Sunday 8 April 2012

Mengapa wanita hamil selalu berpeluh?

Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan. Akibatnya pakaian mudah basah.


Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.


Salah satu kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan. Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.


Wanita hamil bagaimana pun harus berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal diatas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.


Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada diruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa minum air yang mencukupi bagi mengelakkan  tubuh mengalami dehidrasi.

No comments:

Post a Comment