Tuesday 10 April 2012

Julai dalam penantian..

Aku amat menyenangi bulan Julai, kerana dalam bulan ini banyak banyak peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup ku...bulan julai banyak membawa kenangan manis dan pahit dalam diri ku...dan yang paling menyenangkan sekali, Julai adalah bulan kelahiran ku..


Aku sebenarnya tidak pernah mendapat hadiah yang termahal dari seorang yang bergelar suami, malah ungkapan hari lahir juga aku tidak pernah mendengar dari mulut dia..terkadang aku merasa iri hati dengan kawan2 yang sebaya dengan ku, meraikan hari lahir dengan suami ditempat yang agak romantik..haaaaaaaaa...aku hanya manusia biasa dan manusia kerdil yang tidak luput dari perasaan iri hati...tapi aku tidak pernah menuntut, dari dulu sehinggalah sekarang setelah aku bergelar "NENEK"..hehehehehe satu gelaran yang terkadang sesetengah orang takut untuk mengakuinya. Tapi bagi ku itu adalah lumrah hidup yang setiap individu harus lalui..lambat atau  cepat, terpulang pada jodoh dan ketentuan tuhan pada anak2 kita..Aku bangga kerana menjadi nenek muda...huhuhu perasan muda pula aku ni...tapi bila saja aku berjalan bersama cucu ku, pasti ada saja yang bertanya..anak puan ni comel...berapa tahun?dengan bangganya saya menjawab..ini bukan anak saya tapi cucu saya...terkejut sakan mereka..dan kata mereka..kamu tidak padan dipanggil nenek...


Berbalik kepada cerita bulan Julai tadi, dalam usia yang kelewatan ini...Julai 2009 sangat bermakna bagi diri ku, kerana seorang kawan telah memberikan kejutan pada ku untuk meraikan hari lahir ku di sebuah restoran terkenal di Yayasan Sabah..restoran tu berpusing....dengan hidangan set hari lahir yang sangat romantik..wahhhhhhhh..first time in my life..dapat kejutan macam tu..tapi itu adalah yang pertama dan yang terakhir dalam hidup ku...terima kasih pada kawan tu kerana sudi buat kejutan pada ku..


Julai 2011 juga membawa satu kenangan yang sangat mendalam dalam dairi kehidupan ku..aku dibawa oleh anak Lelaki ku melawat Singapore dan distinasi kami ialah di Universal studio...Juali 2011 juga membawa aku menjejakkan kaki ku ke Johor Baharu buat pertama kali...dan Julai 2011 juga membawa aku kepada sebuah pertemuan dengan seorang kawan yang ku panggil AB....semuanya bermula dibulan Julai...maka itu aku sangat menyukai bulai Julai...kerana bagi ku bulan Julai adalah hari bertuah bagi ku.

Julai 2012 akan tiba tidak lama lagi...semoga apa yang aku idamkan selama ini akan dapat aku capai dan perolehi pada Julai 2012...AMEN!!!!

No comments:

Post a Comment