Sunday 18 March 2012

BAU KETIAK LELAKI HILANGKAN STRESS????

Sesetengah orang memang alah pada bau-bauan. Jika kita tercium bau badan, ia memang boleh menghilangkan mood, apa lagi kalau seseorang itu yang sudah berminggu minggu tidak mandi..pasti bau nya menusuk hidung dan terkadang kita boleh menjadi pening kerana terhidu bau yang amat menyiksakan hidung.


Tetapi tahukah anda bahawa bau ketiak lelaki boleh menghilangkan stres wanita. Beberapa tahun yang lalu, bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan  Journal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang senaja "diproses" dari lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda"dengan bau semulajadi lelaki. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh menceriakan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita tenang...


Kepada suami2 diluar sana, kalau nampak si isteri sedang marah2..cepat2 peluk dan biar betul2 dibawah ketiak...biarkan dia menghidu peluh ketiak anda..pasti dia akan jadi tenang....

No comments:

Post a Comment