faktor seperti ini terjadi..dan ada sesetengah orang beranggapan bahawa disebabkan perangai isteri yang tidak pentingkan tata hias diri membuat suami tidak punya keinginan untuk bermesra..atau juga sikap semulajadi si suami yang hanya pentingkan kerjaya dan mengabaikan isteri dirumah, membuatkan isteri rasa tersisih dan terasa kekosongan...atau dengan sikap suami yang hanya pentingkan kawan2 tapi tidak mementingkan keluarga sendiri...atau kah sikap isteri yang terlalu pentingkan diri sendiri, tidak ada masa untuk bermesra dengan suami sehinggakan si suami terbabit dengan cinta tiga segi..


Wahai para isteri diluar sana...hati2lah didalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang berkeluarga, tanggung jawab anda amat berat..pandai2lah membahagikan masa untuk kerjaya, suami dan anak2. Kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa..jangan jadikan anak sebagai alasan dengan tidak menumpuhkan perhatian kepada sang suami..kalau anda suka membaca buku2 yang bercorak kekeluargaan..anda akan dapat sedikit sebanyak panduan bagaimana mengekalkan kemesraan dan suasana romantik didalam keluarga yang sudah dibena sekian lama..diantaranya ialah:-


 Masak masakan kesukaan pasangan


sebelum berkahwin kita sudah mengenal sedikit sebanyak kegemaran pasangan yang bakal bergelar SUAMI pada kita. Makan minum kegemarannya kita sudah ketahui, walaupun bukan keseluruhannya tapi cukup dengan mengetahui serba sedikit mengenai makanan kegemarannya. Oleh itu masaklah sekali sekala makanan kegemarannya...pasti dia akan berterimakasih pada anda


Perhatian 


Apabila jatuh sakit, berikan perhatian yang lebih padanya, elakkqan daripada membebel yang membuatkan pasangan kita tidak betah tinggal dirumah..jangan biarkan dia keluar mencari ketenangan diluar..disebabkan tidak tahan leteran sedangkan dia kurang sihat dan perlu berehat.


Kejutan


Lakukan kejutan sekali sekala pada pasangan anda...misalnya hantar sms cinta pada dia..katakan kamu menyintai dia sepenuh hati..atau berikan dia hadiah2 yang  boleh membuatkan dia happy..


hobi


kadang2 kita tidak suka tengok gusti..tapi sidia suka..so kita kena belajar untuk menyukai rancangan itu, kita juga tidak suka main futsal..tapi disebabkan pasangan kita suka maka kita kena pupuk minat itu..


mandi bersama


sekali sekala mandilah bersama dengan pasangan anda..ini boleh memupuk kemesraan diantara kedua pasangan


bermanja

sebelum tidur ataupun  selepas bangun tidur..ambil masa untuk bermanja2 dengan pasangan anda..urut pasangan anda dan belailah dia...ucapkan terimakasih padanya atas kasih dan perhatian yang dia curahkan pada anda. sentiasala memeluk dan mencium pasangan anda bila saja di memberikan sesuatu untuk anda...berjalan berpegangan tangan...


banyak lagi cara untu kita mengekalkan kemesraan dalam perhubungan suami isteri...mengikut cara kita sendiri..jangan malu2 untuk bermesra dengan pasangan didepan anak2 kerana kita merupakan cermin kepada mereka..tidak hairan suatu ketika bila saja mereka membena kehidupan sendiri..pasti mereka juga akan mengikuti cara kita untuk melayan pasangan mereka..kerana kita adalah idola mereka..


selamat membaca....dan selamat mencoba...kekalkan kemesraan dengan pasangan walau berada dalam usia kelewatan....faktor usia tidak menghalang kita untuk terus bermesra dengan pasangan...

No comments:

Post a Comment