Monday 9 April 2012

Apakah itu Andropaus?

Istilah andropaus merupakan padanan dari menopaus yang dikaitkan pada wanita. Dengan bertambahnya umur seorang lelaki, akan berlaku beberapa gejala yang dikaitkan dengan menurunnya kadar hormon testosteron, ia dinamakan andro(lelaki)-paus. Sebenarnya istilah ini tidak terlalu tepat kerana walaupun berusia lanjut, pengeluaran 'spermatozoa' terus berlaku walaupun dalam jumlah yang lebih sedikit. Proses menurunnya kadar testosteron dan munculnya gejala andropaus berlaku dengan perlahan, jika dibandingkan menopaus,selalunya ia tidak disedari. Kajian yang dilakukan di negara2 barat menunjukkan bahawa 10-15% lelaki mula mengalami andropaus pada usia 60 tahun, sedangkan 54% lelaki menunjukkan gejala andropaus dalam lingkungan umur 60-90 tahun. Dengan bertambahnya jangka hayat hidup, maka jumlah penderita gejala andropaus akan meningkat dengan pesat.

No comments:

Post a Comment