Saturday 7 April 2012

Air mata tanda suka & duka?????

Masihkah anda ingat kali terakhir anda menitiskan air mata?mengapa anda menanggis? adakah anda menanggis kerana sedih kerana rasa dikecewakan, disakiti atau kehilangan sesuatu atau seseorang yang amat anda sayangi...atau anda menanggis kerana anda mendapat kabar gembira sehinggakan anda tidak dapat membendung air mata sehingga mengalir deras tanpa boleh disekat?


Tahukah anda bahawa menanggis itu sebenarnya baik untuk kesihatan...menurut kajian yang dijalankan oleh para saintis dan pakar perubatan , terdapat 3 fungsi air mata iaitu:-



  • Untuk memastikan mata kita sentiasa dalam keadaan lembap
  • Air mata terhasil kerana gerak balas terhadap sesuatu ransangan saraf (secara spontan apabila berlaku gangguan dibahagian mata terutama sekali ketika mata dimasuki habuk atau ketika kita memotong bawang)
  • Akibat emosi (ini kerana air mata mengandungi bahan kimia dan hormon yang berbeza)



Menanggis terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan membengkak.dan untuk pengetahuan anda semua menanggis itu sangat baik dan berguna untuk kesihatan dan fikiran. Bila kita merasa sedih..dengan sendirinya air mata akan mengalir begitu juga bila kita sangat2 gembira..air mata juga akan menitis dengan sendirinya...menanggislah bila anda terasa ingin menanggis kerana ianya akan melegakan hati dan fikiran kita..

No comments:

Post a Comment