Wednesday 18 April 2012

Cerita kedai kopi lagi....

Terasa telinga ini panas bila saja mendengar politik kedai kopi, walaupun terkadang sesetengah orang itu wajar untuk menyuarakan ketidakpuasan mereka dengan pemerintahan Parti yang sedia ada sekarang, tapi saya sebagai rakyat prihatin , mereka2 ini tidak wajar memburukkan mana2 pemimpin yang dimandatkan oleh mereka sendiri untuk menerajui kepimpinan dikawasan masing2. Jika saja mereka2 ini cuba untuk mengutuk peribadi seseorang pemimpin, bagi saya itu tidak wajar.


Daripada cuba untuk mengutuk sesama sendiri, sebagai rakyat beranilah menyuarakan segala apa yang terbuku dihati, majukan permasalaan itu pada pihak tertentu agar mereka2 yang ada kepentingan dalam kerajaan dapat mengemukakan persoalan itu kepada pihak yang lebih tinggi. kutuk mengutuk  bukanlah satu jalan penyelesaian didalam menanggani permasaalan Rakyat. Tapi yang pastinya , setiap individu punya hak untuk menentukan siapa yang layak dan tidak layak untuk dijadikan pemimpin dikawasan masing2.

Hanya dengan sebatang PENCIL sahaja kita boleh mengubah senario politik di Sabah. PENCIL itu sangat berharga bila tiba masanya pilihan raya, kerana dengan sebatang pencil saja kita boleh menentukan kedudukan seseorang calon...sebagai rakyat "MEMILIH DENGAN TELITI" itu sangat penting. Jangan ikut rasa hati..jangan terikut ikut dengan hasutan orang lain. salah menggunakan PENCIL untuk memangkah maka  anda semua akan kembali menderita untuk 5 tahun yang mendatang.


Politik kedai kopi memperkatakan isu2 yang hangat menggatakan bahawa PEMBANGKANG akan menang di Sabah jika PAKATAN diujudkan. Sejauh mana kebenaran cerita2 kedai kopi ini, kita kena tunggu dan lihat. Sebagai rakyat yang bebas bersuara, saya berharap sangat supaya PAKATAN diujudkan. Bukan bertujuan untuk menentang mana2 parti, tapi ingin melihat sejauh mana parti yang sedia ada sekarang dapat mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka.


Saya percaya mana2 parti yang berada dipihak lawan sudah memperkukuhkan jentera pilihan raya masing2 dan bersiap sedia untuk berjuang dalam PRU13 yang dikatakan sudah hampir. Saya percaya banyak yang sudah cuba untuk melobi untuk menjadi YB..saya pasti akan ujud satu pertelingkahan sesama mereka kerana masing2 mau mempertahankan kerusi masing2. Nampaknya perbalahan antara pemimpin kerajaan dari komponen parti akan berlaku..kita tungguuuuuuuuuu..ini cerita politik kedai kopi yang saya dengar...saya semakin teruja menanti Parliment dan Adun Negeri dibubarkan......


Sama2 kita nantikan PRU13 yang semakin hampir dan hangat diperkatakan sekarang...Jangan lupa..tentukan nasib generasi muda kita dengan hanya sebatang PENCIL...

No comments:

Post a Comment