Friday 23 March 2012

Jaga rambut anda sebaik mungkin....

Bukan sukar untuk menjaga rambut, tetapi jika soal kesihatan rambut dipandang remeh, rambut anda pasti akan rosak teruk satu hari nanti. Rambut adalah merupakan mahkota indah bagi seorang wanita...ianya hanya menuntut untuk dicuci sekurang kurangnya empat kali seminggu dan dioleskan dengan sedikit serum untuk memastikan kelembapan semula jadinya terpelihara. Banyak keraguan ketika bercerita mengenai rambut. disini mari kita sama2 kongsikan cara2 penjagaan rambut yang boleh membantu sedikit sebanyak menyelasaikan masaalah kerosakan dan keujudan kelemumur yang degil:-


~ oles rambut dengan menggunakan VCO (virgin coconut oil)


 VCO yang asli tanpa ada bahan pengawet, bahan2 pewarna dan tidak ditambah dengan bahan2 lain, seelok eloknya VCO buatan sendiri...ia bukan saja dapat menghilangkan kelemumur tetapi juga dapat melebatkan serta boleh membuat rambut kelihatan lebih hitam dan berkilat. jika diamalkan dua kali dalam seminggu...pasti anda akan dapat melihat hasilnya..


(Info diatas adalah melalui pengalaman saya sendiri, kerana saya mengamalkan VCO asli untuk mengelakkan rambut saya gugur dan berkelemumur)


~ disamping itu penggunaan syampu yang betul juga dapat menghindarkan rambut dari menjadi rosak dan berlelemumur. Jangan ikat rambut ketika rambut masih basah kerana rambut akan menjadi bau dan mudah berkelemumur...bila anda melakukan senaman yang menyebabkan rambut berpeluh, cucilah rambut dengan syampu yang bersesuaian.


kepada semua pembaca..jangan lupa amalkan lah petua nenek kebayan ni...tak rugi...F.O.C..
Selamat mencuba..daaaaaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment